besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, August 27, 2012

Corat Coret Aidilfitri 2012


Salam Aidilfitri untuk semua. Masih ada peluang kan. Belum terlambat lagi rasanya. Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf dipinta andai ada tersilap kata, terkasar bahasa. Sesungguhnya segala yang buruk datang dari kami yang baik itu semuanya dari Allah.

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menyambut Aidilfitri pada tahun. Paling kami bersyukur dengan kehadiran orang baru. Terima kasih Ya Allah.

Ingat tak entry raya tahun lepas aku sanggup tak ke Terengganu sebab merajuk. Kali ni, kami beraya bukan setakat ke Terengganu, Kelantan pun kami jajah. hehehe. Puas hati. paling seronok Onni lah. dapat shopping. Tapi dah warning awal-awal jangan dibeli periuk belanga di Pengkalan Kubor. Sebab bonet kerte memang penuh. Barang Yaya saje dah separuh bonet. Stroller pun diangkut balik. At last tak bawak pun ke Kelantan. tinggal di Kuantan jugak.

Raya pertama kami tahun ni giliran umah Nek Ma ( ma Mr J). oleh sebab Yaya cucu sulong tahun ni, Yaya lah jadi keutamaan. Yaya jugak paling masyuk duit raya. hehehe. Alhamdulillah rezeki Yaya.. Rasa macam ada kurang je gambar ni. kami rindu arwah abah. Kalo arwah abah ada mesti lagi meriah tambah pulak dah ada Yaya sebab arwah sayangkan budak-budak. Cucu sedara dikelek macam cucu sendiri. Semoga Abah tenang di sana.

Raya kedua giliran kami beraya dengan keluarga aku pulak. Kitorang bergerak dari Kuantan ke Terengganu. ni gambar tepi pantai kat kawasan chalet. Kitorang tido kat Batu Rakit view Chalet. oklah chalet tu. next time kalo datang nak check in situ lagi.tengok budak baju belang tu. excited betul dia. Geram mummy tengok. Anak dara tu pulak suka sangat wat muka stress time bergambar.

Raya ketiga pulak ada majlis merisik plus bertunang terus abang ipar aku. Abang Mr J lah. Niat asal hanya nak merisik tetapi selepas berbincang diorang bersetuju untuk terus bertunang. Nasib baik pihak kitorang ada jugak bawak hantaran kain ngan kek. Padahal kek aku suruh bakal biras aku beli kat Terengganu. hehehe. Tapi aku bayar tau.


Nielah bakal biras aku. Nama dia Nurul Firdaus. Yaya panggil Ciklong. Aku jadi rapat dengan dia since kursus kahwin pada tahun 2008. Sebelum tu dengar cerita dari Mr J je. Bila dah kenal jadi baik sampai sekarang. Sampai ada yang kata aku sama sekolah lah, kawan belajo lah. kelakar betul. Alhamdulillah kitorang serasi. Kalo nak cari teman mengumpat kitorang leh geng. kuikui.

Nielah pasangan nya. InsyaAllah akan berlangsung lepas Aidiladha. Semoga dipermudahkan perjalanan mereka. Amin~~


Nak tepek jugak gambo anak dara I sorang ni. Sume muke stress. Mak pun tensi tau. Asal orang amik je menangis.
Alahai. Manisnya anak dara mummy ngan daddy sorang ni. oh ye.. Yaya dah botak tau. nanti aku update gambo dia. Dan paling best Yaya dah pandai meniarap di usia kurang seminggu 3 bulan. Hati mummy ngan daddy berbunga-bunga teringatkan senyuman Yaya...