besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 25, 2013

Cuti-cuti ~~ Pulau Pangkor Part 1

Alhamdulillah Lepas jugak hajat nak bawak Mak dan Fatin ke utara semenanjung.. Cadangnye nak pergi Pulau Langkawi. Tapi masa semput sangat. At last ajak mak pergi Pulau Pangkor. Seronok sangat. Puas hati. Thanx Mr Daddy. 

Masa aku pergi tu memang walk in. Gamble je. Dengan harapan akan ada hotel atau chalet kosong walaupun ada jugak godek google. Sampai je Manjung. Kak Eli (opismate) hantar SMS no contact person untuk chalet di Pangkor. Aku try call. Memang dapat harga berpatutan. Bilik 4 katil, 2 bilik air. sangat luas. Suria Beach Resort. Boleh dapat harga RM120. Paling best dapat sewa kereta untuk sehari tu RM70. 

Bagi aku sangat murah dan berpatutan. Tak tau lah kalo orang lain cakap mahal.  Kalo sape-sape nak no contact tu bagitaulah ye... 

Dengan anak dara yang mengantuk.
Tiket feri berharga RM10 untuk dewasa. pergi dan balik. So, dah beli tiket sila simpan untuk balik pulak ye.  Perjalanan feri makan masa dalam 30-40 minit sahaja. Pergi pulau ni rupa-rupanya sehari pun dah cukup. Mr daddy beria isi minyak RM20. Ingat tak cukup. Rupa-rupanya berlebih dah. Untung kat penyewa kereta tu.

Onni dan Makshu...


Sampai je di jeti. Ambik kereta sewa. Kami dapat Proton Saga Aeroback. Condition ok. Terus menuju ke Teluk Nipah. Menginap di Suria Beach Resort. Rupa-rupanya yang selalu duk tengok website chalet-chalet diorang tu berdekatan sangat-sangat. Dah sampai bilik. Tido dulu. Tapi Yaya taknak tido. Mengamuk je kerjanya. Mungkin tempat baru. Menangis sampailah tertido di celah ketiak Onni nya. Kesian anak Mummy.

Bangun dah 4 petang. Bersiap-siap. Pastu start kereta round pulau dengan kereta. Gile ah! Jalan memang ekstrem giler. Paling best tengok mat-minah salleh bawak moto atas bukit yang jalannya berliku-liku.Melawat Kota Belanda. Ku sangkakan besar kotanya. Di tengah bandar ke. Rupa-rupanya duduk sebelah je rumah orang. Hehehe....

Kota Belanda




Kusyuk dan tawadduknye tido.

 Hahaha.. Rasa penat pulak upload gambo.. Esok nak cerita lagi lah...



2 comments:

Noraziah Abdullah said...

buley bg no contact utk penginapan? murah sgt tu

joeayu said...

Alamak dear. nanti saya godek semula. sy bagi ye....