Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday

Chaiyok Yaya~~

Sushi Oh Sushi

Balik kerja semalam rasa penat sangat. Kurang sangat masa main dengan Yaya. Sebab pengasuh dia cakap Yaya bangun pukul 3.30 petang terus tak tido. Bila aku ambik senyum je budak Yaya ni. Balik rumah mengekek-ngekek dia mengagah dengan mummy. Nampak dia macam dah mengantuk sangat. Breastfeed dia sampai tertidur. Masuk buai. Bolehlah mak nya buat kerja lain. 

Dah kenyang makan tu tetiba otak ni terbayang sushi. Tekak ni terasa je sushi. Em.. Sedapnya! Gulp! Bagitau kat Mr J. Terus dia "JOM!!" wah. ini sudah baik. siap tanya lagi " mana?? Carefour ke Jusco??" Tapi aku terus tunjuk budak kecik dalam buai tu. Mr J jawab apa tau?? " kasi angkat masuk stroller je" tak tergamaknya hati mak ni nok.. Takpelah. Tunggu weekend nielah. mr J janji nak bawak gie Jusco Balakong. Ala sushi yang harga seringgit dua tu je. Serius aku tak pernah masuk sushi king. Takut pun ada. Tak reti pun ada. Jakun sangat. Mr J pun seram nak masuk sebab ada sushi king yang takde logo halal. 

sape yang sudi ajarkan aku makan kat sushi king tu?? Please... sebelum ni pernah makan Jusco punye je. tu pun dah kira sedap lah. Aku tak pandai nak nilai kesedapan sushi yang sebenar. Uhuhuhu...

Em.. Sedapnya...
Thanx to google..
 
 

Tuesday, August 28, 2012

Jom ke Pengkalan Kubor

Raya baru-baru ni kitorang ke Pengkalan Kubor. Memang best! Tapi yang tak best nya bonet kereta dah penuh. Kesian Onni, Maksu n Mummy takleh shopping banyak. Semua sebab barang Yaya dah penuh bonet. Takde gambar lain yang sempat sbnap kecuali gambar anak dara aku yang sangat excited. Tapi menangis jugak di tengah jalan sebab kepanasan. Jom kita layan wajah excited dia.

 Jom kita shopping mummy!!


Hehehe.. Kesian mummy ngan Onni tak dapat shopping banyak. nanti Yaya besar kita pergi lagi ye.

 Saya nak beli apa ye???

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua....

Monday, August 27, 2012

Corat Coret Aidilfitri 2012


Salam Aidilfitri untuk semua. Masih ada peluang kan. Belum terlambat lagi rasanya. Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf dipinta andai ada tersilap kata, terkasar bahasa. Sesungguhnya segala yang buruk datang dari kami yang baik itu semuanya dari Allah.

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menyambut Aidilfitri pada tahun. Paling kami bersyukur dengan kehadiran orang baru. Terima kasih Ya Allah.

Ingat tak entry raya tahun lepas aku sanggup tak ke Terengganu sebab merajuk. Kali ni, kami beraya bukan setakat ke Terengganu, Kelantan pun kami jajah. hehehe. Puas hati. paling seronok Onni lah. dapat shopping. Tapi dah warning awal-awal jangan dibeli periuk belanga di Pengkalan Kubor. Sebab bonet kerte memang penuh. Barang Yaya saje dah separuh bonet. Stroller pun diangkut balik. At last tak bawak pun ke Kelantan. tinggal di Kuantan jugak.

Raya pertama kami tahun ni giliran umah Nek Ma ( ma Mr J). oleh sebab Yaya cucu sulong tahun ni, Yaya lah jadi keutamaan. Yaya jugak paling masyuk duit raya. hehehe. Alhamdulillah rezeki Yaya.. Rasa macam ada kurang je gambar ni. kami rindu arwah abah. Kalo arwah abah ada mesti lagi meriah tambah pulak dah ada Yaya sebab arwah sayangkan budak-budak. Cucu sedara dikelek macam cucu sendiri. Semoga Abah tenang di sana.

Raya kedua giliran kami beraya dengan keluarga aku pulak. Kitorang bergerak dari Kuantan ke Terengganu. ni gambar tepi pantai kat kawasan chalet. Kitorang tido kat Batu Rakit view Chalet. oklah chalet tu. next time kalo datang nak check in situ lagi.tengok budak baju belang tu. excited betul dia. Geram mummy tengok. Anak dara tu pulak suka sangat wat muka stress time bergambar.

Raya ketiga pulak ada majlis merisik plus bertunang terus abang ipar aku. Abang Mr J lah. Niat asal hanya nak merisik tetapi selepas berbincang diorang bersetuju untuk terus bertunang. Nasib baik pihak kitorang ada jugak bawak hantaran kain ngan kek. Padahal kek aku suruh bakal biras aku beli kat Terengganu. hehehe. Tapi aku bayar tau.


Nielah bakal biras aku. Nama dia Nurul Firdaus. Yaya panggil Ciklong. Aku jadi rapat dengan dia since kursus kahwin pada tahun 2008. Sebelum tu dengar cerita dari Mr J je. Bila dah kenal jadi baik sampai sekarang. Sampai ada yang kata aku sama sekolah lah, kawan belajo lah. kelakar betul. Alhamdulillah kitorang serasi. Kalo nak cari teman mengumpat kitorang leh geng. kuikui.

Nielah pasangan nya. InsyaAllah akan berlangsung lepas Aidiladha. Semoga dipermudahkan perjalanan mereka. Amin~~


Nak tepek jugak gambo anak dara I sorang ni. Sume muke stress. Mak pun tensi tau. Asal orang amik je menangis.
Alahai. Manisnya anak dara mummy ngan daddy sorang ni. oh ye.. Yaya dah botak tau. nanti aku update gambo dia. Dan paling best Yaya dah pandai meniarap di usia kurang seminggu 3 bulan. Hati mummy ngan daddy berbunga-bunga teringatkan senyuman Yaya...



Tuesday, August 14, 2012

Kalut sokmo

~ Semalam first day aku kerja lepas bercuti. Niat di hati nak pam susu untuk Yaya walaupun Yaya dah mula campur dengan susu formula. Sebab aku tak meriah dengan susu. Niat untuk penyususan ekslusif Yaya aku gagal. Sedih. Tapi untuk anak terus membesar aku kena redha lah. Tapi yang kelakarnya semalam, dah confident bawak kotak pam susu, storage botol bagai. Cuma tanpa cooler bag sebab belum beli lagi. Hari ni cadangnya nak beli, tapi Mr J ada keje luar pulak tengahari ni. Sampai opis nak start pam, rupa-rupanya aku tertinggal corong. Vangang betul kan? Tengahari keluar ngan Mr J singgah rumah jap ambik corong. Uhuhu.

~~ Petang tu pulak, dapat mesej dari Bahiyah, member sekolah aku deal nak buke pose kat rumah kitorang. Aku mention awal-awal yang aku nak masak "spageti meatball". Kira cubaan pertama lah. Balik rumah dah 5.30 petang. Niat hati nak ambik Yaya terus. Tapi kena tunggu daddy dia pulak. Sebab aku takut nak naik. Takut bertembung ngan orang gila depan umah tu. Kalo aku sorang takpe lagi. kalo ada Yaya. aku rela tunggu Mr J. Ambik Yaya dari pengasuh bawak balik rumah. Main-main sekejap. sementara tu Mr J turun balik pergi kedai ngan bazar Ramadhan depan umah tu, susukan Yaya bagi dia tido. sangat kelam kabut bila Mr J lambat balik. Nak wat spageti meatball kan banyak benda nak dipotong dadu. Adoi. Mntak tolong dengan Mr J. Anak dara sorang tu pulak merengek takut duk sorang2. walaupun letak atas play gym dia.menangis jugak. Berlarilah si ayah nak melayan isteri dan anak. Kesian. At last, Bahiyah sampai betul-betul orang dah azan. Aku pun siap masak time tu jugak.Pastu kelam kabut nak hidang lagi. sudahnya meja penuh ngan makanan saja. belum termasuk pinggan untuk dimakan. Yang bestnya, cubaan pertama aku menjadi. Liciin... siap boleh bungkuskan untuk Bahiyah sekeluarga lagi. seronok tengok suami dan adik dia bertambah makan. Padahal suami dia bukannya kaki pedas.

~~ Sekarang kan dah bertiga. Makan dah takleh nak suap menyuap macam dulu tau. Makan sorang-sorang. Kena bergilir. Anak dara tu pulak tersangatlah pandai. time mak pak nya nak berbuka time tuelah dia bangun tidur. selama sebulan pose ni tak sampai 5 kali kitorang dapat makan bersama dan si anak dara tido atau main dengan tenang. Selebihnya makan sorang-sorang. Biasa aku bagi Mr J makan dulu. sebab dah penat masak aku tak lalu nak makan terus. aku kena rehat dulu. Lepas Mr J abis makan baru dia pass baton kat aku. Siap makan, kelam kabut kemas meja pulak sebab nak bagi turn untuk Mr J mandi sembahyang pulak. Pastu turn aku pulak, Sangat kalut kan. Tapi takpe, daddy cakap dia suke. Letih tapi seronok. Hidupnya dah lengkap.

~~ Badan aku penat dan mengantuk sangat semalam. Tido pun lambat jugak. Nasib baik Yaya tido awal. Daddy leh keluar beli barang dapur. Kebetulan ada happy hour kat Family store. Beras 10kg RM21. Dynamo 4 liter lebih tu RM18. susu pekat Marigold RM1.99. murah kan?? harus taknak tertinggal. Lepas berbuka, Mr J terus pergi pasaraya tu sorang-sorang. Nak angkat Yaya tengah tido tak tergamak rasanya. Tapi aku yang kalut nak kutip pinggan lagi, kemas atas meja makan, basuh pinggan dalam sink, nak mandi sembahyang bagai. sudahnya tido sampai tak sedar sahur pagi tadi. sempa minum air je. Sedar pun sebab Yaya bangun nak menyusu. Pukul 5.35 pagi. Takleh nak wat apa lah...


Monday, August 13, 2012

Perasaan bercampur baur..

Betul ke eja bercampur baur tu?? hehehe. sekarang semua perasaan ada kecuali marah. Mengantuk, bosan, rindu, sayu. Semua ada. Lambatnya pukul 5 petang. nak cepat-cepat balik rumah. Amik Yaya. Rindu sangat kat Yaya. kali ni kali ketiga dah tinggal Yaya pada pengasuh. Yaya panggil pengasuh dia mama. Yaya dah boleh panggil?? bukan, pengasuh dia bahasakan diri dia mama. 

First time tinggalkan Yaya pada mama dia, time tu saje-saje nak tinggalkan sebab nak biasakan dia dengan pengasuh dia. Kebetulan memang nak mencari barang-barang keperluan Yaya kat rumah pengasuh dia contohnya mandian, losyen, krim-krim, pampers, susu dan paling penting buai. Nanti Yaya tak tido tak dapat buai. Yang kelakarnya, aku ni dah sebak. Bila pandang daddy Yaya, dia yang beria2 bergenang air mata. Terus Mr J tarik aku peluk. Aku pulak yang tergelak. Hilang rasa nak menangis. Bila masuk dalam kereta, bukak handbag nampak pulak pampers Yaya yang memang aku spare 2 keping untuk bawak jalan, wet tissue, topi Yaya ngan sapu tangan. Uwaa.. Sedihnye. 

Sangat annoying kan. Padahal bape jam je tinggal Yaya. 2.30 petang sampai 5 petang je pun. Tapi rindu sangat. Sekarng pun terngiang-ngiang suara Yaya mengagah. Oh ye, Berat Yaya di usianya cukup 2 bulan adalah 5.6kg. Nurse kata kategori GEMUK. Takpe gemuk sekarang. tu tandanya cukup makan. hehehe.. Di usianya 2 bulan 15hari Yaya dah pandai mengagah. Lagi-lagi dengan Daddy. Bila aku sakat dia sampai dia nangis. Mata dia mencari-cari. Macam cari orang. Mungkin cari daddy dia sebab bila Mr J angkat dia. terus diam. Pastu buat bunyi macam-macam. Macam budak bercerita. Mengadulah tu.. Ahhh.. Rindunya kat Yaya...

Untuk raya ni, persediaan kitorang buat di akhir-akhir. Contohnya minggu ni. Barulah dapat cari baju kitorang, kasut Onni ngan Nek Ma Yaya. Sebab time rehat keje nie baru boleh keluar. Masa aku dalam cuti lagi tak sampai hati nk bwk Yaya. Kesian dia. Malam je keluar. Time siang dia banyak tido. Kul 3 atau 4 baru bangun. Mr J pun keje. so, minggu nie pulun cari barang-barang. Baju raya Yaya?? Sekarang ni ada 10 pasang. Bukan aku yang beli. Lebih dari separuh semuanya disponsor. Mekasih sume yang sudi sponsor Yaya.. Tapi lagi best sume yang disponsor tu adalah Skirt dan gaun. hehe. so, aku cuma tambah-tambah baju+ seluar je...