besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, October 9, 2012

Ada-ada saje...

Lega bila dah siap kerja yang tertunggak. Salah diri sendiri lah kan bila dah nama pun kerja tertunggak. Tapi sebelum kena mintak baik siap-siapkan cepat.. kan??? dalam otak ni macam-macam pikir.. semua benda dah diluah kat blog.. 

~ ~  pagi tadi leas hantar Yaya ke rumah pengasuh. My Kan wat perangai tau. Betul lepas bawah laluan komuter Bangi. Nak tergelak pun ada. Sebab baru hari tu service kereta. Bila cerita pada Daddy, dia cakap tak mungkin bateri. Mungkin sebab aku panaskan enjin kereta kejap je kot... Tapi bawak dah ok. Alhamdulillah. Berpeluh jugak pagi tadi....

~~ masa tengah sibuk weng weng dengan data hydrogel tadi Puan Natasha anto buah mangga. masak oren pulak tu. emm.. sedapnya.. tak sabar nak balik makan.. Thanx Puan Natasha..

~ ~ aku sedang merancang untuk buatkan Yaya sepasang baju kurung untuk AidilAdha ni. Dah tanya Onni. Onni setuju. Tema nya harus sama kain dengan mummy dan warna sedondon dengan Daddy. Baju Daddy mestilah baju raya Aidilfitri hari tu. heheheh.. Aku plan nak cari kain cotton yang sejuk. Ada ke ek? Nanti Yaya pakai taknak lah dia rimas. Alahai dah terbayang Yaya pakai baju kurung. Nak tocang rambut dia takde rambut panjang lagi. Aduhai anak mummy..

~~ Sekarang aku sangat addict dengan teh ais. Sumpah dulu-dulu aku sangat anti dengan teh. Mungkin bila minum aku berasa angin kot. Sejak akhir pregnant Yaya hari-hari nak teh ais kaw punye... Masa dalam pantang aku tak minum teh sebab menyusukan Yaya, sekarang aku sangat nak Teh Ais. Lagi kaw lagi best...

~ ~ Sejak makan takoyaki kat Pengkalan Kubor Aidilfitri lepas, aku jadi fanatik (fanatik dengan addicted tak sama kan??) sangat dengan takoyaki. Try makan kt sushi King. sedap jugak. Terjumpa dekat pasar Sri Putra, siap banyak choice lagi. Ada takoyaki (sotong), ebi (udang), kami (ketam) dan satu lagi sosej (aku lupa nama jepun dia). Tiap Selasa dan Sabtu aku usaha gigih pujuk Mr Daddy pergi pasar malam tu. hehehehe..

~ ~ Korang tengok Masterchef musim kedua tak. Aku macam hangin sikitlah tengok sekarang. Macam pelik peserta lelaki banyak yang tikam kawan dari belakang. Tak macam musim pertama yang aku rasa lagi pentingkan semangat kawan. Kali ni macam lagi suka kawan jatuh. Dah jadi drama pun ada. Drama nangis-nangis...

~ ~ Korang follow tak drama Keluarga Iskandar. Aku sangat suka okeh. Sampai pernah satu hari tak tengok hari selasa bukan siaran ulangan, aku jadi stress yang amat. Sebab bila aku tengok drama tu macam aku masuk pulak dalam keluarga tu. macam sama-sama je ada perasaan setiap watak. Tapi jalan cerita tu macam real. Mungkin genre drama ni berbentuk kekeluargaan. Aku kan suka tengok drama kekeluargaan...

~ ~ Agak-agak filem Hantu Kapcai bila nak masuk Astro First ek? Tak sabo dah aku. Mr Daddy pun banyak kali bunyi "Sayang, bila Hantu Kapcai nak keluar astro first ni??" "sayang, memang wayang takleh bawak baby masuk ek??" Hadoi... Camno nak jawab tu???

~ ~ Weekend ni kitorang nak ke Cameron Highland. Bawak Nek Ma, Paksu Iwan dan Cik Teh.. Hotel dah booked. Hotel bajet je.. Sebab semalaman je.. Sesaje nak berjalan. Nanti nak bawak Onni dengan Ocu gie Langkawi. InsyaAllah. Doakan kami ~~ seronok bersama kelurga ni kan....

No comments: