Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, February 6, 2013

Happy Birthday Mr Daddy..

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan M Jummary...
Allah selamatkan kamu...

Alhamdulillah. Hari ni bertarikh 6 Februari 2012, umur Mr Daddy bertambah lagi setahun menjadi 27 tahun. Syukur Ya Allah kerana Kau panjangkan umur suamiku. Untuk terus bersama aku dalam melayari bahtera perkahwinan ini dengan indahnya. Untuk terus sama-sama membesarkan zuriat kami walau dalam keadaan susah dan senang....

Nak buat ucapan sikitlah untuk Mr Daddy... Sesapa yang loya mintak maaplah ye....

Abang.. Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 27. Sayang sayangkan abang. terlalu sayangkan abang. Semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga abang terus menjadi mukmin yang beriman, anak yang soleh, suami yang mithali dan daddy yang penyayang kepada anak-anak kita, Insha Allah. 

Terima kasih abang kerana menjadi suami yang sangat bersabar dengan karenah dan perangai sayang.Terima kasih kerana menjadi teman sayang di kala sayang bergembira dan berduka. Bergaduh. Merajuk. Asam garam dalam rumahtangga kita kan?  Tapi sayang akui terlalu bahagia hidup bersama abang.



Abang... Terima kasih abang sanggup berkampung di hospital selama 4 hari 4 malam selama sayang ditahan di wad. Abnag sanggup tidur dalam kereta pada waktu malam semata-mata menemani sayang walaupun sayang tidur di katil hospital. Abang sanggup mandi di surau hospital, di masjid walaupun rumah mak dan ma dekat untuk abang balik. Tetapi abang tak balik. teringat kata-kata abang "Abang taknak sayang sakit. Abang nak bersama sayang". Sumpah sayang menangis dalam hati abg. Terharu sangat.

Terima kasih jugak sebab sudi jaga sayang ketika berpantang. Abang sudi mandikan sayang, cuci luka sayang, suap makan untuk sayang. Terlalu banyak abang lakukan. Pulank ke kampung saban minggu untuk bersama sayang dan Yaya. Sungguh sayang dan Yaya hargai. Terima kasih juga sebab sehingga sekarang abang sanggup bangun untuk buat susu Yaya tanpa kejutkan sayang. Pengorbanan abang terlalu banyak.  



Maafkan sayang andai terlalu banyak kekurangan diri dalam diri ini. Sayang cuba menjadi isteri yang baik untuk Abang. Yang mendengar kata. Insha Allah. Semoga Allah terus merestui perkahwinan kita ini. Terima kasih abang!

Mummy & Yaya sayang sangat kat Daddy.


No comments: