Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 5, 2016

Resepi Homemade Takoyaki

Sementara tengah ada mood nak berblogging ni. Aku nak update lagi. mood ni bermusim jugak ni.. Cerita pasal makan lagi pose-pose ni ye...

Kisahnya lepas makan-makan di 43 ribu cafe kitorang ke Aeon Jusco di Balakong. memang niat aku nak cari bonito flakes. Nak buat jugak takoyaki. Senak poket duk melabur rm5 sekotak almost 2 hari sekali beli takoyaki untuk Yaya. Untuk mummy Yaya pun ye jugak. Kihkih..

Jenuhlah cari. Jumpa jugak bonito flakes tu di section korean/japan food. In sha Allah halal. Sebab cuma hirisan ikan kan. Price tag pulak takde. Tawakal je bayar. RM35.50 harga nya. Daddy sengih je. Ayat paling best "Abang tak kisah beli. Janji masak guna sampai habis"  Ailebiulah Daddy.

Isnin cuti hari pekerja abru lah rajin nak buat. first time buat sosej dulu. Untuk bagi Yaya makan. Sebenarnya sotong keras lagi dalam peti. Hehehe. So ni nak share macam mana nak buat tepung. Lupa dah mana dapat resepi ni.

Adunan ni untuk 22 biji takoyaki pakai acuan kuih cara.

Untuk tepung:
1cawan tepung gandum
1sudu stgh tepung jagung
2cwn air.
2 biji tlur.
Sikit serbuk stok ayam. (Tapi aku guna suku dari kiub pati ayam).
2 sudu kicap.

Kacau semua dengan whisker.. sampai tak berketul. Masuk dlm peti setengah jam.

Untuk sos kicap:
1cawan kicap cair. Pakai kicap biasa je
1/2cawan sos tomato.
1/4cawan air asam jawa
Halia tumbuk halus
Bawang putih tumbuk halus.
Gula sikit.

Kacau sume atas api kecik sampai mendidih. Biasa akan dapat pekat sikit. Tambah air sikit utk cairkan dia.

Pakai filling sotong/sosej/crabstik.

Kobis beijing yang dicincang. 
daun bawang dihiris. (Aku tak letak nanti Yaya taknak makan)

oh. Sebenarnya aku takde acuan takoyaki yang sebenar. Aku pakai acuan kuh cara manis/cara berlauk tu. Hehehe. Pun boleh kan kalo dah kegilaan.

 Mandi peluh jugak aku ngadap ni kat dapur. Tapi mengenangkan anak suka gigih jugaklah. Diri sendiri pun suka. Boleh makan banyak. Hehehe.
 
Ni dah keluar dari acuan. tak kisah lah tak bulat betul-betul pun. yang penting rasa kan.

Mr daddy balik kerja petang Isnin tu aku buat lagi sekali. Siap bancuh lagi sekali. Sebab bancuhan pertama tadi Yaya dah makan banyak. Kali ni aku buat filling topping. Daddy cakap sedap. Lagi sedap dari kedai. Aku tak rasa dia betul-betul puji. Sebab setiap kali beli dia mana makan sangat. Takut anak bini tak cukup. Berkorban sangat kan. Kehkeh..


Makan-makan di 43ribu Cafe

Assalamualaikum... Salam Israk Mikraj. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari ni...

Ujian betul berpuasa hari ni. Pagi-pagi masih lagi masak untuk jualan. Tahan lagi. Datang opis pergi dengar taklimat pasal naik gred Jabatan Perkhidmatan Awam ni. Ada sedia makan jugak. Nasi lemak dengan kuih seri muka. Pebret tu. Duduk sebelah ex-housemate masa bujang-bujang dulu. Dia pulak sembang pasal trip ke Korea dia. Aku yang tanya sebenarnye. Cari maklumat. pastu dia tunjuk korean food yang halal di Seoul. Lagi menggila aku menahan...

Ni nak update pasal foods jugak. Sesambil tadi pun duk google banyak kedai makan yang nak dicuba. Google resepi-respi. Kenapa lah semua time ni... Hahaha. Salah sendiri lah kan...

Sebenarnya nak cite atau lebih kepada nak review satu cafe ni di Kajang. Kisahnya Sabtu tu Mr Daddy kerja. Bila duk sesaje duk godek-godek FB ternampak ada orang share kedai makan baru area kajang.Wah. Boleh cuba.. Share dekat Daddy. Setuju terus. Ailebiu lebihlah...

I olls sekarang suka selfie. Aiyaakkk... 

ihsan dari Facebook.
View dari depan. Kena amik order dulu. Pastu dapatkan no giliran.

ihsan dari Facebook
Menu dan harga di cafe tu. Harga pun bagi aku reasonable lagilah. Portion dia besar.
Tertarik betul aku dengan no giliran ni. Hehehe. Bawak blok kayu ni pergi mana-mana meja yang anda suka.

Ni yang kitorang order. Sekarang aku suka upload resit ni. Jangan salah paham. Aku just nak readers boleh tengok review harga terus. Membantu reader jugak untuk buat bajet2.... kan???

Ni view dari meja kami belakang sekali. Ekceli kedai ni tak besar sangat. Pandai jugaklah owner ni ubah-ubah supaya nampak cafe ni macam meriah. 

Tengok dia punya jelingan. Dari kat kaunter tadi lagi duk bising nak kek oreo. Ingatkan nak makan lepas makan main course. tapi anak dara dah tak sesabo. terpaksa mintak hantarkan kek oreo ni. Sedap gile wei. Kek dia sangat moist. Daddy cakap nanti nak order lagi. Maknanya dia sukelah tu. Abis licin anak dara ni kerjakan.

Makanan dia overall memang sedap. tapi pada sesiapa yang kuat masin mungkin akan cakap makanan ni tasteless. Bagi aku tukang masak ni macam tak gunakan MSG kot. Sebab biasanya kalo untuk gravy sauce tu akan gunakan stok ayam serbuk or whatever type mesti akan rasa masin kan. tapi ni tak rasa. bagi aku ok sangat. Healthy lah kot. Daddy makan Lamb is kambing. Seriously banyak. 2 keping yang banyak. Aku makan chicken chop grilled. pun besar. dapat quarter yang besar. untuk Yaya orderkan meatball. Sedap!!

recomended sangat untuk sape-sape yang nak mencuba. iolls tak pandai nak bagi bintang-bintang ni. Heehehe

So kalo nak pergi masuk je dalam waze alamat ni

43RIBU CAFE
Lot 1925,Batu 13,
Jalan Cheras,43000,
Kajang,Selangor

Isnin hingga Sabtu
Ahad tutup ye.. buka dari jam 4pm-12pm