Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 24, 2013

Weekend punya cerita

Cerita di hari Sabtu tapi update di hari Selasa. Konon nya nak sibukkan diri dengan kerja. Tapiii hari ni ada meeting sampai tengahari. Meeting?? Meeting pegawai-pegawai jelah. Aku bukak meeting lain dengan kawan-kawan kat belakang. Kehkeh.

Sabtu lepas Mr Daddy cuti. Niatnya nak ke rumah kawan di Subang untuk celebrate belated besday anaknya. Tapi Mr Daddy nak rest. Siang malam kerjanya kan.. Kesian pulak. Duduk rumah jelah. Sambil kemas apa yang patut. Layan si anak daranya.

pagi-pagi lagi duk ketang ketung kat dapur. Tekak teringin nak makan soto. Tapi bila makan kat kedai ada je tak puas hati kan. So, inisiatif sendiri. Buat sendiri. hehehe.

Puas hati dapat makan. Sampai ke malam.


Petang pulak rasa nak membaking. Teringat kat request Mr Daddy lama dah nak makan kek marble. Last buat dulu-dulu. Zaman universiti. Kalo dating mesti buat marble kek. Bukak buku lama-lama. Buku?? Buku yang bertajuk google lah. Hahahaha. Nak refresh balik apa bahan-bahannya.. Dan hasilnye...


Taraa.. Inilah hasilnya marble cake yang super duper lembut.

 Ini selepas dipotong....

Enak dimakan begitu saja.. Sambil melayan anak dara sorang tu. Mr Daddy bukak kolam mandi dia kat balkoni rumah. Dah siap awning bagai. 

 Seronok dia mandi manda.

No comments: