besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, August 13, 2012

Perasaan bercampur baur..

Betul ke eja bercampur baur tu?? hehehe. sekarang semua perasaan ada kecuali marah. Mengantuk, bosan, rindu, sayu. Semua ada. Lambatnya pukul 5 petang. nak cepat-cepat balik rumah. Amik Yaya. Rindu sangat kat Yaya. kali ni kali ketiga dah tinggal Yaya pada pengasuh. Yaya panggil pengasuh dia mama. Yaya dah boleh panggil?? bukan, pengasuh dia bahasakan diri dia mama. 

First time tinggalkan Yaya pada mama dia, time tu saje-saje nak tinggalkan sebab nak biasakan dia dengan pengasuh dia. Kebetulan memang nak mencari barang-barang keperluan Yaya kat rumah pengasuh dia contohnya mandian, losyen, krim-krim, pampers, susu dan paling penting buai. Nanti Yaya tak tido tak dapat buai. Yang kelakarnya, aku ni dah sebak. Bila pandang daddy Yaya, dia yang beria2 bergenang air mata. Terus Mr J tarik aku peluk. Aku pulak yang tergelak. Hilang rasa nak menangis. Bila masuk dalam kereta, bukak handbag nampak pulak pampers Yaya yang memang aku spare 2 keping untuk bawak jalan, wet tissue, topi Yaya ngan sapu tangan. Uwaa.. Sedihnye. 

Sangat annoying kan. Padahal bape jam je tinggal Yaya. 2.30 petang sampai 5 petang je pun. Tapi rindu sangat. Sekarng pun terngiang-ngiang suara Yaya mengagah. Oh ye, Berat Yaya di usianya cukup 2 bulan adalah 5.6kg. Nurse kata kategori GEMUK. Takpe gemuk sekarang. tu tandanya cukup makan. hehehe.. Di usianya 2 bulan 15hari Yaya dah pandai mengagah. Lagi-lagi dengan Daddy. Bila aku sakat dia sampai dia nangis. Mata dia mencari-cari. Macam cari orang. Mungkin cari daddy dia sebab bila Mr J angkat dia. terus diam. Pastu buat bunyi macam-macam. Macam budak bercerita. Mengadulah tu.. Ahhh.. Rindunya kat Yaya...

Untuk raya ni, persediaan kitorang buat di akhir-akhir. Contohnya minggu ni. Barulah dapat cari baju kitorang, kasut Onni ngan Nek Ma Yaya. Sebab time rehat keje nie baru boleh keluar. Masa aku dalam cuti lagi tak sampai hati nk bwk Yaya. Kesian dia. Malam je keluar. Time siang dia banyak tido. Kul 3 atau 4 baru bangun. Mr J pun keje. so, minggu nie pulun cari barang-barang. Baju raya Yaya?? Sekarang ni ada 10 pasang. Bukan aku yang beli. Lebih dari separuh semuanya disponsor. Mekasih sume yang sudi sponsor Yaya.. Tapi lagi best sume yang disponsor tu adalah Skirt dan gaun. hehe. so, aku cuma tambah-tambah baju+ seluar je...


No comments: