Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, January 28, 2014

Jalan-jalan Penang

Alhamdulillah. Kenyang sudah perut. Buat bekal nasi lemak ayam goreng hari ni. Gambar? Tak snap. kehkeh. Pemalas punya orang. Next time pulak snap gambar. Taknak melalut dah. Straight to the point. Nak share cite pergi jalan-jalan ke Penang. Sebenarnya, bukan percutian besar pun. Kebetulan nak menghadiri Majlis Perkahwinan my BFF Bibi Syahila dan Uncle Arief. Dah simpan lama sangat gambar. Selalu tak sempat. Ari ni nak abiskan jugak.

Majlis Perkahwinan sebenarnya pada 29 Disember. kitorang bertolak 27 Disember. Aku 3 beranak dan my BFF Wan. tu kan mak angkat Yaya. So, harus bawak. untuk jaga Yaya. Hehehe. Kitorang menginap di Asrama sekolah. Hahaha. Sebabnya kakak angkat Wan atau namanya Kak Fitrah ni warden sekolah. ekbetulan sekolah bercuti. Cantik sangatlah. Jimat duit hotel. Hehehe.

So, sampai pun dah lewat malam. Esoknya baru dapat berjalan. Tak banyak tempat boleh pergi. Jalan jammed yang amat. KL pun tak jem gitu aku rasa. Masuk pulau kitorang memilih untuk naik feri. Nak snap view baik naik siang kan.

Sementara menunggu turn nak naik feri.

Harus ada gambar dekat kereta. Cliche sangat.

Cantik view ni. Masa ni tak sabar sangat dah. Rasa nak berenang je.
Alhamdulillah sampai.
Sesampainya di pulau. Tempat pertama kami tuju adalah di Padang Kota Lama. Sampai pun dah tengahari. Apa lagi cari pasemboq lah. Aku ngan Mr Daddy lama dah duk kecap air liur nak pekena pasemboq macam cite Mr Arrogant tu. Now aku makan dengan Mr Arrogant aku. Hehehe. Ingatkan besor sangat tempat nya.

Bukti dah sampai. Kihkih.

Ramai gile beratur.

Mula-mula sampai nak cari tempat duduk kan. korang jangan terkejut bila ada abang-abang hero kita mari menerpa. Duk tanya macam polis oi. Nak minum apa? Nak makan apa? Adoi. Bila nak wat pillihan tu macam dipaksa pulak. hahaha.

Ni makcik gemuk tengah memilih. Mana satu pilihan hati.
Hati-hati ye bila nak memilih. Kalo bajet besar silalah berani sepit udang sotong ayam bagai. Hehehe. Sebab harga dia agak mahal. Tapi aku dah review awal-awal. Memang tak tengok pun. Amik ball2 je. Bak kata Mr Daddy amik syarat datang Penang. Harus pekena pasemboq.

Pasemboq kami dengan harga RM22.
Hahaha. Aku rasa aku punye kot murah sikit. Customer sebelum ni aku dengar RM50 ke atas. Hahaha. Jimat-jimat. Mau tak. Amik ball-ball je. Fish cake. Nak rasa kuah je.

Lepas makan. Singgah di Masjid besar Pulau Pinang. Solat zohor dan mandikan anak-anak kecik. Pastu ke bukit bendera pulak.


Time ni duk gaduh ngan kak Fitrah. hehehe. Nak masuk ke tak. Siap kak Fitrah ugut aku lagi kalo naik ni lambat turun. Mau pukul 8 katanya. Sekali Abang Adi (suami kak Fitrah) sampai lepas park kereta terus meluru ke kaunter. Belikan tiket.Mak aih. Cepat betul. Rupa-rupanya tak ramai pun. Pandai betul pekena kat aku. Alhamdulillah. merasa jugak.

Bukan main seronok anak dara tu. Oh. yang sorang lagi daddy dukung adalah Insyirah. Anak kak Fitrah.

Tiket naik train ke bukit bendera.

Train dah sampai.

View dari dalam train

Seronok sangat my Yaya ni dapat berjalan.

Daddy- daddy yang mithali. Serius kagum dengan kesabaran Daddy dan Abang Adi dalam menjaga anak. Sebab mak masing-masing dah sibuk berjalan. Hahaha.

Pendek sangat ke aku sampai tenggelam gitu.

Macam pelancong sangat kan?? Uweekk.
Kebetulan masa pergi tu ada pameran dinosour dan pertunjukkan ular. Duk perabis masa kat situ jelah. Yaya dan Insyirah dan mengamuk kepenatan.

View dari atas.
Berjalan pun tak abis. Bawak budak kecik kan. Kena turun jugak. Masuk kereta pakat tido budak-budak. Auntie Wan pun sekali layan. Pastu ambik kereta Daddy kat Masjid tadi. Terus ke tapak pesta Pulau. Tapiiiii... Tersangatlah jem. 2 jam kat situ je. perut dah lapo. Anak-anak dah menangis kepanasan. Staright je ke tepi laut. Pekena ikan bakar situ. Alhamdulillah.

PAstu balik ikut jambatan. Dah malam. Bateri phone pun abis. Tak snap apa. Malas. Uhuhu. Mengantuk. penat. Sume ada.

Next. Nak cite pasal wedding Bibi.







No comments: