besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 3, 2016

Happy 4th Birthday Aalya

Assalamualaikum. Salam hujung Syaaban. Hai. mood nak blogging selalu emuap-luap. tapi bila masa nak taip entry mesti ada hal menghalang.Hari ni cuba jugak...

29 Mei 2016 genaplah puteri kami 4 tahun dilahirkan. Syukur sangat dengan pemberian dan amanah Allah yang tak ternilai ni.

Sekejap rasa masa berlalu... Dah 4 tahun dia bersama kami. Semoga kami diberi usia yang panjang untuk terus bersama-sama membesarkan amanah Allah ni.

So tahun ni, kami decide nak celbrate di sekolah je. 1st birthday di rumah mak aku (Onni Yaya), second besday kat rumah Pengasuh (Mama Nur) Yaya, third besday di rumah kami sendiri. Yang ni tak upload. Masa tu sangat sibuk sampai tak sempat nak pikir blog. Dan tahun ni nak merasa buat di sekolah. maybe next year dipanjangkan umur buat di rumah semula.

Paling pertama aku pikirkan nak sediakan door gift. Pening gak mikir nak letak ape dalam goodies bag. Mula-mula plan nak isi set pensil, air kotak dan mineral. Tapi tak sempat nak cari kismis sebab masa agak terhad. mak bapak bizi sangat. Sempat cari set pensil dengan air kotak je.




Set pensil ni kami cari di GM Klang. RM1.00 untuk satu set. Kawan2 Yaya kat sekolah ada 70 orang. Rezeki kawan-kawan Yaya lah dapat. Sebenarnya akus engaja taknak bagi jajan-jajan untuk diorang. bak kata Daddy "better takde apa-apa dari duk bagi budak-budak ni jajan" Kadang-kadang aku sedih bila Yaya bawak balik dari sekolah goodies pack yang penuh dengan jajan-jajan. Mujur jenis Yaya dia tanya dulu apa yang dia boleh bagi makan atau tak boleh. Kesian jugak kat dia. Aku hanya benarkan coklat je. itu pun aku siap siaga air masak sebotol lepas dia makan. Memang terpaksa buat camtu. Jajan selebihnya aku buang. takpun Daddy amik bawak pergi opis. hahaha...



Kami decide buat sambutan pada tarikh 27 Mei di sekolah sebab 30 Mei Sekolah dah start cuti confirm kawan-kawan dah tak ramai. Yaya siap pesan awal-awal lagi. "Nanti kalau cuti sekolah kawan-kawan tak ramai. tak dapatlah Yaya bagi kawan-kawan hadiah ni.." siap muka sedih bagai. So, inform awal-awal kat cikgu.. Gigih dia tolong mummy siapkan goodies pack untuk kawan-kawan. Mummy daddy sibuk untuk part masak memasak pulak.

 Antara goodies pack untuk kawan-kawan Yaya. Aku dah siap label siap-siap yang mana untuk girls dan boys. Ikut tema pensil set tu.


 Tahun ni dia mintak kek frozen. Sebelum tu banyak kali tanya nak kek apa. Doraemon lah. Didi and Friends. Asal apa yang keluar kat TV dia main sebut je. pastu seminggu sebelum booking kek. Mintak dia cakap banyak kali nak kek ape. Dia decide nak kek frozen. So mummy tempah di Citra Klasik, Jalan Reko. Suka betul beli kek kat situ. Buatan muslim. 

Mummy Daddy sediakan nasi ayam. Mula-mula plan nak buat spageti carbonara tapi daddy cakap bukan semua budak boleh terima menu western camtu. So terpaksa tukar nasi ayam yang budak semua pun akan suka sup kan. 

Close up sikit. Alhamdulillah cikgu cakap nasi berlebih-lebih boleh dimakan tengahari. 

Bersama-sama kawan sekelas dan cikgu kelas 4 tahun. 

Alhamdulillah Yaya seronok sangat kawan-kawan nya celebrate besday dia... Mummy daddy pun seronok. Maaflah gambar yang banyak gelap. Ini pun ihsan dari cikgu sekolah sebenarnya. Parents tak dibenarkan ada sekali semasa sambutan tu.. So, mintak cikgu je snapkan gambar.. Terima kasih cikgu-cikgu Pasti Ar-Rahman Impian Putra.

Untuk permata hati mummy daddy.. Selamat hari lahir sayang. Semoga jadi anak yang solehah ye sayang. Jadi anak yang pandai hormatkan orang tua. Mummy daddy tak mintak Yaya gigih belajar untuk segulung ijazah. Mummy daddy cuma mengharapkan doa dari kamu anak bila kami dah takde nanti. Mummy daddy terlalu sayangkan kamu.

Amiiinnn~~

1 comment:

LYAfrina said...

happy belated birth aalya..

moga mbesar mjd ank y soleh serta bjya duniakhirat..amin