besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 5, 2013

Ayam Tomato Resepi Pakistan.


First time aku makan ni masa kawan aku datang. Dia bawak kan capati dengan ayam tomato ni. Masa tu ayam tu kering. aku pun makan gitu-gitu je sebab kekenyangan. Tu setahun lepas. Pastu raya baru ni. Kawan aku ajak datang rumah dia. Oh ye. Dia kawin dengan orang Pakistan. Pastu aku cakaplah nak makan makanan Pakistan. Laki dia ok je. Fasih berbahasa melayu.

Pastu malam tu kitorang datang rumah dia. Sekali capati dengan ayam tomato. Tapi kan... Ayam dia pakai ayam kampung betul. Memang lazaat gilelah. Bila aku gunakan perkataan lazat maknenye memang sedap betul lah... Hhehehe. Dapat pekena sebkeping setengah. Memang sedap gile. Kenyang. Tapi kan.. Teringat-ingat kesedapan dia..

Takkan nak suruh dia buat lagi kan. Ayam kampung pun mahal gak. Aku mintak resepi dia. Buat sendiri. Tapi pakai ayam biasa jelah. Hahaha. Memang kurang manis compare ayam kampung. Tapi rasa tu ada... Nak resepi tak?? Ok aku share resepi:

Ayam Tomato.

Bahan-Bahan

Seekor ayam (untuk sekilo tepung) ~~ Kalo nak betul-betul lazat ayam kampung - dipotong
5 atau 6 biji tomato - dibelah
sedikit jintan manis - aku pakai serbuk jintan manis.
7-8 biji cili - dibelah ~~ aku letak sebijik sebijik. Yaya pun boleh makan.
Daun sup - dihiris panjang.

Cara-caranya:

Masukkan sedikit minyak. Sikit je tau. Masukkan ayam. Tutup kuali dengan penutup. Biar air ayam betul-betul keluar habis. Kalau ayam kampung makan masa sikit. Jangan tambah air lagi.

Masuk tomato yang dibelah. Tutup semula. Biar tomato mereneh. Air tomato akan menambahkan kuantiti kuat. Masukkan jintan manis. kacau rata. Garam secukup rasa. Campakkan cili.

Pastikan ayam betul-betul empuk. Kalau kering tambah sedikit air.. Bila ayam dah empuk. Masukkan daun sup. Siap. Boleh dimakan dengan capati.

Capati tu semua tau kan cara-caranya. Tapi aku pakai tepung gandum je. Sebab kata kawan tu kalo tepung atta lembik sikit.  Sedap!! Cubalah. Ni duk teringat lagi. Ada jugak aku buat petang nie lagi.

Yaya suke. Menambah-nambah jugaklah. Mau tak obes anak aku.


No comments: