Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, October 31, 2012

WW ~~ Advance Nih!

Chaiyok Yaya!

Tuesday, October 30, 2012

First Puree untuk Yaya

Over excited kan aku sebagai mak nak bagi anak makan padahal anak baru 5 bulan. Uhuhu. Jangan risau. Aku dah mintak guide dari nurse Klinik Kesihatan yang aku selalu pergi checkup Yaya every month. Aku story lah kt dia, yang Yaya nampak macam nak makan. Kalau tengok orang makan berjejeh-jejeh air liur dia. Kesian tau. Pengasuh dia ada jugak cerita yang kadang dia suap jugak makanan yang sesuai untuk Yaya. Tapi setakat ni poopoo Yaya ok. Nurse cakap. Itu dah ok. semua bergantung pada baby..

So, dengan maklumat yang ada aku try jugak sediakan puri buah untuk Yaya. First, aku try buah epal. CAri yang merah ye. Bukan yang hijau tu. tu acidic. Before this aku buat aku stimkan, blend campur air, pastu tapis. Aku rasa macam jus pulak. Tambah pulak warna puri tu dah berubah jadi coklat. Oxidise kot. Cuba suapkan pada Yaya. Mau aje anak dara sorang tu. Tapi second time suap dia sembur pulak. Aku pun amik alternatif campur dengan susu badan yang masih bersisa. Alhamdulillah masih ada susu untuk Yaya walau Yaya sekarang dah taknak direct BF. Sedih sangat. Alhamdulillah YAya nak makan.

Aku pun pelik jugak, betul ke puri macam tu. Dah macam jus aku tengok. Risau jugak ada efek tak bagus pada Yaya. Tapi so far 2 hari ni poopoo Yaya ok je. Pastu aku google balik. Tengok kaedah betul. Semua mention benda sama je.. Bezanya tapis or tak. Then, aku cuba tak tapis. Stim buah epal bagi betul-betul empuk. Masuk blender campur air sesikit yang boleh. Asal boleh produce tekstur yang halus sehalusnya. aku rasa di lidah pun tak manis sangat. Aku cuba bagi tanpa susu ibu.




Alhamdulillah. Yaya mau makan. Senang je dia masuk mulut. Tak nampak chokking pun. Ok ke? Habis jugak sebekas tu. Yang canister tu aku frozenkan untuk dihantar pada Pengasuh Yaya. Sekarang nak follow up poopoo Yaya je. harap-harap ok. Kalau ok ku nak try bagi puri pear,carrot dan brokoli.

Tadi timbang Yaya. Berat untuk 5 bulan dah 7.6kg. Alhamdulillah.. Semoga Yaya terus membesar dengan baik dan jadi anak solehah. Mummy dan Daddy sayang sangat kat Yaya....

Wednesday, October 24, 2012

Allahuakbar....

Allahuakbar.. Apa jenis manusia lah ye... Nape lah nak sentap tiba-tiba. Aku tak tuju kat ko pun manusia. Aku tak sakit hati apa pun. Ko ni memang masalah betul lah. Ko ingat hidup aku ni nak fokus kat ko je ke. Angkuh sungguh bercakap.

Subhanallah. Apalah faedah aku nak sakit hati dengan ko. Ko tak datangkan untung apa-apa pun kat aku. Bukan ko pun yang tolong aku masa aku kahwin. Bukan ko pun tolong bawak album kahwin aku yang besar gedabak smpai ke rumah aku. Bukan ko pun bawak aku balik kampung. Bukan ko pun bawak mak aku datang Bangi jumpa aku. Astaghfirullah-al-azim. Ko ingat hidup aku ni fokus kat ko je. Cukup-cukuplah. Orang hidup diam-diam bergembira ko pegi kacau. Dah kucar kacir gini ko nak sentap lebih-lebih. Sudahlah.

Ke nak guna bahasa kasar. Ko tak datang pekdah satu sen pun pada aku. Malah aku rasa menyesal ikhlas dengan ko ni. Menyesal tolong orang macam ko. Sudahlah berlagak baik. Aku tak hingin pun nak jumpa ko. Aku tak pernah mention pun ko tu miskin ke, kaya ke. Ko takde duit aku tak kisah pun. Bukan masalah pada aku. Tapi masalah ko sendiri lah...

Apalah yang ko nak sebenarnya ek?? Cuba ko cakap. Selama ni ko aibkan rumahtangga ko dalam blog. Aku diamkan je. Aku tak cite kat sape-sape. Allahuakbar. Susah ada orang macam ko ni. Sentap merata tempat. Jomlah ko ngan aku berdoa mintak kat Allah buang segala tak baik dalam hati. Aku tak tuju kat ko pun. Ke ko nak aku gie serang kat rumah ko raya ni? Laki aku lama dah ketap bibir ngan karenah ko ni. Dia pun tak hingin nak tolong ko, tapi aku yang pujuk. Atas dasar kasihan. Tapi satu persatu drama ko buat, satu persatu onar ko buat. Makin melampau. Iye. Ko lah ada nenek kesayangan. orang lain tak sayang nenek ko.

Excited Balik Raya..

Uwaa.. Hari ni pun dah lengang orang kat opis. Dah balik kampung gamaknya. Korang dah balik ke? Selamat sampai lah untuk anda.Aku pun excited gila nak balik. Cadangnya nak balik malam ni, tapi Mr Daddy operasi lah pulak. Postpone lah gayanya ke pagi esok. Harap-harap tak jem...

Semua orang seronok kan nak balik raya. Nak berjumpa saudara mara. Nak berkumpul adik beradik. Makan-makan. Takkan nak balik kampung time raya nak berkurung dalam rumah jugak tak bergaul. Penting ada saudara mara ni. Terutama kalau kita ada berita gembira atau berita sedih nak share. Kita boleh share. Sekarang lagi senang. Facebook kan ada. Mak-mak sedar pun dah advance ada FB. Boleh tau perkembangan saudara mara kita kan. Yang baik kita tumpang gembira, yang sedih kta tolong bantu. yang aib kita diamkan je. kan?? 

Excited sangat nak balik kampung sebab aku punya Ayah, punya mak, mak tiri, mak mertua, abang, adik, ipar duai, mak sedara, mak angkat, pak sedara, anak sedara, sepupu sepapat. seronok kan kalo berkumpul. segalanya dikongsi bersama... Kadang-kadang terpikir apalah yang ada dalam hati manusia yang buang adik beradik, suka menyendiri, dengan sedara mara pun menyombong. Apa faedahnya? takde tempat nak meluah, nak bersembang, pikiran pun takleh nak bukak besar-besar... Seronok ke?

* menu AidilAdha tahun ni ialah Soto dan Red Velvet Cake. InsyaAllah. Jemputlah ke rumah saya ye...

Rabu Kurang Kata


Dinner @ Black Canyon, Alamanda.

Menjadi kebiasaan kot sekarang bila lepas amik Yaya petang-petang mesti nak merayap ke mana-mana. Pasar malam, Nilai 3, Giant Nilai, Tesco Nilai. Sampai ke Alamanda pun dijajah. Bukan apa, taknak Yaya bosan. Lately aku perasan bila aku semangat nak masak-masak. Mesti Daddy cakap takyahlah. Makan luar lah. Tak kira lah sape belanja pun. Alasan Daddy adalah kesian kat aku. Terharunye.. Semalam Daddy dah belanja. Hari ni aku rasa aku lah pulak patut belanja kan. Kesian daddy.. Fair kan?

Semalam Daddy belanja western, so today Daddy pilih makan kat Black Canyon. Asal ke Alamanda sebabnya nak cari pampers Pet Pet yang dengarnya tengah offer harga murah. Betul ke bohong tak taulah. Masa aku pergi tadi dah habis pun. Hot item lah tu.... So, masuk carefour beli sushi je... Ganti takoyaki.

Then, berdinner lah kami di Black Canyon. Second time pekena Black Canyon, before this kat East Coast Mall Kuantan. Onni yang ajar makan camne. Kelas kau jah...

                      American Fried Rice plus Black Canyon Iced Coffee utk Daddy. Udon Prawn Tom Yum soup plus iced tea (with milk) untuk aku. Alhamdulillah~~                                                              

Thai Fish Cake - RM12.90.Rasa dia boleh lah... 
Tadi nak sangat makan Takoyaki kat Pasar Malam Bandar Sri Putra. Beria lah singgah. Sekali brader tu tak meniaga hari ni. Frust takyah cakap lah. Masuk carefour Daddy umpankan dengan sushi. Pun boleh lah. Tapi bila dah makan kat Black Canyon rasa kenyang yang amat pulak. Apa jadi ngan sushi tu??

makan untuk supper ulak. minum bersama dengan teh o blackcurrant panas. Heavennya...

Camne lah nak kurus ek. Asik makan je......  uhuhu. Syukur dengan rezeki Allah. Kita nikmatinya dengan berhikmah...


Monday, October 22, 2012

Excited for first solid food

Alhamdulillah. Target aku tercapai. Apa mesej yang aku nak sampaikan pada seseorang sampai jugak. Terpulanglah pada dia nak menilai mana baik mana buruk. Kita dah guna cara baik kan. Semuanya di tangan Allah Maha Esa. Tak perlu kot nak doakan orang agar pegi mam***. Ajal maut di tangan Allah. Bukan kita yang tentukan. Ingat tu. Ok. Kita lupakan hal tu.

Sekarang ni aku sangat excited nak bagi yaya first solid food. Duk kira hari Yaya mencapai umur 6 bulan. Aku dah banyak google. Banyak pendapat dan pandangan harus di ambik kira dalam pemberian makanan pada bayi ni. Untuk menyokong semangat Mummy yang over excited Mr Daddy hadiahkan ini untuk Yaya. 

Bekas makanan yang ada grinder.
Dah lama aku perasan Yaya ni tak boleh tengok orang makan. Mesti dia jelir-jelir lidah. meleleh air liur. Kalau makan kat meja makan mesti dia jeling sambil tangan dia tepuk meja. Sebab tu Mr Daddy sanggup makan asing-asing. Kesian sangat. Sampai satu tahap ada orang cadang kan aku supaya buat nestum cair. Emmm.. bukan taknak terima. Tapi kalo boleh aku nak Yaya makan makanan yang kita memang tahu khasiat nya.

Gigih aku mencari maklumat dalam blog-blog dan website pasal makanan apa yang sesuai atau tak. Akhirnya jumpa kat sarakids dan blog ira. Aku ada jugak tanya pada yang berpengalaman, dd-dudu (sepupu aku). Terima kasih sangat sebab banyak faedah aku dapat dari diorang ni.

Sebab terlalu kesian kan Yaya aku ada jugak bagi dia makan kurma yang dibuang kulitnya dan dilenyek dan dicampurkan dengan susu ibu. Alhamdulillah Yaya makan walaupun banyak main-main. Lepas tu mesti dia dapat tidur dengan lena. Hampir seminggu aku bagi dia makan. Tiada masalah sembelit. Cuma poo poo dia je tukar warna. Normal ke? Lepas ni aku kena wat ape ek? kena teruskan dengan puri buah or sayur ke? Sebab Yaya baru nak masuk 5 bulan minggu depan. Belum 6 bulan lagi.... Uhuhuhu....

Lagi bertambah excited Mr Daddy sanggup pulak dibelinya bekas makanan lain. Katanya untuk rumah pengasuh Yaya.....

siap ngan garfu lagi senang kalo Yaya nak makan bihun goreng nanti. hehehe...

Aku pun dah pelik. Siapa yang excited sebenarnya? Mak nya? Bapak nya? Anak? Ikut jelah.....
 

Sunday, October 21, 2012

Bila mak datang....

Nek Ma ~~ Panggilan untuk ma Mr J (MIL)
Onni ~~ Panggilan untuk mak aku
 
Banyak betul program bila hujung minggu datang kan. Minggu lepas ke Cameron Highland bersama MIL, minggu ni pulak mak aku datang Bangi. Orang yang paling happy mestilah anak dara I, sebab kalo Nek Ma ngan Onni datang mestilh dia diterkam dulu. Mummy ngan daddy sila ke belakang ye.

So, dah well planned dengan Onni nak buat projek ini....

Tarrraa... Tart kastard Buah.
Dah lama aku teringin nak buat tart buah ni. duk google Alhamdulillah jumpa yang kat sini.. Thanx ye~~ Puas hati dapat makan banyak-banyak. Then, baru je lap tangan buat tart ni dah plan untuk dinner pulak. Onni ni jenis tak kisah makan apa je. Lagi pulak benda baru.. Memang syok lah main masak-masak dengan Onni. Untuk dinner aku buatkan Onni ngan Mr Daddy ni~~

Spageti bolognaise without meatball. 

Alhamdulillah, kenyang untuk hari Sabtu. hehehe. Bangun pagi tadi nampak ada sos spageti lebih pulak. Tak baik membazir kan. Terus datang idea untuk buat breakfast. Tambah susu pada sos tu... Ketang ketun ketang ketung... Tarrraaaa....

Makaroni baked cheese...
Alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki Allah. Mampu makan dengan sederhana dan tidak bermewah-mewah. Janji kita ikhlas untuk keluarga kita kan..

Ini lah aktiviti bagus bila bersama mak. Bukan memfitnah orang lain. Meng api-api kan orang lain tu tak baik tau~~ Banyak cara nak menghiburkan hati mak kita kan. Bukan ditambah dengan hasad dengki... Semua orang ada mak, ada keluarga. Alangkah sedihnya hati mak kita @ orang lain bila anak yang dibela dari kecik samai ke besar dan dah dimiliki orang, mak kita jaga dengan maruah terbela tapi bila masuk keluarga orang sewenang-wenangnya maruahnya dicanang-canang. Renung-renungkan....

Nota kaki: Aku harap manusia tu baca. Insaflah. sedarlah. Pohonlah kemaafan dari orang yg ko fitnahkan. ingatlah segala yang ko tempuh sehingga hari ni adalah balasan akibat mulut ko sendiri. Maaf kalo aku guna blog sebagai media  untuk nak sedarkan ko. Sebab nampak macam payah nak berubah. Tapi aku dah cuba untuk menyatukan korang...

Cuti Cuti Eratkan Silaturrahim ~~ Cameron Highland Pt 1

Fuh. Seminggu tak tengok blog. agak berhabuk dah.. Sibuk? Tak jugak. Biasa-biasa je. Tapi cuba komited pada satu-satu benda. Dah balik cuti nak release tension tu otak dah lapang boleh lah ingat kerja mana yang dah siap yang lum siap. Seminggu tak bukak blog tapi ada orang tuduh aku sebarkan hal dia yang ditulis dalam blog sendiri pada orang kampung. Hello, oh plez... Bila dah jadi gini memang aku hangin lah. Orang yang ko tak suka tu tak buta IT lah. semuanya di ujung jari. taip je nama anak ko terpampang blog ko. kalo betul lah kata-kata tu ko tuju kat aku memang aku sumpah lah ko ni~~

Sedih kan bila kita pergi bercuti bersama keluarga, bersama sepupu-sepupu disalah tafsir dan dijadikan isu besar dalam keluarga besar. Salahkah kalau nak eratkan silaturrahim. Jadi masalah pulak  pada dia macam mintak duit ngan dia pulak. Dah lah hasad dengki dalam diri tu. Takyah lah nak doakan orang jatuh. Mintak dengan Allah supaya ko dibukakan hati untuk berbaik-baik dengan orang lain. Buang ego! Darah daging ko sendiri tu... Tak luak pun kalo mengalah mintak maaf.

Ok. Cukuplah cakap pasal ni. Sedih memang sedih. tapi hanya mampu berdoa dibukakan hati manusia seperti ini. Amin~~. 13 Oktober lepas kitorang berangkat ke Cameron Highland melalui Sg. Koyan.. First time untuk aku yang dah 2 kali pergi tapi kali ni lalu Sg Koyan. Kita layan gambar jelah. Biarkan gambar berbicara...

Tempat pertama kami tuju. Tapi hujan. cuma pekena teh rose panas kat situ.

View dari hotel kami menginap. Kami menginap di Hotel Star Regency. Apartment 2 bilik. Memang syok.

Cactus valley dari Star Regency. Tak singgah pun sebab hujan. Lagipun mencari-cari tempat nak petik strawberry. Frust!

Pemandangan Pasar Malam dari Star Regengcy jugak. Hotel ni strategik sebab betul sebelah dengan pasar malam Sabtu. 3 4 kali jugaklah duk naik turun pusing pasar malam. Tapi sedih, tak bawak anak dara sorang tu. Sampai merajuk malamnya.
Part 2 akan bersambung. Lambat sangat nak upload gambar...

Thursday, October 11, 2012

Steamboat Tomyam

Alhamdulillah hari ni kita ber'dinner' steamboat kat rumah je. Semua gara-gara tak puas makan kat Restoran Atap-Atap Ramadhan lepas. So, aku nak sangat makan steamboat sampai muntah, beli barang-barang sendiri dan buat sendiri. Buat tomyam jelah. rebus sama dengan segala macam bahan-bahan tu. dimakan pulak dengan sos steamboat yang aku beli kat TESCO Nilai. Kat tempat lain aku tak tau ada atau tak...

Separuh dari yang kami buat. Ini pu dah mengenyangkan. Modal : RM16

Sos Steamboat. Kat tempat lain aku tak tau ada ke tak.
Last sekali ikut adat makan kat mana-mana buffet steamboat mesti ada desrt kan.. Hehe.. Kebetulan ada stok aiskrim. So, bolehlah dijadikan desert dan penyejuk lepas kekenyangan. Alhamdulillah~~

Nyum nyum~~ Heavennya....

Tuesday, October 9, 2012

Ada-ada saje...

Lega bila dah siap kerja yang tertunggak. Salah diri sendiri lah kan bila dah nama pun kerja tertunggak. Tapi sebelum kena mintak baik siap-siapkan cepat.. kan??? dalam otak ni macam-macam pikir.. semua benda dah diluah kat blog.. 

~ ~  pagi tadi leas hantar Yaya ke rumah pengasuh. My Kan wat perangai tau. Betul lepas bawah laluan komuter Bangi. Nak tergelak pun ada. Sebab baru hari tu service kereta. Bila cerita pada Daddy, dia cakap tak mungkin bateri. Mungkin sebab aku panaskan enjin kereta kejap je kot... Tapi bawak dah ok. Alhamdulillah. Berpeluh jugak pagi tadi....

~~ masa tengah sibuk weng weng dengan data hydrogel tadi Puan Natasha anto buah mangga. masak oren pulak tu. emm.. sedapnya.. tak sabar nak balik makan.. Thanx Puan Natasha..

~ ~ aku sedang merancang untuk buatkan Yaya sepasang baju kurung untuk AidilAdha ni. Dah tanya Onni. Onni setuju. Tema nya harus sama kain dengan mummy dan warna sedondon dengan Daddy. Baju Daddy mestilah baju raya Aidilfitri hari tu. heheheh.. Aku plan nak cari kain cotton yang sejuk. Ada ke ek? Nanti Yaya pakai taknak lah dia rimas. Alahai dah terbayang Yaya pakai baju kurung. Nak tocang rambut dia takde rambut panjang lagi. Aduhai anak mummy..

~~ Sekarang aku sangat addict dengan teh ais. Sumpah dulu-dulu aku sangat anti dengan teh. Mungkin bila minum aku berasa angin kot. Sejak akhir pregnant Yaya hari-hari nak teh ais kaw punye... Masa dalam pantang aku tak minum teh sebab menyusukan Yaya, sekarang aku sangat nak Teh Ais. Lagi kaw lagi best...

~ ~ Sejak makan takoyaki kat Pengkalan Kubor Aidilfitri lepas, aku jadi fanatik (fanatik dengan addicted tak sama kan??) sangat dengan takoyaki. Try makan kt sushi King. sedap jugak. Terjumpa dekat pasar Sri Putra, siap banyak choice lagi. Ada takoyaki (sotong), ebi (udang), kami (ketam) dan satu lagi sosej (aku lupa nama jepun dia). Tiap Selasa dan Sabtu aku usaha gigih pujuk Mr Daddy pergi pasar malam tu. hehehehe..

~ ~ Korang tengok Masterchef musim kedua tak. Aku macam hangin sikitlah tengok sekarang. Macam pelik peserta lelaki banyak yang tikam kawan dari belakang. Tak macam musim pertama yang aku rasa lagi pentingkan semangat kawan. Kali ni macam lagi suka kawan jatuh. Dah jadi drama pun ada. Drama nangis-nangis...

~ ~ Korang follow tak drama Keluarga Iskandar. Aku sangat suka okeh. Sampai pernah satu hari tak tengok hari selasa bukan siaran ulangan, aku jadi stress yang amat. Sebab bila aku tengok drama tu macam aku masuk pulak dalam keluarga tu. macam sama-sama je ada perasaan setiap watak. Tapi jalan cerita tu macam real. Mungkin genre drama ni berbentuk kekeluargaan. Aku kan suka tengok drama kekeluargaan...

~ ~ Agak-agak filem Hantu Kapcai bila nak masuk Astro First ek? Tak sabo dah aku. Mr Daddy pun banyak kali bunyi "Sayang, bila Hantu Kapcai nak keluar astro first ni??" "sayang, memang wayang takleh bawak baby masuk ek??" Hadoi... Camno nak jawab tu???

~ ~ Weekend ni kitorang nak ke Cameron Highland. Bawak Nek Ma, Paksu Iwan dan Cik Teh.. Hotel dah booked. Hotel bajet je.. Sebab semalaman je.. Sesaje nak berjalan. Nanti nak bawak Onni dengan Ocu gie Langkawi. InsyaAllah. Doakan kami ~~ seronok bersama kelurga ni kan....

Monday, October 8, 2012

Jalan-jalan @ Taman Botani, Putrajaya

Wah.. Cerita semalam masih segar lagi. Dari pagi tadi sakit kepala yang amat mengadap data hydrogel. Baru bape percent je siap. Dah menyengat-nyengat kepala.Dah rehat sekejap baru nak update blog. Tak kisah lah ada yang sudi baca ke tak. Aku tetap nak tepek moment aku.

Petang Ahad, untuk elakkan Yaya dari terus menjerit kebosanan sebab duduk rumah, Daddy erus decide pergi Taman Botani. Ramainya manusia petang semalam. Mungkin ada yang wat geder-geder blogger ke. Atau reunion ke. Seronok jugak. Pengantin pun ramai yang datang photoshott. Daddy dah semangat-semangat angkut stroller Yaya, stand kamera bagai. At last aku jugak yang hangkut sume tu sebab anak dara kami nak melekat ngan Daddy nya jugak. Hadoi~~~

Mantop lah mummy pose. Semua ketebalan pun nampak. Mencik~~
Yaya yang sangat suke duduk dalam carrier...
inilah keluarga kecik kami. tapi orang nye besar2...
Akhirnya dia lentok kepenatan... Janji tak ngamuk kat rumah sudah~~
Lepas keluar dari Taman Botani, tekak teringin nak minum fresh watermelon. Request kat Daddy terus daddy bawak pergi Secret Recipe kat Precint 15. Emm.. Walaweh.. Heavennya.. Thanx Daddy...

Sunday, October 7, 2012

Sotong Bakar Petai

Alhamdulillah. Hari ni perut kenyang sangat dengan lauk ni. Plus pulak jus epal made by Mr J. Memang heaven lah.... Alhamdulillah. Semoga Allah akan terus memberi dan memberkati rezeki hari ini dan hari seterusnya.....


Bahan-bahan:

Beberapa ekor sotong.
Petai.
Rempah ikan bakar ADABI
helaian daun pisang

Cara-caranya mesti korang tau kan. senang sangat. Cumanya aku perap dulu sotong tu.. Baru terasa rempahnya....

Dah besar anak dara I..

Alhamdulillah... Dengan rahmat Allah.. Kita mampu lagi meneruskan kehidupan kita dari sehari ke sehari... Alhamdulillah jugak dengan limpah kurniaNya aku mampu melihat Yaya membesar depan mata dengan baiknya walaupun sederhana... 

Seronok sangat dia naik walker
 Aku tak tau lah bagus ke tak Yaya naik walker dengan usia umur dia 4 bulan baru. Onni suruh naik walker masa 6 bulan ke atas. Alasan takut pinggang Yaya sakit. Tapi Yaya sekarang dah taknak main sambil  baring-baring... Dia nak berdiri. Ini je caranya.. Atau sape-sape ada cadangan boleh dikongsi.. Apa salahnya....

Nak pegang botol sendiri.
Satu lagi aku perasan Yaya selalu nak pegang botol susu sendiri. Dah boleh harap dia.. Hehehe.. Malam-malam kalo dia nak susu biasanya Daddy yang buatkan. Alasan Daddy taknak ganggu Mummy tido. daddy lah yang gigih malam-malam buatkan susu, susukan anak. Tapi biasa kalo Yaya menyusu kalo aku tersedar mesti Daddy terlelap. Alhamdulillh Yaya pandai kontrol sendiri. kalo susu dekat-dekat nak abis. Yaya akan bunyi suara bagi Daddy bangun nak betulkan botol susu. Mummy??? Kroohh kroohh.. hehehe.. Yaya kan nak manja ngan Daddy sokmo......

Friday, October 5, 2012

Bicara Rohani : Keluarga Mithali Penjana Transformasi

Assalamualaikum.. Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat masa menghadiri bicara rohani di MOSTI, Putrajaya. Masa kursus ni, aku dapatlah sikit ilmu tentang sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan dan selepas penceraian. So hari ni aku nak share tips-tips kebahagiaan rumahtangga yang disampaikan leh Ustazah Zawiyah Binti Hassan, Penceramah Bebas dan Mudhirah program Ustazah Pilihan Astro Oasis..

Ustazah Zawiyah~~ Maaflah gambar kabur, kamera cikai je.
Ok. Ni antara tips-tips yang Ustazah beri yang sempat aku catat:

1- Bersyukur kepada Allah :- i)  ada rumah tangga yang aman
                                                 ii)  ada suami / isteri
                                                iii)  ada anak yang taat pada Allah
                                                iv)  rezeki yang mencukupi
                                                v)  dijauhi bala & bencana

2-  Kenal pasangan :- i)  kenal latar belakang pasangan dan keluarga
                                    ii)  kenal citarasa
                                   iii)  kemahiran komunikasi

3-  Menyemarakkan rasa cinta/ kasih :-  i)  solat berjemaah
                                                                   ii)  makan bersama
                                                                   iii) baca Al-Quran / zikir
                                                                   iv) Puasa
                                                                   v)  Bergurau
                                                                   vi) Hadir majlis ilmu (Raudhatul Jannah)

4-  Saling memberi :- i)  pujian
                                   ii)  ciuman
                                  iii)  senyuman
                                  iv)  hadiah
                                   v) layanan
                                  vi) pertolongan/kerjasama

5- Sanggup menerima dugaan :-  i)  dugaan satu kepastian
                                                      ii)   tanda cinta Ilahi
                                                     iii)   memantapkan kehidupan

6- Sanggup berkorban :-  i)  berkorban masa rehat
                                          ii)  berkorban wang ringgit
                                          iii) berkorban tenaga..

Ini antara yang aku sempat lah. Apa kata kita sama-sama muhasabah diri kita dan sama-sama amalkan nya untuk terus bahagia.. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk dari kita sendiri. Wallahuallam~~ Amin..........

Tuesday, October 2, 2012

Yaya 4 Bulan

Assalamualaikum~~ Wah kejap je masa berlalu. Dah 4 bulan 3 hari usia Yaya. Dah besar anak Mummy. Rasa rindu pulak kat Yaya yang tengah fresh-fresh keluar. Masa yaya usia hari-hari.. Hehe.. Alhamdulillah Yaya membesar dengan baik. Cukup segalanya walau bersederhana....

Yaya 4 bulan dah pandai meniarap sambil angkat bontot. kalau meniara dia mesti nak pusing macam jam. Pernah sekali dia buat pusingan yang lengkap pastu tetiba menangis sambil mulut dia bunyi macam "ayer....ayer....." dahaga lah tu. Bagi susu terus hisap dengan rakusnya. Kelakar je Yaya ni....

Sekarang dah pandai nak ngikut orang. Nampak Ayah Ki ( ayah aku ), nampak Daddy, nampak Ayahlong (abang Mr J) dah pandai angkat tangan nak ikut. Sekarang kalau balik rumah dari rumah pengasuh mesti nak suruh daddy bawak jalan-jalan.. Selagi tak bawak selagi dia akan nangis.... Yaya oh Yaya...

Hari ni gie checkup Yaya sebab dah 4 bulan. Tak cucuk bulan ni. Yaya dah 7.1 kg beratnya. Tinggi 62cm. BMI 19.

Yaya yang sokmo nak manja ngan Daddy.  Sentap mak nok.

Monday, October 1, 2012

Mood Seafood

Haa.. sekarang mood seafood pulak. Kes nya, balik weekend baru ni, ada kawan ayah yang aku anggap macam sedara sendiri bagi ikan free, sotong free. Banyak gila. Memang appreciate lah. Masa aku dalam pantang bersalin, Pakcik tu @ Pok Wok selalu bagi ikan selar segar-segar. Katanya untuk ibu dalam pantang.

Sampai sekarang pun dia bagi ikan kalau nampak aku balik. kali ni dia bagi sotong dengan ikan yang pelbagai. Ada ikan selar, ikan selayang @ sardin, ikan kembung. Jimat untuk seminggu dua. Hehehe..Tengahari tadi, since rumah pun bersepah sebab semalam sampai dari Kuantan pun dah lambat. Dengan Yaya yang meragam. Memang tak sempat nak berkemas. Aku balik rumah kemas-kemas dengan dibantu Mr J ( mentang-mentang rumah dah dekat sekarang kan...)

Siap mengemas. Aku masak laju-laju. Paprik seafood. Tengah lunch Mr J dah request nak makan mihun goreng tomyam untuk dinner.. Takpe, demi suami tersayang sambil dapat pahala hamba turutkan..

Paprik seafood. sayur pun kecut sebab overcooked. hahaha!!

Mihun goreng tomyam yang kurang seri tanpa sayur yang banyak.. Sebab tukag masak bukan penggemar sayur..

September's Ladies Day

Ape kes dah masuk Oktober pun masih nak bercerita pasal bulan Setember punya cerita. jawapannya. Saya nak abadikan moment best dalam hidup saya sebab ni blog saya. hehehe...

22 September lepas aku kumpulkan kawan-kawan yang senang nak datang around KL dan Bangi untuk celebrate besday kami semua. Alhamdulillah, meriah tak dirancang. Dengan makanan, dengn keriuhan anak-anak. Dengan keriuhan kami bersembang. Sesekali bekumpul.

Menu yang ada pada hari tu ; spageti meatball (aku buat~~ Chewwah), kek, kuih raya yang masih berbaki, kuih bomb yang Bibi bawak dan special dish roti nan dan kari ayam kampung Pakistan punya tau. Jom kita layan gambar-gambar sepanjang hari tu.

Ni antara menu yang ada..

Spageti Meatball

Roti Nan yang dibuat oleh Bahiyah dan suami. Sedap!
ni pengasuh Yaya,, hehehe,, jangan marah~~

september's ladies except baju ink tudung hitam. Gemuknya aku~~

sebahagian La'fea group. 3 dah berpunya sorang lagi single n availabe.
Anak dara I yang wajib ada dalam blog mummy.