Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 5, 2016

Resepi Homemade Takoyaki

Sementara tengah ada mood nak berblogging ni. Aku nak update lagi. mood ni bermusim jugak ni.. Cerita pasal makan lagi pose-pose ni ye...

Kisahnya lepas makan-makan di 43 ribu cafe kitorang ke Aeon Jusco di Balakong. memang niat aku nak cari bonito flakes. Nak buat jugak takoyaki. Senak poket duk melabur rm5 sekotak almost 2 hari sekali beli takoyaki untuk Yaya. Untuk mummy Yaya pun ye jugak. Kihkih..

Jenuhlah cari. Jumpa jugak bonito flakes tu di section korean/japan food. In sha Allah halal. Sebab cuma hirisan ikan kan. Price tag pulak takde. Tawakal je bayar. RM35.50 harga nya. Daddy sengih je. Ayat paling best "Abang tak kisah beli. Janji masak guna sampai habis"  Ailebiulah Daddy.

Isnin cuti hari pekerja abru lah rajin nak buat. first time buat sosej dulu. Untuk bagi Yaya makan. Sebenarnya sotong keras lagi dalam peti. Hehehe. So ni nak share macam mana nak buat tepung. Lupa dah mana dapat resepi ni.

Adunan ni untuk 22 biji takoyaki pakai acuan kuih cara.

Untuk tepung:
1cawan tepung gandum
1sudu stgh tepung jagung
2cwn air.
2 biji tlur.
Sikit serbuk stok ayam. (Tapi aku guna suku dari kiub pati ayam).
2 sudu kicap.

Kacau semua dengan whisker.. sampai tak berketul. Masuk dlm peti setengah jam.

Untuk sos kicap:
1cawan kicap cair. Pakai kicap biasa je
1/2cawan sos tomato.
1/4cawan air asam jawa
Halia tumbuk halus
Bawang putih tumbuk halus.
Gula sikit.

Kacau sume atas api kecik sampai mendidih. Biasa akan dapat pekat sikit. Tambah air sikit utk cairkan dia.

Pakai filling sotong/sosej/crabstik.

Kobis beijing yang dicincang. 
daun bawang dihiris. (Aku tak letak nanti Yaya taknak makan)

oh. Sebenarnya aku takde acuan takoyaki yang sebenar. Aku pakai acuan kuh cara manis/cara berlauk tu. Hehehe. Pun boleh kan kalo dah kegilaan.

 Mandi peluh jugak aku ngadap ni kat dapur. Tapi mengenangkan anak suka gigih jugaklah. Diri sendiri pun suka. Boleh makan banyak. Hehehe.
 
Ni dah keluar dari acuan. tak kisah lah tak bulat betul-betul pun. yang penting rasa kan.

Mr daddy balik kerja petang Isnin tu aku buat lagi sekali. Siap bancuh lagi sekali. Sebab bancuhan pertama tadi Yaya dah makan banyak. Kali ni aku buat filling topping. Daddy cakap sedap. Lagi sedap dari kedai. Aku tak rasa dia betul-betul puji. Sebab setiap kali beli dia mana makan sangat. Takut anak bini tak cukup. Berkorban sangat kan. Kehkeh..


No comments: