Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 28, 2013

Untuk masa depan Yaya

Alhamdulillah... Hari ni 28 haribulan. Esok takde 29 haribulan. Kalo tak esok Yaya dah cukup 9 bulan. Tapi hari ni dah pergi klinik. Yaya dah 9.3kg di usia 9 bulan. Errmmm. Mantop! Syukur. Anak aku sihat. Cuma kebetulan pagi tadi. Yaya kena ruam. Aku rasa dia sensitif pada habuk-habuk kot. KEsian dia. Hari ni dah jadi bahan kajian student praktikal KUIS. semua perilaku Yaya diperhatikan dan dicatat untuk ujiannya. Siap student tu nak belanja Cool Blog lagi sebab Yaya bagi kerjasama baik pada dia. Langsung tak menangis.


Alhamdulillah. Since Disember 2012 aku dah masuk polisi insurans untuk Yaya. Serius aku tak tau apa insurans terbaik untuk masa sekarang. Sehinggalah Along (abang aku) promote polisis insurans nya. Aku terus berminat. Kira percaya jelah.





Aku beli insurans Yaya yang boleh cover medical card dan cover pendidikan nya nanti. Means umur 18 tahun Yaya dah boleh kuarkan among RM20k-30k jugaklah. Lepaslah untuk belanja masuk Universiti. InsyaAllah... Kalau boleh takyah dah amik PTPTN. hehehe....

Aku ada jugak bukan akaun bank untuk simpanan Yaya. Yelah dalam keadaan sekarang semua kena duit kan. Sekali batuk selsema kena RM60. Mau kena ada saving jugak. So, aku buka akaun Nuri di Bank Rakyat. Ramai tanya aku kenapa masuk Bank Rakyat. Aku speechles. Mungkin tertarik sebab dapat tabung. Tabung Haji pun bagi tabung kan. Entah. Rasa nak buka kat situ. Hehehehe. No idea untuk soalan itu.


~~ Mood mengantuk gile...

Wednesday, February 27, 2013

WW ~~ Nak ni!

Rabu kurang kata kan. Saya nak ni je. Cukup untuk FB dan whats app. Saya dah print untuk rebate. Payahnya nak cari kedai yang terima rebat. ahuk ahuk. ~~

Tuesday, February 26, 2013

Pulau Pangkor ~~ Part 2

Hehehe. Sambung pulak cerita semalam. Tunggu ada mood bau nak sambung update. Walaupun tau takde sape yang baca. Untuk tatapan Yaya dan adik-adiknya akan datang....

Lepas pusing-pusing pulau. Balik ke chalet semula. Jalan-jalan tepi pantai. Sebenarnya kat Teluk Nipah ni havoc sikit. Banyak tempat meniaga. Tempat makan halal pun senang. Yang paling mula mencari souvenier lah. Tak banyak pun beli untuk sedara mara dan kenalan. Lebih kepada beli untuk sendiri...

Tu dia Onni tengah pilih baju mandi. Kuikui...
berjalan tak hengat..


Antara souvenier yang ada.
posing ala model gitu...
DAY 2

PAgi-pagi lagi, bila Yaya bangun kitorang semua bersiap ke pantai. Memang pagi tu target nak round island ngan speed boat. Sebab semalam dah janji ngan brader tu. Dia offer RM70 untuk pusing pulau. Siap tinggal kat pualu kecik untuk aktiviti snorkeling ngan mandi manda. Tapi Yaya ada. Mak pulak takut. Aku cuma mintak pusing pulau je...Still caj RM70. Oklah. Satu pulau. Just kami sekeluarga. Tak campur orang lain. Mr Daddy kata jadi. Beres je...


Cool je budak damuk ni!


Makshu dan Onni.
Onni pening dah lepas turun bot.
Puas pusing pulau. Aku, Mr Daddy ngan Fatin berendam dulu dalam air laut. Yaya duk dengan Onni dia. Cian budak tu takleh main air. Puas berendam. Balik chalet. Mandi-mandi. Bersiap untuk check out. Lepas hantar kereta. Naik feri. Kitorang duduk kat deck belakang. Serius. Yaya sangat cool dan tak pening. Tetap aktif. I'm proud of u lah Yaya.


Bye- Bye Pangkor. Ada rezeki, umur panjang kami sampai lagi... Kitorang shopping makanan kering kat Lumut. Orang kata kat Pangkor mahal. Better beli kat Lumut. Tu saje coretan perjalanan kakmi sepanjang di Pangkor. Nanti nak share tip-tips camne nak sediakan makanan baby ketika travel mengikut pengalaman akulah..

Monday, February 25, 2013

Cuti-cuti ~~ Pulau Pangkor Part 1

Alhamdulillah Lepas jugak hajat nak bawak Mak dan Fatin ke utara semenanjung.. Cadangnye nak pergi Pulau Langkawi. Tapi masa semput sangat. At last ajak mak pergi Pulau Pangkor. Seronok sangat. Puas hati. Thanx Mr Daddy. 

Masa aku pergi tu memang walk in. Gamble je. Dengan harapan akan ada hotel atau chalet kosong walaupun ada jugak godek google. Sampai je Manjung. Kak Eli (opismate) hantar SMS no contact person untuk chalet di Pangkor. Aku try call. Memang dapat harga berpatutan. Bilik 4 katil, 2 bilik air. sangat luas. Suria Beach Resort. Boleh dapat harga RM120. Paling best dapat sewa kereta untuk sehari tu RM70. 

Bagi aku sangat murah dan berpatutan. Tak tau lah kalo orang lain cakap mahal.  Kalo sape-sape nak no contact tu bagitaulah ye... 

Dengan anak dara yang mengantuk.
Tiket feri berharga RM10 untuk dewasa. pergi dan balik. So, dah beli tiket sila simpan untuk balik pulak ye.  Perjalanan feri makan masa dalam 30-40 minit sahaja. Pergi pulau ni rupa-rupanya sehari pun dah cukup. Mr daddy beria isi minyak RM20. Ingat tak cukup. Rupa-rupanya berlebih dah. Untung kat penyewa kereta tu.

Onni dan Makshu...


Sampai je di jeti. Ambik kereta sewa. Kami dapat Proton Saga Aeroback. Condition ok. Terus menuju ke Teluk Nipah. Menginap di Suria Beach Resort. Rupa-rupanya yang selalu duk tengok website chalet-chalet diorang tu berdekatan sangat-sangat. Dah sampai bilik. Tido dulu. Tapi Yaya taknak tido. Mengamuk je kerjanya. Mungkin tempat baru. Menangis sampailah tertido di celah ketiak Onni nya. Kesian anak Mummy.

Bangun dah 4 petang. Bersiap-siap. Pastu start kereta round pulau dengan kereta. Gile ah! Jalan memang ekstrem giler. Paling best tengok mat-minah salleh bawak moto atas bukit yang jalannya berliku-liku.Melawat Kota Belanda. Ku sangkakan besar kotanya. Di tengah bandar ke. Rupa-rupanya duduk sebelah je rumah orang. Hehehe....

Kota Belanda




Kusyuk dan tawadduknye tido.

 Hahaha.. Rasa penat pulak upload gambo.. Esok nak cerita lagi lah...



Thursday, February 21, 2013

Yeaaayyy!!

Mood saya sekarang

vvvvv

vvv

v

Kejam tak??

Tu diaa.. Semangat ko bab cuti. Lagi bertambah semangat bila call Boss besar explain pasal result test. Alang-alang terus tanya status permohonan cuti. Boss jawab " Ok-ok. I dah sokng dan luluskan"

Hooreeyy... Melekat terus sticker tu kat pintu. Nak cuti esok.. Excited sangat.Macam tak pernah bercuti. Kuang-kuang. Aku excited sebab ni planning last minute. Memang tak bajet langsung. Tup-tup Mr daddy approved bila aku usulkan. Sebab dari minggu lepas lagi Mr daddy ajak. Tapi aku menolak. Ni macam orang mengantuk disorong bantal lah.
 

Mood: Cuti-cuti Malaysia

Dah lama tak berblogging. Asal Rabu je baru ingat nak update gambar. Wordless konon. Hahaha. Nah! semalam compile sekali gambar-gambar sekaligus. Yang mana ada dalam kamera Mr Daddy aku upload. Kuikui. Padahal dalam FB dah lama aku update..

Yess. Sekarang aku dah takde mood nak datang kerja. Sebab?? Pertama. Mak ada kat rumah since Sabtu lepas. Airil balik Kelantan. So, mak kebosanan. Haruslah nak jumpa dan jaga Yaya pulak. Kedua. Sebab esok cadangnye ke sebuah pulau. Cuti-cuti Malaysia. Bersama Mak, Makshu Fatin, Mr Daddy dan Yaya.

Thanx Mr Daddy bawak kita sekeluarga Cuti-cuti Malaysia.. Tapi kan..... Ada tapinya.. Budak demuk kami tak berapa sihat lah.. Semalam batuk. Plus selesema..Dah bawak klinik. Sekarang dah tak bawak ke klinik kat Bandar Seri Putra. Cuba tukar klinik ke Klinik Syifa, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Klinik mula-mula aku nampak Yaya dalam rahim. Hehehe.... Harap-harap Yaya cepat baik. Sebab dah nampak Mak dan Mr Daddy mula berubah fikiran untuk cancel je. Risaukan Yaya. Chaiyok sayang! Anak mummy kan kuat....

Sepanjang minggu ni, Mak jaga Yaya. Nak jadi kebetulan, Mama Nor a.k.a pengasuh Yaya demam sekeluarga. So, dapatlah Mama Nor berehat. Seronok sangat Yaya duduk rumah. Tapi kan. asyik nak bermanja dengan Daddy je. Asal Daddy balik rumah time lunch je nak berkepit dengan Daddy. Mentang-mentanglah Daddy hadiahkan basikal baru untuk dia..... Gedix ler tu...

Kayuh jangan tak kayuh. Yaya.

Posing menggoda atas basikal..

Motif Daddy beli basikal warna oren campur biru?? Mummy dah melompat-lompat kat kedai nak jugak basikal pink. Yelah. Gugurl kan?? Daddy said No pink. Ok fine. Tak dapat pink. Purple plezz.. Daddy said tak payah. Beli warna boboy and gugurl boleh naik sama. Ggggrrrrr.... Nanti Yaya dapat adik boboy camne? Tak kesian ke naik basikal pink? Hello Mr daddy. Tu berapa tahun lagi punye ceritalah. Mesti beli baru punya. Tapi dah dia banker.. Emmmm.. Hamba turutkan je. Walaupun turun tangga Manjaku tu muncung je mulut. Yaya pulak ejek aku. Tersengih-sengih. YElah. Anak Daddy kan. Haruslah sokong Daddy kan. Tak kisahlah warna apa. Janji Yaya dan Daddy happy.. ( sambil tangan di bahu, mata ke atas). hehehe...

** menggodek google untuk cari hotel di pulau tu nanti sambil key in data. Nak hantar result hari ni jugak.

Wednesday, February 20, 2013

WW ~~ Air tangan sendiri

Wordless kan hari ni. Nak tepek gambar-gambar makanan sendiri lah. Hehehe...

Pizza Daging + Nenas

Pizza sosej + Cendawan

Siakap stim Ala Thai

Ketam bertelur Masin

Wednesday, February 13, 2013

WW ~~ Gong Xi Fa Cai Versi Yaya

Gong Xi Fa Cai~

Tunggu ang pow ni~

Oppa ngan omma taknak bawak jalan-jalan...

Tunggu makan besar...

Wednesday, February 6, 2013

WW ~~ Surprise...

Layan gambar jelah ek untuk surprise birthday daddy. Baru berlaku tengahri tadi. Thanc untuk kawan-kawan daddy yang spoting buat surprise ni~~






Happy Birthday Mr Daddy..

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan M Jummary...
Allah selamatkan kamu...

Alhamdulillah. Hari ni bertarikh 6 Februari 2012, umur Mr Daddy bertambah lagi setahun menjadi 27 tahun. Syukur Ya Allah kerana Kau panjangkan umur suamiku. Untuk terus bersama aku dalam melayari bahtera perkahwinan ini dengan indahnya. Untuk terus sama-sama membesarkan zuriat kami walau dalam keadaan susah dan senang....

Nak buat ucapan sikitlah untuk Mr Daddy... Sesapa yang loya mintak maaplah ye....

Abang.. Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 27. Sayang sayangkan abang. terlalu sayangkan abang. Semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga abang terus menjadi mukmin yang beriman, anak yang soleh, suami yang mithali dan daddy yang penyayang kepada anak-anak kita, Insha Allah. 

Terima kasih abang kerana menjadi suami yang sangat bersabar dengan karenah dan perangai sayang.Terima kasih kerana menjadi teman sayang di kala sayang bergembira dan berduka. Bergaduh. Merajuk. Asam garam dalam rumahtangga kita kan?  Tapi sayang akui terlalu bahagia hidup bersama abang.



Abang... Terima kasih abang sanggup berkampung di hospital selama 4 hari 4 malam selama sayang ditahan di wad. Abnag sanggup tidur dalam kereta pada waktu malam semata-mata menemani sayang walaupun sayang tidur di katil hospital. Abang sanggup mandi di surau hospital, di masjid walaupun rumah mak dan ma dekat untuk abang balik. Tetapi abang tak balik. teringat kata-kata abang "Abang taknak sayang sakit. Abang nak bersama sayang". Sumpah sayang menangis dalam hati abg. Terharu sangat.

Terima kasih jugak sebab sudi jaga sayang ketika berpantang. Abang sudi mandikan sayang, cuci luka sayang, suap makan untuk sayang. Terlalu banyak abang lakukan. Pulank ke kampung saban minggu untuk bersama sayang dan Yaya. Sungguh sayang dan Yaya hargai. Terima kasih juga sebab sehingga sekarang abang sanggup bangun untuk buat susu Yaya tanpa kejutkan sayang. Pengorbanan abang terlalu banyak.  



Maafkan sayang andai terlalu banyak kekurangan diri dalam diri ini. Sayang cuba menjadi isteri yang baik untuk Abang. Yang mendengar kata. Insha Allah. Semoga Allah terus merestui perkahwinan kita ini. Terima kasih abang!

Mummy & Yaya sayang sangat kat Daddy.


Monday, February 4, 2013

A-Fatihah

Hari ni.. Separuh hari aku menatap Facabook. Boleh dikatakan majoriti friends aku sedang memperkatakan tentang kematian salah seorang senior aku, Allahyarham Syed Firdaus Syed Hassan, biasa dikenali dengan Opie. Mungkin ada kawan-kawan batch aku yang mengenali Arwah mungkin ada yang tak kenal. TEtapi aku se kampung dengannya mengenali Arwah. Arwah meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Nenasi. mungkin untuk pulang ke Rompin dari Kuantan.

Mak aku jugak mengenali Arwah. Arwah sangat baik dan peramah. Orangnya kelakar. Bila aku bagitau mak, Arwah meninggal, mak sebak. Mak cakap "baik orangnya"... Ituah kuasa Allah. Arwah pergi ketika berusia 29 tahun. Ajal tak mengenal usia. Tua atau muda. Teringat aku pada Arwah Angah. meninggalkan kami ketika usianya 26tahun 1 hari. Teringat jugak aku kepada suami sahabat aku Cik Bai, Allahyarham Shahrul pergi ketika usia 26 tahun.

Aku terasa dengan pemergian Arwah Syed Firdaus. Sungguh aku tak pernah rapat. Cukup untuk aku kenal. Dia seorang yang baik. Happy go lucky. Kenal hanya di sekolah dan bila semua dewasa, aku tak pernah nampak dia. Dan paling last, masa kenduri kahwin nya, Aku tak dapat menghadiri sebab tengah berpantang.

Paling buat aku sedih. Pemergiannya meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung. Mereka jugak PJJ di mana sang suami mencari rezeki di Rompin, Pahang. dan sang isteri di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sedih. Aku terasa macam nak menangis. Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan isterinya. Hebat betul ujian ini. Ya Allah. Kau tabahkan lah hati isterinya. Kau bagilah kekuatan luar biasa padanya Ya Allah.... ~~ Aku sedar aku sendiri pun tak mampu kuat untuk itu..

Al Fatihah untuk Syed Firdaus Syed Hassan. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin~~

Friday, February 1, 2013

Makan besar family

Motip selalu cite bab makan. Entahlahapa aku duk gila bayang sangat part makan. Hehehe. Jangan marah. Selagi ada daya dan rezeki mendatangi kita. Jangan ditolak rezeki itu. Oh ye, aku dan Nurul (biras aku) plan nak ajak makan-makan untuk keluarga belah Mr Daddy dan semestinya undangan khas adalah Mak, Fatin dan Maksu sekeluarga... Kitorang makan-makan di Restoran Ana Ikan Bakar. Pengurus cawangan kat situ adalahsepupu Nurul. Ingatkan boleh dapat harga diskaun. Sekali tokenye takde pulak. Tapi rezeki jugak sebab yang jaga kaunter tu junior sekolah aku dan masih kenal aku. Dan dapat harga yang sangat berpatutan. Padahal order setiap benda semua 3 set.

Antara makanan yang di order. Sotong tak masuk.
Asalnya nak order ketam masak telur masin. tapi takde pulak time nih. Ada jugak aku masak sendiri ih. Hehehe...

Tu dia.. Licin abis makanan. Gigih tu!
Alhamdulillah. kenyang perut. yang penting boleh berkumpul bersama keluarga kan..  Nanti buat lagi ye! Ada sape-sape yang baik hati nak open table?? Kita jangan kedekut dengan sedara mara. Tapi kalo buat taik ngan aku. Sorilah nak wat baik. kan??