besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, January 20, 2014

Terima Kasih Ayah!

Hari ni rasa excited sangat. First sebab PC dah ok. Boleh berblogging semula. yang keduanya Alhamdulillah. Panggilan ayah pada tengahri semalam memang bawak rezeki kaw-kaw punya. Syukur Alhamdulillah. Walau berjuahan dengan keluarga. tapi keluarga baik Mak atau Ayah tak pernah lupakan anaknya yang kejauhan ini. Sob sob sedih....

Semalam Ayah call. BAgitahu yang dia kirimkan untuk aku hasil laut dari bot Ayah. Kirimkan melalui kawannya yang kebetulan ada kerja di KL. Sebelum ni Ayah ada cakap. Hasil tangkapan udang memang banyak. Kenapa tak balik kampung??? Uhuhu sedihnya. Ayah cakap lagi. Kalo Ayu duduk Kemaman, Ayah hantar jugak. Ni KL ayah tak kenal jalan. Uwaaa.. MEmang meleleh air mata lah aku.

Rindu sangat kat kampung. Tapi Mr Daddy tak dapat cuti lama. Aku nak balik drive sendiri tak bagi. Nak naik bas pun tak bagi. Ahuk ahuk. Tapi Mr Daddy dah ambik cuti lama untuk CNY ni. Yeayy. Tak sabo nak balik kampung....

Berbalik pada kisah hari ni. Ayah dah poskan seafoods tu sume. Patutnya malam tadi Mr Daddy pergi amik. Tapi kawan ayah sampai lewat sangat. So, decide ambik hari ni. Kebetulan Mr Daddy kerja shif petang... Daddy pergi sorang-soranglah... Nak tau apa ayah kirim???


Tu diaa.... udang laut segar. Bukan udang ternak. Ya Allah syukur sangat dapat makan ni. Lama sangat mengidam nak makan benda segar2 camni. Kalo beli kat sini udang laut mau RM40 sekilo kan. Ini Ayah bagi lebih 2kilo.


Ini ikan pari besar ok. Perghh... Dah plan dah nak masak ape.


Ketam segar. Alhamdulillah. Banyak ayah makan. Ayah sempat pesan lagi. Bagi si kecik tu makan banyak-banyak. Ayah tak tahu cucu dia dah obes dah. Alhamdulillah. Terima kasih sangat Ayah. Semoga Ayah diberi kesihatan yang baik. Ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aminnn~~

Penuh peti. Banyak stok ayam ikan yang daddy beli kena turun bawah. Hehehe. LEpas lauk untuk 2 minggu. Alhamdulillah.

No comments: