besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 21, 2013

Mood: Cuti-cuti Malaysia

Dah lama tak berblogging. Asal Rabu je baru ingat nak update gambar. Wordless konon. Hahaha. Nah! semalam compile sekali gambar-gambar sekaligus. Yang mana ada dalam kamera Mr Daddy aku upload. Kuikui. Padahal dalam FB dah lama aku update..

Yess. Sekarang aku dah takde mood nak datang kerja. Sebab?? Pertama. Mak ada kat rumah since Sabtu lepas. Airil balik Kelantan. So, mak kebosanan. Haruslah nak jumpa dan jaga Yaya pulak. Kedua. Sebab esok cadangnye ke sebuah pulau. Cuti-cuti Malaysia. Bersama Mak, Makshu Fatin, Mr Daddy dan Yaya.

Thanx Mr Daddy bawak kita sekeluarga Cuti-cuti Malaysia.. Tapi kan..... Ada tapinya.. Budak demuk kami tak berapa sihat lah.. Semalam batuk. Plus selesema..Dah bawak klinik. Sekarang dah tak bawak ke klinik kat Bandar Seri Putra. Cuba tukar klinik ke Klinik Syifa, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Klinik mula-mula aku nampak Yaya dalam rahim. Hehehe.... Harap-harap Yaya cepat baik. Sebab dah nampak Mak dan Mr Daddy mula berubah fikiran untuk cancel je. Risaukan Yaya. Chaiyok sayang! Anak mummy kan kuat....

Sepanjang minggu ni, Mak jaga Yaya. Nak jadi kebetulan, Mama Nor a.k.a pengasuh Yaya demam sekeluarga. So, dapatlah Mama Nor berehat. Seronok sangat Yaya duduk rumah. Tapi kan. asyik nak bermanja dengan Daddy je. Asal Daddy balik rumah time lunch je nak berkepit dengan Daddy. Mentang-mentanglah Daddy hadiahkan basikal baru untuk dia..... Gedix ler tu...

Kayuh jangan tak kayuh. Yaya.

Posing menggoda atas basikal..

Motif Daddy beli basikal warna oren campur biru?? Mummy dah melompat-lompat kat kedai nak jugak basikal pink. Yelah. Gugurl kan?? Daddy said No pink. Ok fine. Tak dapat pink. Purple plezz.. Daddy said tak payah. Beli warna boboy and gugurl boleh naik sama. Ggggrrrrr.... Nanti Yaya dapat adik boboy camne? Tak kesian ke naik basikal pink? Hello Mr daddy. Tu berapa tahun lagi punye ceritalah. Mesti beli baru punya. Tapi dah dia banker.. Emmmm.. Hamba turutkan je. Walaupun turun tangga Manjaku tu muncung je mulut. Yaya pulak ejek aku. Tersengih-sengih. YElah. Anak Daddy kan. Haruslah sokong Daddy kan. Tak kisahlah warna apa. Janji Yaya dan Daddy happy.. ( sambil tangan di bahu, mata ke atas). hehehe...

** menggodek google untuk cari hotel di pulau tu nanti sambil key in data. Nak hantar result hari ni jugak.

No comments: