Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 15, 2016

Tahniah Aalya!

Assalamualaikum.. Lama tak bersiaran....Rindu nak ada masa taip entry blog macam dolu-dolu. Agaknya faktor usia kot aku dah tak jadi excited nak blogging macam dulu. tapi tetap nak coret something jugak. Nanti boleh Yaya baca bila dah besar.

Pada bulan lepas semua sekolah pun menghadapi exam kan. Tak terkecuali jugak sekolah anak aku. Pasti Ar-Rahman Impian Putra. Jangan terkejut tadika sekarang pun ada exam. Tapi jangan risau anak tak stress. Yaya pun takde preparation apa-apa pun. cuma mengharapkan dia sihat sebab a week before dia demam seminggu. Seriously aku tak expect apa-apa pun untuk exam dia. baru 4 tahun kot. aku pun tak tekankan dia suruh praktis menulis ke. mewarna ke. membaca ke. Sebab segalanya effort dari dia sendiri. Maksud aku di rumah. Waktu lapang dia suka mewarna dan praktis menulis. Mak apak sibuk jugak di rumah. Maklumlah run bisnes dari umah.

Di sekolah pun cikgu cakap Yaya budak yang sangat nak ke depan. Dia tak malu. Dia berani tampil. bagilah ape pun tugasan dia nak buat. Syukur. Baru-baru ni cikgu hantar rekod suara hafazan. Cikgu cakap Yaya baca dan hafaz dengan jelas dari Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-kauthar. Bagi aku umur 4 tahun untuk hafazan cukup baiklah. Sebab aku tak expect tinggi pun. Tapi syukur Alhamdulillah. Anak bersemangat. Mummy Daddy pun kena tambah semangat nak asah Yaya untuk hafazan. In sha Allah.


Alhamdulillah. No 2 dalam kelas.So Ahad lepas majlis Ihtilah Pasti Ar-Rahman Impian Putra diadakan di Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Mummu daddy opkos excited sebab anak nak terima hadiah. Hehehe... Rupa-rupanya ada kejutan lagi dari anak dan kawan-kawan.

Ada persembahan rupanya dari anak-anak kelas 4 tahun. hehehe. Sebelum ni mummy tanya ada persembahan apa-apa tak? Jawabnya tak? Kena pakai baju apa-apa tak? Jawabnya tak. Tanya cikgu-cikgu pun cakap takpe, pakai baju biasa je. Sekali dia keluar baju maskot ayam. Kikiki...
Pandai sungguh buat surprise.

Dah macam leader dah dia. Hahaha. Ada kawan-kawan melompat dia plak yang tepis orang tu suruh duduk diam-diam. Kahkah. Sungguh riang dia. Mummy pun tak tau dia buat apa. Dengan background lagu Sahabat. Yang upin ipin tu.

 Masa ni dia dah spot mana mummy daddy duduk. Dia lambai beriya2 kat mummy daddy. muka ada bangga situ. hehehe...

Tiba masa untuk penyampaian hadiah. 

Tahniah anak. Dapat no 2 dalam kelas. Dapat Subjek terbaik dalam kelas. Mummy daddy syukur sangat. niat asal mummy daddy anto sekolah untuk Yaya belajar bersosial, untuk Yaya belajar akhlak untuk Yaya cari ilmu asas. tapi Yaya hadiahkan Mummy Daddy dengan semua ni Mummy daddy syukur sangat. Mummy doakan Yaya jadi anak solehah jadi murid yang berakhlak baik dan hamba yang beriman. Amiiiinnn~~