Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, January 28, 2014

Wedding Bibi & Arief

Selamat Pengantin Baru Bibi Syahila dan Arief Izairy.
Bernikah 28 Disember 2013. 28 Januari baru aku wish. Kejam tak? Kehkeh...
Sorry ye Cik Bibi. Sibuk sangat.

Bibi ni kawan aku dari UMT. PAstu dapat kerja di Bangi duduk serumah dengan aku. Dialah tempat aku mengadu suka duka aku. Dia pun layaan je. Sekarang bila ada Yaya dia jadi mak angkat Yaya dah. Sekarang bila dah kahwin. Aku tumpang seronok untuk Bibi. Nanti bulan depan dah bolh duduk dekat dengan Uncle Arief dah.
 
Bibi sangat cantik kan dengan baju ni.

Harus ada kami.

Dan kami jugak.....
Selamat Pengantin Baru Bibi dan Arief. 
Semoga panjang umur, murah rezeki sokmo dan terus berbahagia hingga ke Jannah.
Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Aminnn~~

Jalan-jalan Penang

Alhamdulillah. Kenyang sudah perut. Buat bekal nasi lemak ayam goreng hari ni. Gambar? Tak snap. kehkeh. Pemalas punya orang. Next time pulak snap gambar. Taknak melalut dah. Straight to the point. Nak share cite pergi jalan-jalan ke Penang. Sebenarnya, bukan percutian besar pun. Kebetulan nak menghadiri Majlis Perkahwinan my BFF Bibi Syahila dan Uncle Arief. Dah simpan lama sangat gambar. Selalu tak sempat. Ari ni nak abiskan jugak.

Majlis Perkahwinan sebenarnya pada 29 Disember. kitorang bertolak 27 Disember. Aku 3 beranak dan my BFF Wan. tu kan mak angkat Yaya. So, harus bawak. untuk jaga Yaya. Hehehe. Kitorang menginap di Asrama sekolah. Hahaha. Sebabnya kakak angkat Wan atau namanya Kak Fitrah ni warden sekolah. ekbetulan sekolah bercuti. Cantik sangatlah. Jimat duit hotel. Hehehe.

So, sampai pun dah lewat malam. Esoknya baru dapat berjalan. Tak banyak tempat boleh pergi. Jalan jammed yang amat. KL pun tak jem gitu aku rasa. Masuk pulau kitorang memilih untuk naik feri. Nak snap view baik naik siang kan.

Sementara menunggu turn nak naik feri.

Harus ada gambar dekat kereta. Cliche sangat.

Cantik view ni. Masa ni tak sabar sangat dah. Rasa nak berenang je.
Alhamdulillah sampai.
Sesampainya di pulau. Tempat pertama kami tuju adalah di Padang Kota Lama. Sampai pun dah tengahari. Apa lagi cari pasemboq lah. Aku ngan Mr Daddy lama dah duk kecap air liur nak pekena pasemboq macam cite Mr Arrogant tu. Now aku makan dengan Mr Arrogant aku. Hehehe. Ingatkan besor sangat tempat nya.

Bukti dah sampai. Kihkih.

Ramai gile beratur.

Mula-mula sampai nak cari tempat duduk kan. korang jangan terkejut bila ada abang-abang hero kita mari menerpa. Duk tanya macam polis oi. Nak minum apa? Nak makan apa? Adoi. Bila nak wat pillihan tu macam dipaksa pulak. hahaha.

Ni makcik gemuk tengah memilih. Mana satu pilihan hati.
Hati-hati ye bila nak memilih. Kalo bajet besar silalah berani sepit udang sotong ayam bagai. Hehehe. Sebab harga dia agak mahal. Tapi aku dah review awal-awal. Memang tak tengok pun. Amik ball2 je. Bak kata Mr Daddy amik syarat datang Penang. Harus pekena pasemboq.

Pasemboq kami dengan harga RM22.
Hahaha. Aku rasa aku punye kot murah sikit. Customer sebelum ni aku dengar RM50 ke atas. Hahaha. Jimat-jimat. Mau tak. Amik ball-ball je. Fish cake. Nak rasa kuah je.

Lepas makan. Singgah di Masjid besar Pulau Pinang. Solat zohor dan mandikan anak-anak kecik. Pastu ke bukit bendera pulak.


Time ni duk gaduh ngan kak Fitrah. hehehe. Nak masuk ke tak. Siap kak Fitrah ugut aku lagi kalo naik ni lambat turun. Mau pukul 8 katanya. Sekali Abang Adi (suami kak Fitrah) sampai lepas park kereta terus meluru ke kaunter. Belikan tiket.Mak aih. Cepat betul. Rupa-rupanya tak ramai pun. Pandai betul pekena kat aku. Alhamdulillah. merasa jugak.

Bukan main seronok anak dara tu. Oh. yang sorang lagi daddy dukung adalah Insyirah. Anak kak Fitrah.

Tiket naik train ke bukit bendera.

Train dah sampai.

View dari dalam train

Seronok sangat my Yaya ni dapat berjalan.

Daddy- daddy yang mithali. Serius kagum dengan kesabaran Daddy dan Abang Adi dalam menjaga anak. Sebab mak masing-masing dah sibuk berjalan. Hahaha.

Pendek sangat ke aku sampai tenggelam gitu.

Macam pelancong sangat kan?? Uweekk.
Kebetulan masa pergi tu ada pameran dinosour dan pertunjukkan ular. Duk perabis masa kat situ jelah. Yaya dan Insyirah dan mengamuk kepenatan.

View dari atas.
Berjalan pun tak abis. Bawak budak kecik kan. Kena turun jugak. Masuk kereta pakat tido budak-budak. Auntie Wan pun sekali layan. Pastu ambik kereta Daddy kat Masjid tadi. Terus ke tapak pesta Pulau. Tapiiiii... Tersangatlah jem. 2 jam kat situ je. perut dah lapo. Anak-anak dah menangis kepanasan. Staright je ke tepi laut. Pekena ikan bakar situ. Alhamdulillah.

PAstu balik ikut jambatan. Dah malam. Bateri phone pun abis. Tak snap apa. Malas. Uhuhu. Mengantuk. penat. Sume ada.

Next. Nak cite pasal wedding Bibi.







Yaya femes jap!

Assalamualaikum. Sekejap je. Dah hujung Januari kan. Aku ni selallu janji mesti lupa. Banyak nak share dalam blog ni. walau takde sape yang sudi nak baca. Tapi sekurang-kurangnya Yaya besar nanti dia boleh tengok blog ni dia akan cakap "Eh. Yaya ada masa ni" atau "Adik-adik. Kakak ada masa ni tau" Hehehe. Verangan...

Tapi first of all nak share satu benda ni. BErlaku semalam. Hope jadi peringatan untuk anda mommies, aunties and sista-sista di luar sana. Berhati-hati dengan album kita, album anak dalam FB. Sigh..  Baru terjadi pada aku semalam. Ada hamba Allah telah salah gunakan gambar Yaya pergi upload kat fanpage satu kelab di FB. Dengan caption sounds like that baby is hers. Grrr...

"Tengs to mommy yang doakan saya. Inilah my princess yang D.O.B 16.01.2014 dilahirkan secara normal dengan berat 3.4kg" dan gambarnya adalah ini.


Kalo anda di tempat aku apa korang rasa?? Marah?? Yess.. Tapi aku bukan marah sampai tahap nak maki. First sekali aku nak sangat tahu siapa gerangannya?? Apa motip?? Sah-sah lah ini anak aku. tu terang-terang aku as Mummy dan Daddy dia kat belakang. Yang pegangnya pulak adalah Ummi dia a.k.a kakak ipar aku. Hangin gila Ummi dia semalam kat fanpage tu.

Dahlah lahir 2014. Heloo. Anak dara ni dah besar sekarang. Geli hati pun ada. So, untuk avoid makin berpanjangan. Aku pm pada admin fanpage tersebut. Syukur ramai sedara dan friend list menyokong dengan cara mintak admin siasat. Dan pm aku berbalas and no more gambar Yaya dalm fanpage tu.

Adess. Ketar kepala aku. pastu terus bagitahu Mr daddy. Terus ada kawan mintak aku privatekan gambar tu. So, before this aku public kan aje terus private untuk friend list sahaja. Itupun aku tau ianya berisiko jugak.

Errr.. Jangan salah paham ye. Maksud aku marah bukan perasan anak aku ni femes cam retis tu. Takkkk... Aku marah sebab first guna gambar Yaya tanpa permission. Siap captionkan anak dia lagi. Dahlah statement totally bukan pasal Yaya. Geli hati pun ada.

Second aku rasa nak marah sebab kalo tak dibendung, mungkin gambar anak-anak kita senang diperdagangkan nanti. Dunia sekarang kan. Adess.. Takut pulak rasanya. Terus terpikir macam taknak share je gambo anak. Kang kata "ala, kedekut sangat. Bukan comel pun anak ko" errkk... Cenggitu pulak pikirnya. Takpelah. Hopefully tak berlaku lagi...

 Dah besar pun anak dara saya ni....
Buah hati pengarang jantung Mummy Daddy.



 

Monday, January 20, 2014

Terima Kasih Ayah!

Hari ni rasa excited sangat. First sebab PC dah ok. Boleh berblogging semula. yang keduanya Alhamdulillah. Panggilan ayah pada tengahri semalam memang bawak rezeki kaw-kaw punya. Syukur Alhamdulillah. Walau berjuahan dengan keluarga. tapi keluarga baik Mak atau Ayah tak pernah lupakan anaknya yang kejauhan ini. Sob sob sedih....

Semalam Ayah call. BAgitahu yang dia kirimkan untuk aku hasil laut dari bot Ayah. Kirimkan melalui kawannya yang kebetulan ada kerja di KL. Sebelum ni Ayah ada cakap. Hasil tangkapan udang memang banyak. Kenapa tak balik kampung??? Uhuhu sedihnya. Ayah cakap lagi. Kalo Ayu duduk Kemaman, Ayah hantar jugak. Ni KL ayah tak kenal jalan. Uwaaa.. MEmang meleleh air mata lah aku.

Rindu sangat kat kampung. Tapi Mr Daddy tak dapat cuti lama. Aku nak balik drive sendiri tak bagi. Nak naik bas pun tak bagi. Ahuk ahuk. Tapi Mr Daddy dah ambik cuti lama untuk CNY ni. Yeayy. Tak sabo nak balik kampung....

Berbalik pada kisah hari ni. Ayah dah poskan seafoods tu sume. Patutnya malam tadi Mr Daddy pergi amik. Tapi kawan ayah sampai lewat sangat. So, decide ambik hari ni. Kebetulan Mr Daddy kerja shif petang... Daddy pergi sorang-soranglah... Nak tau apa ayah kirim???


Tu diaa.... udang laut segar. Bukan udang ternak. Ya Allah syukur sangat dapat makan ni. Lama sangat mengidam nak makan benda segar2 camni. Kalo beli kat sini udang laut mau RM40 sekilo kan. Ini Ayah bagi lebih 2kilo.


Ini ikan pari besar ok. Perghh... Dah plan dah nak masak ape.


Ketam segar. Alhamdulillah. Banyak ayah makan. Ayah sempat pesan lagi. Bagi si kecik tu makan banyak-banyak. Ayah tak tahu cucu dia dah obes dah. Alhamdulillah. Terima kasih sangat Ayah. Semoga Ayah diberi kesihatan yang baik. Ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aminnn~~

Penuh peti. Banyak stok ayam ikan yang daddy beli kena turun bawah. Hehehe. LEpas lauk untuk 2 minggu. Alhamdulillah.

Entry pertama 2014

Assalamualaikum... Apa kabo anda-anda semua. Lamanya tak berblog. Nak sangat berblog. Banyak sangat nak bercerita. Tapiii.. PC aku kena virus. Pendrive dan memory card kamera corrupted. Uhuhu. Nasib baik boleh dicuci bersih-bersih.

Banyak sangat benda nak cite. Dari cite pergi Penang, progress Yaya membesar, nak share resepi-resepi yang aku pernah cuba, tempat makan yang aku pernah rasa. Takpe-takpe. Slow motion ye ijam.

Dah tahun 2014 ek. Dah menginjak usia setahun. Syukur Ya Allah. Tiada apa yang aku mampu ucapkan selain Alhamdulillah. Allahuakbar. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Syukur dipanjangkan usia. Diberi rezeki Allah untuk menjalani kehidupan.


Semoga apa yang kita rancangkan untuk tahun ni berjalan lancar. Semoga dipermudahkan Allah. Aminnn~~~

teaser dari kami sekeluarga **abaikan uncle belakang tu.