besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, October 1, 2012

Mood Seafood

Haa.. sekarang mood seafood pulak. Kes nya, balik weekend baru ni, ada kawan ayah yang aku anggap macam sedara sendiri bagi ikan free, sotong free. Banyak gila. Memang appreciate lah. Masa aku dalam pantang bersalin, Pakcik tu @ Pok Wok selalu bagi ikan selar segar-segar. Katanya untuk ibu dalam pantang.

Sampai sekarang pun dia bagi ikan kalau nampak aku balik. kali ni dia bagi sotong dengan ikan yang pelbagai. Ada ikan selar, ikan selayang @ sardin, ikan kembung. Jimat untuk seminggu dua. Hehehe..Tengahari tadi, since rumah pun bersepah sebab semalam sampai dari Kuantan pun dah lambat. Dengan Yaya yang meragam. Memang tak sempat nak berkemas. Aku balik rumah kemas-kemas dengan dibantu Mr J ( mentang-mentang rumah dah dekat sekarang kan...)

Siap mengemas. Aku masak laju-laju. Paprik seafood. Tengah lunch Mr J dah request nak makan mihun goreng tomyam untuk dinner.. Takpe, demi suami tersayang sambil dapat pahala hamba turutkan..

Paprik seafood. sayur pun kecut sebab overcooked. hahaha!!

Mihun goreng tomyam yang kurang seri tanpa sayur yang banyak.. Sebab tukag masak bukan penggemar sayur..

2 comments:

nasha said...

terliur aku tengok paprik tu wehhh...haha..;p

joeayu said...

nanti ada seafood fresh aku ajak ko mkn kt umah...