Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

Kisah dongeng yang bukan dongeng lagi...

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja 
 
~~ oh baru aku tersedar lagu ni sesuai aku tujukan pada Mr J  12 tahun dulu. masa kitorang Form 1. gediks kan ko mak jemah. hahaha... tapi sekarang pun masih sesuai. tengok masa first verse tu. 
 
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini  


~~ aku tak seberapa. rupa takde, harta jauh sekali. orang lain lebih segala-galanya dari aku... tapi dia tetap................

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna.


Thanx Mr J. 
yang selalu sudi untuk bersusah senang bersama aku.
yang sudi memberi kasih sayang..
yang sudi menadah telinga dengar aku membebel-bebel..
yang mampu menahan segala rasa bila aku stress.
yang sudi terima aku seadanya.
yang sudi bau kentut aku ~ hahaha..

kisah dongeng ni bukan lagi dongeng untuk kami.

+ motif meroyan pagi-pagi ni dengan jiwang? ~~ miss malam semalam.. hahaha +



 




Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Bosannya PJJ....

salam.. 3 hari tak berblog. tiba-tiba rasa macam lost sangat je.. hehehe.. semalam terpaksa cuti. sebab takde tiket. susah betullah PJJ ni. dah balik kampung takde tiket takelh balik. nak balik takde tiket takleh jumpa suami. jumaat hari tu aku punyalah kelam kabut nak cepat-cepat sampai Pekeliling. nak naik bas awal kononnya. tapi biasalah bila dah naik komuter ni perjalanan dia kan agak slow. Bangi nak sampai ke pekeliling kena bajet masa 2 jam. naik komuter nak kena tukar LRT lagi. penat? oo.. lebih dari itu.

kadang-kadang terpikir sampai bila nak macam ni. fedup? yes. fedup dengan keadaan ini. bila dikira balik berapa juta dah aku melabur kat syarikat bas ni. 6 tahun masa aku habis atas ba. asal weekend je dalam bas. peel bas pun aku dah kenal. bas mana yang cepat. bas ni berhenti RNR mana pun aku tau.

6 tahun... 3 tahun berulang Kuala Terengganu-Kuantan-Kuala Terengganu. 3 tahun lepas sampai sekarang masih berulang Bangi-Kuantan-Bangi. penat. kalaulah ada istilah lain yang nak menggantikan istilah over penat. aku dah guna. pernah ada seorang sahabat cakap pada aku. hidup aku ni seolah-olah tiada kesudahan bila berjauhan. terkejar ke sana sini. 

jumaat lepas aku balik. samapi pekeliling dah awal bagi aku. ingat sempat kejar bas pukul 7.30 malam. beraturlah aku ni panjang-panjang. samapi kaunter. dang!!! tiket hanya tinggal pukul 11 malam sahaja. aku rasa nak gila. terpaksa beli. esok nak mengajar. menunggulah aku kat situ. macam-macam manusia aku tengok. nasib baik ada juga hamba Allah yang baik boleh bersembang. satu lagi masalah bateri hs memang dah abis sangat. sepanjang menunggu tiada aktiviti SMS dan calling-callling. nak jatuh air mata pun ada. cuma terpikir macam mana nak bagitau Mr J bila dah dekat nak sampai.

bila naik bas bersembanglah aku dengan orang sebelah. baik orangnya. Thanx ida yang tinggal kat Air Putih yang kerja kat Petrosains KLCC sebab pinjamkan akak kredit nak SMS Mr J. semoga Ida diberi rezeki yang melimpah ruah. sedih tau. cuba bayangkan kalau takde sape nak pinjamkan aku kredit. kejunglah aku menunggu Mr J pukul 2 pagi tu. 
semalam naik bas pun aku menangis lagi. niat di hati nak sanagt Mr J anto. nak bersama lagi. bila aku tanya    "ada ke kerja tak petang ni?" Mr J jawab " ada meeting kot". aku terus tutup niat aku. takpelah. Redhalah naik bas. bila naik. aku tengok seat semua Bangla-bangla yang konker. bengang dah. pening dengan bau 'wangi' dia takyah cakaplah. aku pun duduk je kat seat depan sekali. Mr J suruh aku letak beg. dia cakap kalau Bangla jangan bagi duduk sebelah. kalau pompuan bagi je. aku cakaplah "kalaulah bas ni bas bapak aku senang". suka hati je kan Mr J ni. tiba-tiba aku menagis. Mr J nampak. dia suruh aku turun. dia nak hantarkan je terus ke Bangi. 

sebenarnya aku menangis sebab dah penat sangat dengan keadaan macam ni. nak sangat life macam orang lain. tak berpenat. balik kampung sama-sama dengan suami. balik rumah sama-sama. tapi tak dapat.

tak tahu lagi nak meluah pada sapa. sesapa yang ada idea tolonglah bagi idea. aku tak mintak banyak pun. cuma nak bersama dengan suami aku je. kalau dia tak dapat pindah Bangi. aku dapat pindah ke Kuantan pun berganda-ganda syukurnya. " Ya Allah. permudahkan segala urusan kami"...

Friday, July 22, 2011

Eh Hazama???

bercerita sambil dengar lagu Hazama ~ Cinta Teragung... ambik mood..

tadi aku ke pejabat am bahagian aku nih. nak ambik air je pun. sambil2 tu belek-beleklah surat kat box surat masuk tu (orang panggil ape eh?~) adalah satu surat untuk aku.... belek-belek kan. kot-kot ada lagi. tamak betul. pastu kan aku ternampak nama Hazama. terkujat aku. HAZAMA?. aku tepuk pipi aku. nak kembali ke alam nyata. rupa-rupanya surat untuk HAMZAH. hampeh tul. ape hal duk koya ke hazama plak ni.. Kaw timm.....

Belum rezeki kami......

kronologinya..

- 1 hb Jun adalah kedatangan cik peod tu. assume as regular customer.

-16 hb Jun. cik peod malu-malu nak kuarkan geng ramai-ramai. tompok-tompok manja je.

- 1hb Julai. ~~ eh, nape cik peod tak datang. 28 day cycle means dah lambat 2 @ 3 hari. ok takpe. mungkin start 16 kot. tunggu 14 hb kata mak.

- 14 hb Julai. ~~ tak datang jugak cik peod ni. mak dah pesan jangan makan itu, jangan makan ini, jangan buat keje berat..

lepas tu bermulalah kunun-kunun penjagaan yang manja. tak manja sangat pun. kunun-kunun. sebab everything pun kena wat sendiri kan. duduk sorang-sorang. travel lagi. Mr J dah pasang nazar. kalau positif terus nak botakkan kepala. tak sabar-sabar ni. tak pernah cik peod tu lambat macam ni. berdoa jugak biar cik peod tak datang terus pun takpe.

dah excited sangat. cuma terpikir. kerja aku macam ni. perlukan pergerakan yang banyak. relevan ke kalau orang pesan jangan angkat benda berat. sebab memang itu kerja aku. kalau bos cakap " oke Nurul. u tolong angkat tong tu" " u tolong alihkan itu ini" semua memerlukan pergerakan.

aku nak jawab ape? "bos.. saya pregnant..." padahal belum meng'test' lagi.... Mr J cakap cuba cek. dah lewat seminggu. oke. aku pun cek pagi semalam. pukul 4 pagi tersedar. terus pergi toilet. satu line. tiba-tiba teringat mak cakap. "awal lagi..." ok. cuba memujuk diri.

sampai opis. teringat-ingat lagi. dah inform Mr. J. dia kata nanti pergi klinik scan. tapi Mr J sangat mengharap. aku? aku pun mengharap. pastu mintak pendapat kawan-kawan yang berpengalaman. tanya mak. mak cakap nanti balik Kuantan pergi scan. kalau tak mengandung pun cuma nak tau kenapa. sebab aku tak pernah alami benda tu. cik peod datang lambat. biasa punctual je. tak pun bila cik peod excited sangat dia datang awal je....

dalam tengahari rasa ada benda panas je keluar. pergi toilet laju-laju. sekali. cik peod datang jugak. punah harapan kami... aku inform kat Mr J. kat mak. tapi Mr J macam frust sangat. dengar sangat suara dia. aku tanya. " abang sedih ke?" dia jawab " taklah.... bukan rezeki kita lagi..." sedihnya dengar suara dia. benda mengharap. sms kawan-kawan.. mengadu.. Alhamdulillah ada yang bagi respon yang aku dengar pun sejuk hati.

tapi yang paling sentap aku dengar " tuelah aku cakap jangan berharap.. sabo ar.. mu baru 2 tahun lebih kahwin.. orang lain sepuluh tahun ilek je.. bla bla.. Allah belum nak bagi mu lagi bla...." sentap tau orang cakap camni....aku mengadu nak mintak pandangan yang bernas. bukan nak kena maki hamun. takpe. aku paham dia tak pernah rasa suatu penantian. sebab dia bunting pelamin. sentap lagi ni. sampai satu point aku boleh simpulkan. dia nak bagitau dia penat kot dengan anak dua tu. dengan kandungan yang sekarang ni. takde tempat nak lepas geram. lepas kat aku. nak marah suami kang dicop derhaka. takpe-takpe. aku maafkan.


tapi ramai kawan-kawan yang bagi positif moral support jugaklah... Alhamdulillah. thanx semua. tapi semalam aku terkilan lagi bila Mr J cerita dia dah create blog untuk progress mengandung. adoyai. mau aku tak nangis.... nasib baik edah call ajak pergi rumah dia. kebetulan memang bosan. cancel kelas semua. pergi Putrajaya. Thanx edah. taklah aku memikir sangat.

teringat pada nasihat sahabat aku. "mungkin semua ni ada hikmah. Allah dah rancang untuk kita. semuanya dah molek tertulis untuk kita. berdoa. jangan putus asa" thanx my friend.....

Thursday, July 21, 2011

Selalu mimpi ni.....

pernah tak korang mimpi. korang bangun tido. pastu tiba-tiba tengok barang-barang umah hilang. pastu tido semula. bila tersedar rupa-rupanya tu mimpi. aku selalu jugak.

masa duduk rumah dengan bujang-bujang dulu pun macam tu. housemate kejutkan aku. cakap barang rumah hilang... aku pun menjerit. rupa-rupanya menjerit dalam mimpi. tersedar pun sebab rasa diri sendiri menjerit.

rumah sekarang pun macam tu. banyak kali dah. biasanya bila duduk sorang akan mimpi macam tu. minggu ni kan Bibi kursus. tinggallah aku sorang.. rasa takut dan tak selesa tido di bilik sendiri, aku tido kat luar. lepas subuh tadi aku tertido balik pastu mimpi barang rumah kena curi. siap syak orang depan  rumah lagi. hahaha... pastu menggagau bangun tengok. eh, barang-barang ada lagi rupanya.... pening gilos kepala bila bangun mengejut kan....

Wednesday, July 20, 2011

kenapa??

- kenapa lepas makan kita ngantuk eh?

-  kenapa asal tengahari ngantuk eh ~ biasa payah nak tido tengahari. hari cuti pun tak tido tengahari sebab    bangun pun dah tengahari.

- kenapa Mr J naik moto samapai nangis eh? apa yang dipikir beliau.~~ oh suamiku..

- kenapa Airil asik tolak Mummy je akhir-akhir ni. Mummy nak pegang dah tak kasi...

- kenapa masa pegang baby Qayyum tu dia nangis eh? padahal Mr J pegang takde ape pu. elok je duduknya. ~ jeles jeles....

haru biru @ huru hara.

assalamualaikum. ceh tajuk kat atas bikin panas je. apalah sangat kan. tapi siriyeslah. semalam memang huru haralah.. jiran depan umah aku tu tak berapa nak waras. satu kelurga. bapaknya dah mati. mak pulak duk kat lain. tapi anak jantan dia tu sangatlah menakutkan penduduk setempat.... aku lah paling takut. dahlah umah depan-depan. laki takde kat umah. minggu ni pulak Bibi kursus. Aduhai.

dah lama tak lalui huru hara camni. ingatkan dia dah meninggalkan alam ini. rupa-rupanya ada lagi. aku leh cakap dia ni bukan orang melayu kita. kang cakap banyak jadi isu pulak. tak pasal-pasal kena saman kan. jadi blogger pun kena saman. takut den.

dah 6 bulan takde masalah tanpa "dia" ni. sekarang dia muncul balik. semalam mungkin dia mabuk. bergaduh dengan abang dia. part mabuk aku lemah sikit. budak-budak tuisyen dah ketar. takyah cakap diorang. aku pun dah gigil. dengar jelas bertumbuk. grill umah aku tak berkunci. ish takutnye.. ni membuak-buak nak mohon kuarters Putrajaya ni...

last sekali. budak-budak dah takut. aku mintak tolong jiran sebelah umah aku. SMS je. mintak tolong suami dia hantarkan budak-budak tuisyen ni. yang si Lisa dah pucat tak nampak merah muka. siap jiran aku ni tolong kuncikan pintu ngan grill umah lagi. mau aku tak takut. masa jiran aku datang tu, si depan umah ni dah pandang tajam je ke arah rumah aku.

takut-takut. orang dah standby repot. cuma selagi dia belum sentuh orang lain takleh repot lagi. dia nak bergaduh adik beradik dia lantaklah kan.

aku ni dahlah sorang-sorang kat rumah. keadaan pun tak berapa nak sihat. tido pun bukak lampu. sejak Bibi kursus ni hari-hari tido luar. mr J nak datang.risau dengan keadaan aku katanya. aku cakap tak payahlah. cuti lagi. dahlah cuti kurang.......

haru birunya hari ni. aku boleh lupa aku dah punch ke belum pagi tadi. ala, apa susah. tengok je punch kad. masalah sekarang pakai e-punch. aku jadi blurr pagi ni.bukak e punch. tengok ruangan hari ni kodong. siap suruh tulis alasan lagi. kena tunggu lagilah ni... kena wat alasan pulak. padahal aku dah datang awal gile hari ni. 7.22 pagi. tapi camnelah aku boleh lupa dah punch ke belum....

Tuesday, July 19, 2011

Tahniah untuk Kak Eida...

pagi tadi kepala duk ting tong berchat dengan adik kepada kakak angkat aku tu. kakak angkat aku namanya kak eida. dia senior aku masa sekolah dulu. sejak masing-masing kahwin ni macam dah lost contact. kitorang selalu berkongsi cerita. kak eida ni sebaya dengan arwah Angah. sebab tu baik dengan dia. masa aku belajar matrik ke Universiti pun masih contact.

pagi tadi chat dengan adik beliau. rupa-rupanya kak eida dah bersalin minggu lepas. dapat baby girl. comel. namanya RABIATUL UMAIRAH. muka cam apaknye...

wah.. comel2.. 
eksited mokcik tengok awak....
nanti mokcik lawat awak ye...
semoga Rabiatul Umairah menjadi anak yang solehah dan penyayang sama macam mak ye..

** teringat fatin menjerit kuat-kuat " yaya.. cepat sikit keluar!! moksu nak kawin ni!"..
apakah???

MIL excited

semalam sebelum tido, biasalah calling-calling dengan Mr J. al-maklumlah PJJ. Mr J cakap dia cerita kat MIL yang cik peod aku dah lewat. Mr. J ni excited sangat kot. aku dah cuak gilos ni. nak jugak tau apa reaksi MIL kan.
"Ma senyum sayang. Ma cakap nanti ceklah lagi. awal lagi tu"..
ma senyum ada makna tu. ma bukanlah orang mudah senyum kecuali something yang meng'excited'kannya. aku dah cuak. takutnya kecewa lagi. Mr. J dah excited tu. Apalah Mr. J ni cepat sangat bagitau... Adoyai~~  kang yang frust menggelupur aku sorang-sorang.....

Monday, July 18, 2011

apakah??

alhamdulillah. diberi rezeki untuk makan tengahari ni. hehe.. sebenarnya kan. aku tak tau nak mula dari mana. cuma nak memberitahu hati ini mengharap sangat kali ni "lekat". tak tau nape. instinct ni kuat sangat. lagi pulak cik peod dah wat hal. dia tak datang lagi. harap2 dia tak datang terus. hehe...

aku harap sangat Ramadhan sempena dengan keberkatan bulan nya aku diberi peluang untuk mengandung. mengharap? ya. aku mengharap sangat. mr J dah excited sangat. Aku hanya mampu berdoa je sekarang. Aku jugak risau sebab aku selalu travel. akhir-akhir ni pulak dapat jadual mengajar kat Pusat Tuisyen tu. every week kena baliklah gayanya.. tapi aku takut sebenarnya. sepanjang travel apa pun boleh berlaku. tapi aku kena kuat. Mr. J suruh buat test semula. aku jadi takut. takut untuk frust lagi. Mr J tenangkan aku. pujuk tunggu sehingga ujung minggu ni. untuk buat UPT lagi..

tapi aku rasa ada perubahan dalam diri aku. mungkin kebetulan. mungkin jugak petanda. tapi aku takut. takut untuk terima kenyataan rezeki tak berpihak pada kami. apa yang mampu aku buat sekarang. berdoa. berhati-hati.... aku harap ada keputusan yang pasti.

semalam aku balik dari Kuantan. Mr. J berat hati nak melepaskan. Ikutkan hatinya nak naik bas sama-sama dengan aku. tapi kemampuan menghalang. aku dan Mr. J dah plan kalau betul-betul lekat dia nekad nak datang hantar tiap kali aku nak balik Kuantan. tapi costinglah. itu je caranya. tak balik kang. orang cakap ape pulak kan. cuba untuk berlaku adil...

sekarang ni masih mengharapkan ada keajaiban dalm rumhatangga kami... harap-harap cik peod tak datang terus. dan keputusannya positif.amin~~~

impian kami kalau aku mengandung...

assalamualikum. fuh. 3 hari tak bogging. sibuk? haruslah tak. cuma tak berapa nak sihat....Mr J pun tak berapa nak sihat. weekend baru ni dapatlah jumpa. tupun tak berapa nak puas dapat bersama 2 hari je. rindu sangat-sangat....

baru-baru ni aku saje2 bersembang dengan Mr. J. aku tanya Mr J apa dia nak buat kalau aku betul-betul mengandung. tau dia jawab ape?
 1. Abang sujud syukurlah.
2. Abang nak botakkan kepala ~~ nazar dari dulu lagi.
3. Abang nak buat satu blog untuk cite progress pregnant anak kita.
4. Nak jalankan nazar-nazar yang lain.

ok. yang 1, dengan 4 memang wajib buatlah kan. tapi yang no 2 tu. aku bukan niat nak gelak pun. cuma takleh nak imagine Mr J kalau botak. aku memang tak suka dari dulu lagi kalau Mr, J botakkan kepala. tapi dia tak pernah botakkan lagi. tapi kena berkorbanlah kan. kata nazar. ye dak? sekali je pun Mr. J botakkan kepala dia. ~~ insyaAllah terlaksana dengan izin Allah kalau Allah betul-betul izinkan kami untuk mempunyai zuriat...

yang ke 3 tu aku agak was-was sikit... sebab Mr J selalu komplen kato pis tak dapat main tenet. hanya lunch hour je boleh bukak. itu pun berebut nak guna. haruslah nak on FB. sampai sekarang pun Mr. J tak dapat baca blog ni. dia cuma dapat baca time menunggu aku abis mengajar tuisyen. itu pun di CC. aku tanya jugak masa bila Mr J nak buat blog untuk progress tu kan. dia kata dia sanggup singgah CC semata-mata nak update. sweetnye.. aku tanya apa nama blog tu nanti. jawab Mr J.. ~~ aku bakal babah~~.. hahaha. semoga impian abang tercapai. amin..

aku? apa impian aku kalau aku mengandung? impian haruslah nak menjalankan nazar-nazar yang dah tersimpan. di samping menjaga kesihatan diri sendiri demi baby kan. ada satu lagi yang aku impikan. aku nak beli ni...

buku diari hamil.
orang kata buku ni bagus kan untuk ibu mengandung.
dah lama aku tengok buku ni kat kedai. 
terpikir jugak bilalah aku boleh guna buku ni jugak.

"Ya Allah, sekiranya Kau berkehendakkan kami mempunyai zuriat sendiri, Kau permudahkanlah segalanya. Sesungguhnya Kau lah Maha Pencipta lagi Maha Pengasih Maha Penyayang." ~~ Amin..

Thursday, July 14, 2011

Airil & Onni

ni SMS dari mak. 

Airil. dia tido. mak batuk. dlm pejam mata dia ckp ejut. dia ejut.

aku tak paham jugak apa maksud ejut.
rupa-rupanya dia terkejut.
terkejut dengar mak batuk.
airil dah macam orang tua.
hehehe..
mummy geram sama kamoo...



sekarang mak cerita dia selalu ajak mak pergi round satu padang.
mak kata mak berpeluh.
bagus. baik untuk kesihatan mak jugak.
Airil. mummy rindu sama kamoo, sama Ayahchik, sama Onni...

Dinner @ Saloma Bistro

assalamualaikum. apa kabo semua? harap2 anda dapat kesihatan yang baiklah ye.. aku skrg. tengah ting tong. duk pikir nak pergi klinik ke tak ke... sakit kepala. time malam je nak demam. satu yang aku rasa lain. bila batuk sakit sangat kat dada. macam ada something yang melompat naik tolak dada. sakit sangat. nak pergi klinik niatnya. kalau dapat mc. boleh balik kampung awal. rindu sangat kat Mr. J dengan Airil Mr. J pun dah niat nak datang sini. nanti naik bas sama-sama dari Kl ke Kuantan. rindu katanya... aaauuuwww. mengada-ngada betul...

tapi siriyes.. sakit sangat. tengok jap lagi gie klinik... sebenarnya ada benda nak cek jugak. tapi takut terlalu awalkah. tapi ada kelainan jugak. instinct pun ye. mengharap. tipulah kan kalau tak. cuma berdoa kiranya ini masa kami. Alhamdulullah. tapi takut untuk frust lagi....

semalam kalut sangat..dari Bangi gie Putrajaya amik Bibi dan kawannya. diorang ada kursus kat MOSTI. pastu kelam kabut balik. mencicit My Kan. maafkan saya My Kan. ada orang ajak aku dinner kat Saloma Bistro. mule tu macam taknak pergi je. sebab dah tau mesti kalut-kalut je kan. lagi pulak sekarang ni dalam proses nak berjaga-jaga. bimbang jugak duk melasak tak tentu hala. cuma pikir kalau dah rezeki. rezekilah kan. insyaAllah semoga semua berjalan lancar.

so malam semalam berdinnerlah di Saloma Bistro. dengan sape pergi? identiti orang tu dirahsiakan. sebab banyak hati nak kena jaga. kan. cuma boleh cakap ni full sponsored. aku nak makan kat situ. haruslah tak. manalah mokcik mampu. bukan tempat mokcik tu. tetapi memenuhi undangan. Alhamdulillah diizinkan suami. Thanx Mr. J.

so, kita layan gambar jelah ek. cuma view surronding jelah. kata nak rahsiakan identiti penyenmoncernya. kan. hehehe...

 nak tutup perut tapi macam ada benda lain takleh nak tutup.

 suke bunga camni.
nak letak kat umah boleh abang?

ada sape tau tak camne cara nak edit gambo bagi budak gemuk ni nampak slim.
dah macam kembar pulak dengan si rabbit tu..

 mula2 masuk aku dah menggelupur nak ambik gambar kat sini.

 ni kawasan kat luar...
 ni makanan yang aku amik. 
sebenarnya aku cari chicken chop tapi tersilap sudeh.
makanan kat sini semua makanan melayu. 
ke semalam je malay. 

 yang bestnya ada persembahan masa kita tengah makan tu. 
persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum di Malaysia.
rasa bangga jap.
kebetulan ada alwatan dari negara lain. 
seronoklah pengacara tu duk melayan...

thanx kepada penyempocer.
semoga rezeki anda melimpah ruah selepas ni....

Tuesday, July 12, 2011

tumpang excited jap....

berita ni aku baru dapat dari fb tadi. ekceli brader ni dah pm aku dalam fb. tapi aku sibuk dalam makmal. fb alwayz on... Samad ni sebenarnya opismate Mr. J dah dapat baby sulung. baby boy. seronoknye... aku tumpang seronok sangat.

jeles? sumpah tak. sebab brader ni baik sangat dengan wife dia. tiap kali jumpa mana-mana he treat me like his sister. serius aku tak janggal bila borak dengan dia. tahniah bro. masa dia announce berita wife dia ngandung kan. aku wish tahniah. masa tu sedih sikitlah. sebab aku kawin dulu dari dia. hehe.. then, dia pm aku dalam FB bagi motivate kat aku. thanx bro. tunggu dia upload gambo dalam FB dulu. he named their baby is Niyaz Rafiqi. comelnye nama. hope, niyaz and his mama sihat-sihat sokmolah..

tak sabar nak tunggu weekend. nak gie tengok baby. mesti comel kan..

sakit sangat!

tak tau nak cite camne. cuma boleh cakap sakit sangat. semalam aku kena cramp kaki kanan. masa nak tido boleh pulak tergeliat. sakit kat belakang. rasa macam ada orang tumbuk je belakang ni. tapi sakitnya lebih pada belah kanan.

pagi tadi bangun bertambah sakit. kat dada pun rasa semput sangat. nafas panjang-panjang pun takleh. ni lepas lunch terasa sangat belah kanan belakang ni. kepala pun berat je... tak ngadu pun kat Mr. J. kang kelam kabut dia nak datang. masing-masing cuti kurang. mak suruh cek kat klinik. rasa nak pergi klinik pun tak larat...... tengoklah nanti-nanti......

doakan kesihatan yang baik ye untuk saya...

yummy yummy "Pari Bakar"





Alhamdulillah. dapat jugak berbuka puasa dengan pari bakar cicah air asam. aauumm.. sedap gila. nikmat sangat berbuka. bukan apa. susah nak makan pari kalau Mr. J ada. sebab dia tak makan. sejarah hitam apa ntah wat dia tak lalu dengan si pari ni.

pari bakar ni aku bakar balut daun pisang. wangi sangat. cicah pulak air asam. perrgghhh!!
rempahnya aku guna yang cap adabi tu. sedap...

Ramadhan kali ni tanpa Mr. J lagi. 2 tahun kahwin nak masuk 3 kali Ramadhan. tanpa Mr. J. berbuka tanpa Mr. J. ujung minggu sekali sekala. bersahur tanpa Mr. J.. ~~ tak baik mengeluh. taknak mengeluh...

Monday, July 11, 2011

kesian Mr. J

salam isnin. uhuhu.. aku masih bersedih dan rasa bersalah.... weekend baru ni Mr. J demam. very unexpected. petang Jumaat tu, dia SMS nak balik. sakit kepala katanya. badan panas-panas. aku sampai opis after lunch baru perasan mesej tu. call him back but he riding. apehal speaking pulak ni? lakidemam duk meroyan speaking. gitu kan.. hehehe..

gelak ni cuma penyedap je. aku ingat dia demam sebab stress keje banyak kat opis. malam tu lepas makan ubat he collapsed. camne aku tau? sebab dia dah tak reply sms. means dia tidolah kan. tapi, dia dah remind awal-awal. taknak aku meroyan sorang-sorang. hehehe...

so, sabtu tu ingat bangun pagi dia dah ok. rupa-rupanya makin teruk. aku dah cuak. dah decide nak balik. tapi lepas anto cousin Mr. J pergi komuter. nampak kawalan polis ketat gila. adeh. camne nak balik. jalan KL semua dah tutup... gara-gara 'itu'. tak suka tau. Mr. J cakap takpe. dia boleh tahan lagi. cuma tak larat batuk dengan muntah je. aku risau betul lah. suami sakit aku takde di sisi..

Mr J cakap. "takpe sayang.... abang ok".. tapi aku tau dia tak ok. so, 24 hrs follow up dari jauh jelah....
sometimes he said "rindu sayang sangat2." aduh abang.. bersalahnya pada abang.... rasa nak balik sangat. tapi mesti ada masalah di tengah jalan nanti.

tak best kan life PJJ camni. tak dapat pahala langsung... tapi kitorang tak mintak pun. dah cuba untuk percepatkan utnuk duduk bersama tapi pihak lain taknak berkerjasama. apakan daya. menangis air mata darah pun tak guna....takde makna diorangf nak kesian...

Friday, July 8, 2011

weekend tanpa Mr J.



miss him so much damn. uh~~ how to say this. tapi aku kena kuat jugak. he said " abang rindu sayang sangat"
Ya Allah, kuatkanlah kami. tabahkan hati kami dalam menempuh PJJ ni. semoga dipercepatkan pertukaran salah seorang antara kami. aku hanya mampu cakap " Abang, ini ujian kita. Allah sedang uji kita" cam poyo je kan aku cakap camni kat Mr. J. tapi terpaksa. semua ni My Kan tau. ~babap kang.

camnelah weekend ni ye? tanpa Mr. J. uh~~ tak terpikir aku. pernahlah berlaku satu masa dulu. tapi ingatkan boleh berjalan dengan flow yang baik. tapi My Kan buat perangai. abih perancangan lari..

Buat Mr. J

Abang. i will miss u. ni dugaan kita. Allah menguji kita. (marah kat My Kan ni) merajuk tau dengan My Kan. tapi takpe. minggu depan sayang balik ye. minggu ni je. semoga kerinduan ni menguatkan lagi kasih sayang kita.... love u so much.... ~~~

masih mengharapkan satu kepastian untuk terus menjalani kehidupan suami isteri.

Hot Chat "mulut orang'

Salam pagi Jumaat semua. semoga kita mendapat keredhaan dan keberkatan di pagi Jumaat yang mulia ni dan juga hari-hari mendatang. ondeway nak pergi kerja aku haruslah on radio Hot FM. terdengar topik hari ni "kerana mulut orang" mula-mula first caller ni mengadu dia penat kerana mulut orang dia dengan suami tensen sebab dah 8 bulan kahwin, orang dah bertanya pasal anak. dia cakap since kahwin macam-macam dia usahakan untuk dapat anak. tapi belum rezeki. tapi dek kerana mulut orang boleh buat kita tensen kan.

aku paham apa perasaan caller tu. cuma bagi aku mulut orang ni susah nak jaga. orang boleh bercakap apa sahaja. sebab tak kena kat batang hidung diorang. kena kat diri sendiri ke atau kaum kerabat diorang baru menggelabah. kan?

kalau belum kahwin tanya : "bila nak kahwin?"
dah kahwin tanya pulak: "bila nak bertiga?" bila nak dapat anak?"
dah ada anak sorang tanya pulak: "bila nak tambah lagi?"
kalau ada yang tanya camni " bila nak tambah isteri?" ~~ tu memang nak kena penampor..


mulut orang. pemikiran orang tak sama dengan kita. kalau bab zuriat ni tak semua orang boleh berpikiran terbuka. bagi aku rezeki anak ni. rezeki dari Allah. kalau Allah berkehendakkan bagi kita anak, itulah namanya rezeki anak kan?

contohnya, orang kata aku lambat dapat sebab aku PJJ dengan Mr. J. tak jugak. ada jugak kawan-kawan aku. PJJ dengan husband dia Sarawak-KL. tapi Allah bagi jugak rezeki. Allah berkehendakkan itu. Kita ni hanya mampu usaha. 

sama jugak dengan zaman sekolah kita dulu. dari awal tahun kita dah prepare untuk SPM. contohnyalah kan. kita dah fokus on beberapa subjek yang penting untuk sesuatu course tu. amik contoh nak jadi guru. syarat dia english nak kena A2 kononnya.tiba hari exam. dah baik punya nak jawab paper English tu sekali kena senggugut pulak, demam menggeletar ke, ujan ke. apa jelah halangan yang kita tak duga. time dapat result tu. tak menepati target kita. so, itu semua kehendak Allah. tapi kita kena ingat, apa yang allah bagi tu ada hikmahnya.

Hikmahnya kita akan nampak kemudian hari. tak semestinya Allah tak bagi tu bermakna Allah tak sayangkan kita. sebab Allah sayangkan kita lah Allah menguji kita. Betul tak? tapi yelah, poyolah kalau aku tak kata aku tak mengeluh jugak kan. opkos mengeluh. kadang-kadang datang sunyinye. lagi-lagi bila berjauhan dengan Mr. J ni. terpikir kalau ada anak kan best. terpikir kenapa Allah taknak bagi aku ada anak lagi. meratap jugak.. tapi one side bila kita ditimpa masalah yang kita unexpected. contoh macam My Kan meragam kan. terpikir semula. "inilah hikmahnya". betul tak?


banyak contoh-contoh aku boleh bagi dalam hidup aku tentang mulut orang ni:
1-    masa Form 4. aku dapat offer masuk MRSM Kuala Lipis. kebetulan masa tu kitorang first batch yang     jadi student kat situ. so, everything benda baru dalam hostel tu. 2 minggu je aku bertahan. aku paling tak sanggup bila aku dengar suara arwah adik aku masa tu yang suspected Leukimia. adik cakap dia tak makan. aku jadi down. aku tak tentu arah. dengan dunia serba takde connection dengan dunia luar. public phone pun takde. aku nekad dalam diri dengan keadaan adik yang tenat dan sebenarnya dunia hostel ketika itu bukan dunia aku, aku nekad nak keluar dari MRSM tu.aku usahakan jugak. at last aku dapat jugak keluar. biasalah cakap-cakap orang. aku tulikan telinga. aku balik semula ke sekolah biasa. alhamdulillah, masa kau masuk matrikulasi terjumpa balik kawan aku dari MRSM tu. aku tanya result. lebih kurang aku. tapi at least aku duk sekolah biasa aku dapat jugak merasa jadi Best Student. dapatlah jugak bergambar dengan MB Pahang. itulah hikmahnya. betul tak??

2.    masa aku dapat offer UMT dulu ianya dikenali KUSTEM (Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia). walaupun status Kolej universiti tapi masih lagi IPTA. so, letterhead pun ada tulis Kolej.  adalah mulut-mulut orang cakap aku ni bodoh, pergi masuk kolej. padahal result layak ke universiti. rata-rata orang kampung akulah. aku tulikan je. tapi mak aku down sangat-sangat. biasalah orang tua kan. aku tak tau nak jelaskan camne lagi pada diorang. satu pagi tu maklong call aku. bagi moral support. ayat aku ingat "orang bodoh je yang tak tau KUSTEM tu IPTA" maklong jelaskan kat mak. Alhamdulillah, mak paham. pastu bila aku dah third year barulah KUSTEM dinaiktaraf menjadi UMT. so, aku graduan UMT. inilah hikmahnya. kan??

3.    pastu, bila aku dapat kerja sini. Alhamdulillah. aku dapat kerja sini betul-betul abis belajar. so, aku tak sempat menganggur. walaupun post hanya level SPM aku dah syukur sanagt. sekurang-kurangya aku tak menganggur. sebelum ni ramai yang marah aku terima kerja sini. aku tulikan je. niat aku nak bantu mak. nak tolong along. apa kerja aku sanggup. janji halal lah. so, aku grab post ni. Alhamdulillah. dengan kerja ni aku mampu setelkan payment rumah mak. sekarang tunggu penyerahan geran rumah je. dengan kerja ni aku boleh beli maotorsikal ni dan MY Kan tu. Alhamdulillah. walaupun gaji kecik dan mampu cukup makan. tapi sekurang-kurangnya kalau aku mati sekalipun, insyaAllah aku dah rasa puas hati sangat sebab dapat tolong mak.

4. ni baru je berlaku tadi. mcm entry semalam. Mr J plan nak tido rumah mak je malam ni. so, aku bagitau mak. mak cakap segan sebab Mr J kan menantu lelaki. takde orang lain pulak tu. mak aku ni penyegan sebenarnya. dia takut orang mengata. mulut orang kan. so, terpaksa batalkan jelah. mak dah cakap camtu. takkan nak wat tuli kan. hehehe

apa-apa yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya. kita hanya percaya apa yang berlaku ni semua kehendak Allah. Mintaklah dijauhkan dari segala kejahatan. Amin~~~


Thursday, July 7, 2011

tentang pangkat@panggilan seseorang.....

kita mesti akan bermasalah kan bila nak bercakap dengan seseorang kan. means nak guna saya ke, aku ke. pastu nak panggil orang lain pulak. puan, encik, kakak ke abang ke. bagi aku benda ni bukan masalah besar pun. tapi kena berhati-hatilah kan. tak kira environmentlah kan. macam tempat kerja aku takde masalah pangkat ke apa pun. tapi boleh jadi kekeliruan jugak contohnya pegawai-pegawai perempuan semua aku panggil "kak". yang lelaki ada panggil "abang" "encik". tu suasana tempat kerja. masa belajar dulu aku amat susah nak panggil senior-senior aku dengan panggilan "akak" atau "abang".

contoh 1:

masa keluar makan hari tu En. Iqbal ada cakap dia tak suka orang panggil dia encik. tapi aku tetap panggil dia encik sebab tu panggilan hormat. better dari aku panggil dia abang kan. kang kontroversi. dia cakap dia lebih suka staff lelaki panggil dia nama sahaja. tanpa encik atau abang. tapi cuba bayang kalau staff lelaki panggil dia ABANG IQBAL. eeerrrkk...

contoh 2:

senior-senior dulu aku jarang panggil abang atau kakak. semua aku buat macam member. bukan nak kurang hajar ke apa. cuma lebih mesra kot. diorang pun sporting je... sampai sekarang ada jugak 2 3 orang senior yang masih contact especially Neili. ngan dia ni aku rasa cam leh ngam. dia gila-gila sikit. sporting gila. teringat masa orientasi kos kitorang masa first year dulu. cubaan dia untuk membuli aku tak menjadi. sebab dia dulu kena buli. sampai sekarang aku bercakap ngan dia "aku" "ko".

contoh 3:

ada satu brader senior jugak. aku takleh panggil dia abang. rasa nak penampor diri sendiri je. tapi dia sporting aku. dia suka malukan aku tengah-tengah ramai orang. tapi dia baik. aku tak amik hati pun. cuma lepas tu siaplah dia kena ngan aku lepas tu.

~~ teringat zaman-zaman belajar dulu. sekarang masing-masing dah ada kehidupan yang berbeza.

hati runsing..

assalamualaikum semua... sekarang hati aku runsing sangat.. risau mikirkan mak aku. since Fatin dah masuk Polisas hari tu, mak kena tinggal sorang-sorang. kesian kat mak..first day Fatin masuk hostel mak sms aku cakap rindu ke Fatin. sebelum ni anak dara dia tu tak pernah tinggalkan dia. biasa kalau pergi camping ke ape ke sekurang-kurangnya Along ada temankan. tapi ni mak tinggal sorang-sorang. mak ada cakap dia tido kat hall dah sekarang. sebab takut tido dalam bilik sensorang.

aku pun dah risau. takut apa-apa jadi kat mak. Ya Allah, Kau lindungilah mak aku. semalam mak sms lagi. rindu fatin sangat katanya. tanya aku balik atau tak this week. oh mak.. kita nak balik sangat. tapi dah janji dengan anak-anak didik kat sini. ari tu dah skip kelas. kena ganti kelas diorang. Along pulak balik kampung mertua dia.

kebetulan pulak kewangan kitorang down teruk bulan ni sebab My Kan. bukan setakat My Kan je wat hal. wave pulak berperangai. seketul tayar baru kena tukar.. abis bajet lari. so, terpaksalah kami akur dengan keadaan Mr J tak datang Bangi. bolehlah bawak mak jumpa Fatin kat Polisas. Kebetulan pulak Fatin boleh balik 2 minggu sekali je. Mak pun dah rindu sangat. Mr J pun sanggup. katanya, tu je dia mampu buat dan tolong keluarga kami. Thanx abang. tapi siriyes sedih..~~ i will miss u..

uhuhu~~ mengenangkan weekend tanpa Mr. J di sisi.. ah.. sakitnya... bilalah dapat duk bersama nih. sakitnya PJJ... ape pun tak boleh.....

Wednesday, July 6, 2011

berita gembira dari kawan Mr. J.

ni cite tanpa emosi ye. sms dari Mr. J.

Mr. J : wat ape?
aku    : duk tengok video youtube kembar 3 gaduh. comel je. hehe...
Mr. J : tengoklah. nak tau tak?
aku    : apa dia?  ~ masa ni dah boleh agak mesti ada khabar gembira budak opis Mr. J.
Mr. J : amalina ngandung. ~~ see... aku dah boleh agak....

Amalina ni sebenarnya wife pada ofismate Mr. J. kitorang kenal lah. rapat tu taklah. kenal sebab kawan Mr. J pun kawan aku kan.. ekceli Amalina and Zulfahmi ni kahwin bulan mei hari tu... so, Alhamdulillah. rezeki diorang cepat. aku tumpang gembira.

weekend lepas Mr. j ada cerita yang Zulfahmi ni dah start mual-mual. loya-loya kat opis. mesti sweet kan suami yang alahan masa isteri mengandung. bagi sama-sama rasa. hehe. tapi semua tu Allah bagi. hehehe...
aku? aku taklah sedih. cuma rendah hati lah kan. rezeki belum berpihak pada kami... cuma risau jugak Mr. J terasa kekurangan tu...

aku:   abg sedih ke?
Mr. J : nape nak sedih?
aku   : abg takde anak lagi..
Mr. J: taklah. bukan rezeki kita lagi kan.

kool je kan jawapan Mr. J. tapi riak sebenar dia aku tak nampak. dalam hati dia aku tau. sebab Mr. j pandai simpan masalah dia. dia pandai simpan sedih dia. aku agak dia agak terasa sikit kot. bayangkan dia dan kawan-kawan masuk kerja secara serentak since 2008. awal 2009 kami first yang kahwin. pastu lame jugaklah sampai 2010 baru ada ofismate dia kawin. pastu masing-masing dapat berita gembira. tahun ni yang baru kahwin pun dah dapat berita gembira. kesian Mr. J kan.

sejak akhir-akhir ni Mr. J cakap aku macam dah kurang kasih sayang kat dia. Sumpah abang. tak pernah pun kurang kasih sayang ni. cuma kadang-kadang tekanan buat aku stress. aku pun tak tau apa yang aku stress kan...pikir soal ank. tak sangat.pikir soal kerja. apalah kerja aku buat sehari2. tak tau pikir apa....

Tersesat di KL.

petang semalam Kak Nora (pegawai aku) call bagitau aku di'jemput' untuk attend dinner sempena RTC IAEA di Restoran Seri Melayu. dijemput? ayat takleh blah. sebenarnya aku dijemput untuk ganti orang je. ko ingat ko sape? uhuhu.. aku? opkos terima. sebab makan-makan free. hehe... so dah deal dengan Kak Nora.

pukul 7 petang tu dah gerak dari rumah. aku tumpang Kak Nora. pergi cyberjaya then park kereta kat situ. naik pulak kereta En. Iqbal. bergerak degan jayanya. cewah... sekali sampai KL dah tak tau nak ke mana. berpandukan arah ke KLCC. dah menggagau nak cari jalan Conlay jalan Stonor. kesian Kak Nora dah lapar. berbuka puasa makan roti. jam dah pukul 8.35 malam. haruslah segan nak masuk event tu kan. majlis dah stat pukul 8 malam. uhuhu...

pegawai-pegawai dah nekad nak makan kat lain je.pung pang pung pang. yes.. kitorang decide pergi tupai-tupai KL punye..
uh~~ dah lama tak makan steamboat kat sini. tapi semalam oleh kerana Kak Nora nak berbuka puasa haruslah makan berat. so order lauk-lauk lah. tapi bagus jugak. bila lagi nak rasa lauk-lauk kat sini. 
tapi serius sedap semua. semua fresh. 

Ikan siakap masak stim
udang sambal petai
kangkung goreng belacan + sotong ~ atau Kerabu sotong.

 ikan siakap yang best. sampai sekarang terasa sedapnya.

 inilah Kak Nora. thanx kak....
kesian akak.

 dah abis makan baru snap pic.
tadi segan dengan En. Iqbal.

ini En. Iqbal. 
thanx sebab bawak n belanja makan.
jangan lupa alumni kita semula Restoran seri melayu.
sila jangan ralat ye sume.
sampai termimpi-mimpi...uhuhu~~~

Tuesday, July 5, 2011

Airil vs Mummy

'tapi...cinta bukan milik kita.... 
semua...harus berakhir.... 
aku suka bait-bait lagu ni...bagi aku touching jugaklah... 
tapi aku suka nyakat si airil dengan lagu ni. time dia tengoh syok hisap susu kan. dia duk golek-golek. aku buat-buat baring sebelah dia. pastu aku nyanyi kuat-kuat tepi telinga dia. confirm botol susu dia naik kepala aku. hahaha... mummy dengki airil. mula-mula dia jeling je bila aku start nyanyi. pastu aku teruskan usaha bagi dia marah. dia baling botol susu dia kat aku. tak puas ati lagi dia datang cubit aku. 

 cik Airil seksilah nampak tetet. tutup sikit. 

 Airil dah kawan dengan bear makcu. dulu anti gile.. siap panggil "yok" lagi. 
yok = beruk

mummy rindu airil.

tak puas..

-serius tak puas dengar lagu Hazama-Cinta Teragung dengan Fotograf-Di Alam Fana Cinta. minggu lepas dengan minggu ni asik duk dengar lagu ni je....

-tak puas cuti. rasa nak bersama orang tersayang je.... bilalah dapat bersama-sama ni. menjalani kehidupan normal macam orang lain.

-tak puas nak duk rilex. sepatutnya kena buat SKT dah ni. dah dapat email reminder pun masih bermalasan lagi. sakit badan sebenarnya ni...

Fatin ke POLISAS...

ni entry terkumpul sebenarnya... since minggu lepas lagi aku sekeluarga kelam kabut sebab adik aku si fatin ni masuk politeknik. semambu. dekat je. tapi excited lebih. maklumlah si bongsu katakan. mak pun risau terover pulak. semua benda nak dipesan nya... time aku dulu takde pulak mak pesan cenggitu.. dengki nih. mak selalu cakap kat aku yang aku kuat. boleh handle sendiri, fatin lembut. mak tak harap pun fatin bersendirian. sebab tu mak risau.

 inilah fatin... 
dia ni manja sikit. maklumlah tak pernah tinggalkan mak. tak pernah masuk asrama. alhamdulillah dapat masuk Politeknik Sultan haji Ahmad Syah kat Semambu je. mula tu kitorang macam taknak bagi je dia duk asrama. risaukan mak sorang-sorang duk rumah. tapi tengok pada muka fatin nampak macam teringin sangat nak duduk asrama. kitorang bagi peluang. tapi untuk satu semester jelah. bukan nak halang pun. tapi lebih kepada risau. terpikir jugak boleh ke dia nak berdikari.
sedangkan, masa kitorang semua nak ke Johor masa sepupu kahwin. si fatin ni tak ikut pun. sebab dia ada trip ke Cameron Highland dengan Penang. Hampir-hampir nak batalkan trip tu. tapi cikgu dia tak benarkan. so, terpaksalah pergi. siap ada scene menangis pulak. adeh. aku pulak kena tengok scene mak aku menangis sebab tinggal anak dara dia sorang-sorang.
 ini barang2 dia bawak. duk risau cukup ke tak ke. apa ada hal. Polisas dengan rumah mak aku 30 minit je. tapi tulah Fatin. aku cakap nanti apa-apa tertinggal. along boleh jantarkan je... 

 mula-mula cam gini seronok lagilah. cuba tengok jap lagi.. hehehe...

 sibuk duduk berkemas. tapi kurang sukitlah. bukan nak komplen ape pun. tapi susun atur bilik diorang ni macam berterabur. 5 katil sebilik. 4 katil berpenjuru. tup-tup satu katil kat pulau tengah-tengah tu. itulah fatin dapat. bagi naya je. semalam fatin sms bagitau kena tukar bilik pulak. sebab bilik tu senior nak duduk. hangin gak aku. barang dah siap kemas ape semua sekali nak bilik jugak. kalo nak duduk jangan nak open bilik untuk junior. tak pasal2 diorang kena pindah bilik lain. facilities pun kurang.. 

ni muka fatin bila aku cakap nak balik. dia menangis. hahaha... konon nak control. aku pun sebenarnya sebak. sebab tu balik awal. taknak tengok scene mak nangis-nangis. 
so, fatin. selamat menempuh alam baru. alam bergelar pelajar. semoga apa yang diimpikan tu menjadi kenyataan. semoga cemerlang dalam pelajaran. jangan hampakan mak.

Friday, July 1, 2011

Anak cina

salam jumaat semua. tadi on FB. ada junior aku komen gambo kawin aku. she said "macam chinese". nak tergelak aku baca. adik, akak melayu sejati tau... hehehe.. masuk ni dah berapa kali orang cakap aku ni anak cina lah, muka cinalah. adik beradik aku pun cakap aku obvious gile ke'cina'an tu...

cina ke ni? uwaaa....

dulu masa kecik-kecik kan. mak cerita ada satu tauke cina ni mau beli aku. dia cakap nak buat aku jadi anak dia. siap offer 5 ribu lagi. tak taulah mak siriyes ke main-main. aku opkos tak percaya. tapi mak suka ugut aku time kecik-kecik dulu kalau aku nakal nak anto aku balik rumah tauke tu.mesti mak cakap. 

"mung degil ah, mak anto mu umah awang cina botol"

serius takut kalau mak betul-betul anto umah tauke tu. awang cina botol tu tauke cina yang duduk kat kampung aku. dia adalah salah satu dari 3 keluarga cina yang ada masa tu. tapi sekarang dah ramai dah. dulu kan. susah nak tengok anjing tau kat kawasan kampung aku. tapi sekarang bersepah-sepah. bila tengok tu jadi jakun jap. uhuhu~~~

tiap kali CNY paling gasak aku kena. mesti mak aku tanya~~

"mung tak balik umah ayah mung. ambik limau banyak sikit"

kadang-kadang aku terpikir jugak betul ke aku ni anak cina. kalau aku anak cina maknanya aku bukan anak mak. aku bukan anak ayah. uwaaa... sedih.. biasalah permikiran remaja. pastu terpengaruh pulak dengan novel yang banyak pasal anak angkatlah bagai kan. otak remaja. bad think always. dah stat pikir mak tak sayang aku. dan yang aku perasan masa tu. aku jenis tak menolak chinese food.. uhuhu~~

tapi dah besar ni dah kahwin ni dah jadi kalih...dah tak kisah apa orang nak agak. dulu masa kecik-kecik. kalau ada orang provoke aku "anak awang botol" aku marah sangat. sebab aku anak Mat sani.aku anak ayah. anak mak. kan. mak kan? kita nak mak kan. anak ayah kan.
ni ayah aku. dia ada chinese look jugak sikit-sikit..

sebenarnya aku pun tak tau muka aku ni ikut sape. belah mak pun ada. belah ayah pun ada. mak cakap dulu-dulu nenek moyang kitorang asalnya datang dari cina campur dengan siam. tak pasti kebenaran. tapi apa yang aku perasan. setiap keluarga mesti ada sepupu aku yang mata sepet jugak.. kan kan dd dudu. betul tak? hehehe... 

sekarang, bila Mr. J pun dah tau kisah kecik-kecik aku. dia dah pandai kenakan aku. asal pagi-pagi balik kampung mesti dia bawak aku lalu depan rumah awang botol tu. dia mesti tanya "nak singgah tak?" hampeh betul....

 tapi saya melayu tulen ye.. hahahaha.. malu taw cakap akak camtu..

tapi tengok generasi seterusnya..