Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 26, 2013

Tupperware

Aku adalah salah sorang peminat tegar barang tupperware. Keh keh. Tapi takdelah tiap-tiap bulan wajib beli. Tapi kalo ada barang menarik nak jugak cari. Biasa aku main kutu. Pernah gak 3 season main. Bayar sikit. sampai masa dapat barang. Untung-untung dapat duit balik kalo harga barang tak cecah nilai simpanan tu.

So, seperti yang digembar gemburkan bulan ni adalah giliran aku. Ni yand season 3 aku main. Value RM250. Yeay!! Tapi bila tengok katalog...





Aku berkenan satu item tu. Tapi katanya dah takde stok. Sob sob sedihnye...


Ni haa. Yang ada division banyak-banyak tu. Tapi takde rezeki.

Last-last bekas lunch box, polka dot lunch box. botol susu untuk Yaya yang aku ambik. Hehehe. Sekarang Yaya dah pakai botol Tupperware. Yang tu saje nak menambahkan koleksi. Orang cakap botol susu bertahan 6 bulan je kan. 

Dulu-dulu Mr Daddy selalu tanya kenapa suka sangat beli barang Tupperware. Aku cakap suka. Takde reason lain. Uhuhu.. Kepuasan hati je sebenarnya. 

Pernah sekali Mr Daddy guna tupperware aku untuk kunyitkan ikan. Korang bayang. Uwaaa.. Nangis mak nok.. Nasib baik hilang. Jawapan Mr Daddy "Abis beli banyak-banyak buat ape?" Sambil gelak, pujuk aku. Siap menabur janji manis nak ganti lain. Sengaja taknak basuh cepat-cepat. Hahaha. Biar dia rasa bersalah. Nasib baik hilang.

Bila buat makan-makan kan. Barulah dia tersedar dari lamunanya. Apa pentingnya bekas-bekas tu semua. Kannn??



Tuesday, September 24, 2013

Weekend punya cerita

Cerita di hari Sabtu tapi update di hari Selasa. Konon nya nak sibukkan diri dengan kerja. Tapiii hari ni ada meeting sampai tengahari. Meeting?? Meeting pegawai-pegawai jelah. Aku bukak meeting lain dengan kawan-kawan kat belakang. Kehkeh.

Sabtu lepas Mr Daddy cuti. Niatnya nak ke rumah kawan di Subang untuk celebrate belated besday anaknya. Tapi Mr Daddy nak rest. Siang malam kerjanya kan.. Kesian pulak. Duduk rumah jelah. Sambil kemas apa yang patut. Layan si anak daranya.

pagi-pagi lagi duk ketang ketung kat dapur. Tekak teringin nak makan soto. Tapi bila makan kat kedai ada je tak puas hati kan. So, inisiatif sendiri. Buat sendiri. hehehe.

Puas hati dapat makan. Sampai ke malam.


Petang pulak rasa nak membaking. Teringat kat request Mr Daddy lama dah nak makan kek marble. Last buat dulu-dulu. Zaman universiti. Kalo dating mesti buat marble kek. Bukak buku lama-lama. Buku?? Buku yang bertajuk google lah. Hahahaha. Nak refresh balik apa bahan-bahannya.. Dan hasilnye...


Taraa.. Inilah hasilnya marble cake yang super duper lembut.

 Ini selepas dipotong....

Enak dimakan begitu saja.. Sambil melayan anak dara sorang tu. Mr Daddy bukak kolam mandi dia kat balkoni rumah. Dah siap awning bagai. 

 Seronok dia mandi manda.

Thursday, September 19, 2013

27 tahun sudah!




Hahaha. boleh terima tak?? Hot sangat kan?? keh keh.

Alhamdulillah. Dengan izinNya menginjak lagi usia aku ke 27 tahun. Uwahaha. 27 dah. Ingat 18 lagi. Kuikui... Syukur diberi kesihatan yang baik. Diberi kehidupan yang baik. Diberi keluarga yang baik. Syukur dengan segalanya Ya Allah. Berkatilah hidup aku. Hidup kami semua Ya Allah. Aminn~~

Bersyukur di usia ini, terlalu banyak sudah dilalui. dan masih terlalu banyak yang perlu dihadapi. Semoga Allah permudahkan segalanya. 


Terima kasih Mak kerana sudi membawa aku dalam perut beliau selama 9 bulan. Yang sudi melahirkan aku ke muka bumi ini. Kelahiran ku jatuh pada tarikh kelahiran ayah jugak. Selamat ulang tahun kelahiran jugak buat Ayah.

 Selamat ulang tahun yang ke 53 ayah. Kita sayang Ayah.


Bersyukur dengan kehadiran mereka dalam hidup aku. 
Terima kasih Allah.

Tuesday, September 17, 2013

Bila Hero demam


Tengok tu. Kesian hero kesayangan aku ni. Dia demam. Muntah-muntah.. muntah??? Apakah?? ohohoh. Bukan alahan ye. Muntah akibat masuk angin tak lalu makan. kesian dia. Dia payah nak demam. Tapi kalo dah demam. .. Lambat nak sembuh. Sebab tu saya selalu doakan kesihatan yang baik untuk dia... Sedih tengok dia makan pastu muntah.. Semalam badan dia memang panas gila. Masa Ahad di Kuala Pilah dia sihat je..

Kesian Mr Daddy. Mungkin badan dia penat. Sabtu malam ada rondaan. Jam 3 pagi baru balik. Pastu Ahad ke Kuala Pilah. Sepupu aku kahwin. Layan karenah anak dara dia lagi. 


Pagi tadi lepas aku setelkan kerja kat lab terus ambik Mr daddy bawak gie klinik. Jalan pun berpapah. Sob sob sedihnya. Tak pernah Mr Daddy macam ni. Nasib baik Yaya behave je semalam. Ni dia tengah menyandar kepala pada dinding. Pening sangat katanya.

Get well soon Abang. Tak boleh betul tengok abnag sakit. Biar diri ini sakit. Jangan abang sakit. Jangan mak sakit. Jangan Yaya sakit. Tak keruan diri ini. Aku buat lawak pun dia senyum kelat je. tak dengar dia gelak. Uhuhuhu.


Tuesday, September 10, 2013

1st timer untuk Tiramisu


Gambar yang sama aku upload di Instagram dan Facebook. Ahahak.. Punye malas nak kuarkan nak keluarkan kamera nak snap gambar. pemalas betul sekarang. Semua tepon tu je duk snap. Senang masuk FB dan Instagram.

Weekend lepas aku ada buat Tiramisu. Kebetulan pulak pengasuh kedua Yaya a.k.a Aunty Wan ada datang lepak rumah aku. So, memang rezeki dia lah. Hahaha. Lama dah Mr Daddy bebel kat aku. Banyak sangat cheese dalam peti ais tu. Bila nak diusahakan. Nanti expired bla bla bla.... Ok. Belikan saya sponge cake please!! Hahaha. berani cakap gitu. 

Pusing punye pusing.. Cari sponge kek tak jumpe. Nak ke bakeri cari biscotti pun malas nak u-turn bagai. Akhirnya. Terjumpa lah marble cake. Marbel cake pun jadilah..... 




Oleh kerana kesuntukan dan keterhadan cheese yang ada. Di samping kelupaan untuk defrost whipping cream kotak lain. Akhirnya jadilah tiramisu untuk satu layer je. Punyelah sakai kan. Tapi demi taknak Mr daddy bebel bebel. Teruskan je niat di hati...

Bila upload dalam FB. Uwaa.. ramai nye request. Abis raya haji ni. Janji harus ditepati baca dalam nada JOZAN. Kenalah buat. Minggu ni mak datang. Nak ke Kuala Pilah. Sepupu eden kenduri kahwin. Boleh berkumpul sedara dan mara... Pun kena buat tiramisu ni...

Lapar memanjang~~

Uwaa.. Bizi nye saya. Tapi nak jugak update blog. Banyak nak cite. Tapi satu-satu dululah... Aishh.. Saya sekarang tersangatlah kuat makan. Padahal dalam hati ni bukan main kuat azam nak kuruskan badan. Nak gebukan kulit muka. Tapiii... Takdo maknonyo. Menkedarah tak hengat. Ada je wishlist yang tekak ni kuarkan cakap nak makan. Lagi harga minyak naik lagi kuat nafsu nak makan.

Tapi Mr Daddy tak risau. Bila aku cakap nak makan itu ini. maknanye aku nak buat sendiri. Dia cuma beli barang je. Bini ni kan terlebih rajin. Sesekali merajuk je barulah terkedek-kedek si laki beli meatball Abang Burn yang gile sedap tu. Umpan bini merajuk. Kehkeh... Hari hari mau merajuklah gini.

Petang semalam Mr daddy kerja shift petang. Sampai rumah aku boleh tertido. Anak dara layan kartun. Mengekek-ngekek gelak. tengok omak nye dah khayal nak tido. Dikejut mak nye. Suruh gelak sekali...

Nielah kartun yang dia paksa aku tengok aku tuh. Mulut bising sekali. Sambil gelak sambil panggil mak mak.... Sama macam bapak nye. Layan kartun gitu. Bak kata ayahlong Yaya "Tengoklah tv Yaya. Jangan buas-buas sudah". Hehehe.

Lepas maghrib anak dara tu dah kebosanan. Mengamuk-ngamuk. Masuk buai. Terus tido. Yang omak nye pun perutnya mengamuk-ngamuk. Kelaparan. mr Daddy janji balik kerja nak beli something. Adess. Baru pukul 8 malam. Jenuh nak menunggu ke pukul 11 malam. 

Pekena ni dulu. Hahahah. Mungkir janji dengan Mr Daddy. Janji nak makan bersama-sama. Tapi kelaparan sudah.. Pukul 9 dia mai lagi dia mai lagi.. Laparr pulak..... Adeh.. Kat tekak ni teringin nak makan shushi lah, keropok lekor lah, ketupat pulut lah, sata lah, cendawan celup tepung lah.

Call Mr Daddy mintak dia turun gie mini market kat bawah opis dia. Mintak tengok kan ada cendawan tiram tak. Kalo celup tepung pun sodap kan??? Sekali Mr daddy cakap cendawan takdo. Ermm... Cari ikan selar kuning pleaseee... Celup tepung pun sodap. Tapi takdo jugak.. Yang ada ikan kembung jerr.. Bolehlah. Nak lepaskan nafsu serakah tekak ni haa... Demand betul dia. Request macam-macam. Aisshhh..

Pukul 11.30 Mr Daddy sampai. Pukul 12 siap nih. Tepung buat sendiri jer... Aish. menjadi pulak malam-malam buto ni haa... Kenyang perut. Alhamdulillah. Nasib baik tak meracau pukul 1 2 pagi cari makanan lagi. TEKAK... Behave please.

Dah dah!! Nak dekat lunch hour dah. Nak balik rumah pulak. Nak masak lagi. Nak kemas apa yang patut. Sebab takleh beria. Tukang sepah menunggu petang ni. Kehkeh.. Siap sedia dalam masa sejam. Hehehehe~~ Happy lunch hour...

Thursday, September 5, 2013

Ayam Tomato Resepi Pakistan.


First time aku makan ni masa kawan aku datang. Dia bawak kan capati dengan ayam tomato ni. Masa tu ayam tu kering. aku pun makan gitu-gitu je sebab kekenyangan. Tu setahun lepas. Pastu raya baru ni. Kawan aku ajak datang rumah dia. Oh ye. Dia kawin dengan orang Pakistan. Pastu aku cakaplah nak makan makanan Pakistan. Laki dia ok je. Fasih berbahasa melayu.

Pastu malam tu kitorang datang rumah dia. Sekali capati dengan ayam tomato. Tapi kan... Ayam dia pakai ayam kampung betul. Memang lazaat gilelah. Bila aku gunakan perkataan lazat maknenye memang sedap betul lah... Hhehehe. Dapat pekena sebkeping setengah. Memang sedap gile. Kenyang. Tapi kan.. Teringat-ingat kesedapan dia..

Takkan nak suruh dia buat lagi kan. Ayam kampung pun mahal gak. Aku mintak resepi dia. Buat sendiri. Tapi pakai ayam biasa jelah. Hahaha. Memang kurang manis compare ayam kampung. Tapi rasa tu ada... Nak resepi tak?? Ok aku share resepi:

Ayam Tomato.

Bahan-Bahan

Seekor ayam (untuk sekilo tepung) ~~ Kalo nak betul-betul lazat ayam kampung - dipotong
5 atau 6 biji tomato - dibelah
sedikit jintan manis - aku pakai serbuk jintan manis.
7-8 biji cili - dibelah ~~ aku letak sebijik sebijik. Yaya pun boleh makan.
Daun sup - dihiris panjang.

Cara-caranya:

Masukkan sedikit minyak. Sikit je tau. Masukkan ayam. Tutup kuali dengan penutup. Biar air ayam betul-betul keluar habis. Kalau ayam kampung makan masa sikit. Jangan tambah air lagi.

Masuk tomato yang dibelah. Tutup semula. Biar tomato mereneh. Air tomato akan menambahkan kuantiti kuat. Masukkan jintan manis. kacau rata. Garam secukup rasa. Campakkan cili.

Pastikan ayam betul-betul empuk. Kalau kering tambah sedikit air.. Bila ayam dah empuk. Masukkan daun sup. Siap. Boleh dimakan dengan capati.

Capati tu semua tau kan cara-caranya. Tapi aku pakai tepung gandum je. Sebab kata kawan tu kalo tepung atta lembik sikit.  Sedap!! Cubalah. Ni duk teringat lagi. Ada jugak aku buat petang nie lagi.

Yaya suke. Menambah-nambah jugaklah. Mau tak obes anak aku.


Yaya 1 tahun 3 bulan

Alhamdulillah. 29 Ogos lepas my lil princess Aalya a.k.a Yaya genap 1 tahun 3 bulan. Sekejap je masa berlalu. Tapi kan tapi tapi... Camne aku boleh lupa sepatutnya checkup Yaya adalah pada 29 Ogos. Dengan confident nya informed Daddy 30 haribulan Ogos. Sampailah petang 29 haribulan nurse KK Bandar Seri Putra call. Tanya kenapa aku tak datang checkup Aalya. Uih.. Lupa sungguh. Confident pulak tu. So. Postponed ke hari ni... Pagi tadi lepas punch kitorang terus ke klinik.






Tu dia.. Tunggu turn nama dipanggil nak timbang dan ukur tinggi. Resultnye berat 12.4 kg. Oh anak... Masuk jumpa nurse. Nurse suruh diet. Apakah?? Rupa-rupanya dah cecah obes. Nurse cakap BMI 20 sudah. Baru nak cecah kan?? Hehehehe.

Budak.. Nak diet camne ek?? aku rasa Yaya bukanlah sekali makan banyak. Tapi dia jenis berselera. Ape kitorang makan dia makan. Kekerapannya pun bergantung atas kitorang mak bapak dan jugak pengasuhnya. Tapi tak banyak pun dia makan. Selebihnya susu. Tapi syukur jugak dia sihat. Takdelah orang cakap macam tak cukup makan.

Kejap je masa berlalu kan?? Dah besar dah dia. Staff nurse pun dah risik-risik aku bila nak tambah. Aku cakap dah boleh ke? Nurse jawab "Takpe dik. Kalo dah rezeki Allah. Badan tak sihat camne pun Allah permudahkan." Green lite di situ. Aku senyum je. In sha Allah. Kalo rezeki Allah tak ke mana kan.

Oh selingan sikit. Masa di Klinik tadi dapat panggilan dari Maksu. Maksu cakap. Sepupu Mr Daddy (anak ayahngah) meninggal dunia pagi tadi. Terkejut jugak. Aku kenal dia. Tapi tak rapat sangat. Sebab aku baik dengan kakak arwah. Kak Julie. Masih muda arwah. Belum berkahwin. Baru dirisik raya baru-baru ni. Ajal maut di tangan Allah. Kita ni tak tau bila masanya. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang beriman. Al-Fatihah~~ Innalillahiwa'innalillahirojiun..

Aidilfitri 2013 di Opis.


Nak update laju-laju. Sebab ni penghujung Syawal kan. Nak jugak tepek moment sambutan Aidilfitri untuk department aku. Department aku namanya Bahagian Teknologi Pepmprosesan Sinaran. Staff lebih jugaklah 50 orang. So, majlisnya diadakan pada Rabu. Motip tengahari khamis baru update. Sibuk sungguh. MEncari rezeki. Semoga diberkati. Hehehe.

Antara menu-menunya..

BBQ Ayam


Kambing tengah dipanggang...

Nyum nyum.. Ini memang buat aku meroyan kambing ni~~ 
Yang belah kanan tu rendang aku masak. Hehehe~
Besday girl~~ Blueekk..
 Hahaaha. Di samping sambutan Aidilfitri selingan juga untuk sambutan ulang tahun kelahiran staff yang lahir Ogos dan September. Aku lerr tuu... Kak Gee (PTPO) pun sama besday aku.. Tu yang berani duk depan potong tu...





Gadis-gadis pingitan. Muda-muda belake kan nampak... Padahal anak dah 2 3 sorang. Tapi maintain muda. Aku??? Anak sorang macam makcik anak sepuluh. Gedempol betul aku ni.




Ini sebahagian yang tinggal lepas majlis tu. So, yang nielah buat kerja-kerja pembersihan. Haahha. Biasa. Memang keje aku basuh-basuh ni. Hahaha. Seronok. Kenyang ~~ Alhamdulillah. Semoga tahun depan dapat lagi begini. Eh. Bukan 3 bulan sekali buat makan-makan ke. Syukurr~~