besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 4, 2013

A-Fatihah

Hari ni.. Separuh hari aku menatap Facabook. Boleh dikatakan majoriti friends aku sedang memperkatakan tentang kematian salah seorang senior aku, Allahyarham Syed Firdaus Syed Hassan, biasa dikenali dengan Opie. Mungkin ada kawan-kawan batch aku yang mengenali Arwah mungkin ada yang tak kenal. TEtapi aku se kampung dengannya mengenali Arwah. Arwah meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Nenasi. mungkin untuk pulang ke Rompin dari Kuantan.

Mak aku jugak mengenali Arwah. Arwah sangat baik dan peramah. Orangnya kelakar. Bila aku bagitau mak, Arwah meninggal, mak sebak. Mak cakap "baik orangnya"... Ituah kuasa Allah. Arwah pergi ketika berusia 29 tahun. Ajal tak mengenal usia. Tua atau muda. Teringat aku pada Arwah Angah. meninggalkan kami ketika usianya 26tahun 1 hari. Teringat jugak aku kepada suami sahabat aku Cik Bai, Allahyarham Shahrul pergi ketika usia 26 tahun.

Aku terasa dengan pemergian Arwah Syed Firdaus. Sungguh aku tak pernah rapat. Cukup untuk aku kenal. Dia seorang yang baik. Happy go lucky. Kenal hanya di sekolah dan bila semua dewasa, aku tak pernah nampak dia. Dan paling last, masa kenduri kahwin nya, Aku tak dapat menghadiri sebab tengah berpantang.

Paling buat aku sedih. Pemergiannya meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung. Mereka jugak PJJ di mana sang suami mencari rezeki di Rompin, Pahang. dan sang isteri di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sedih. Aku terasa macam nak menangis. Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan isterinya. Hebat betul ujian ini. Ya Allah. Kau tabahkan lah hati isterinya. Kau bagilah kekuatan luar biasa padanya Ya Allah.... ~~ Aku sedar aku sendiri pun tak mampu kuat untuk itu..

Al Fatihah untuk Syed Firdaus Syed Hassan. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin~~

No comments: