Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 5, 2013

Yaya 1 tahun 3 bulan

Alhamdulillah. 29 Ogos lepas my lil princess Aalya a.k.a Yaya genap 1 tahun 3 bulan. Sekejap je masa berlalu. Tapi kan tapi tapi... Camne aku boleh lupa sepatutnya checkup Yaya adalah pada 29 Ogos. Dengan confident nya informed Daddy 30 haribulan Ogos. Sampailah petang 29 haribulan nurse KK Bandar Seri Putra call. Tanya kenapa aku tak datang checkup Aalya. Uih.. Lupa sungguh. Confident pulak tu. So. Postponed ke hari ni... Pagi tadi lepas punch kitorang terus ke klinik.






Tu dia.. Tunggu turn nama dipanggil nak timbang dan ukur tinggi. Resultnye berat 12.4 kg. Oh anak... Masuk jumpa nurse. Nurse suruh diet. Apakah?? Rupa-rupanya dah cecah obes. Nurse cakap BMI 20 sudah. Baru nak cecah kan?? Hehehehe.

Budak.. Nak diet camne ek?? aku rasa Yaya bukanlah sekali makan banyak. Tapi dia jenis berselera. Ape kitorang makan dia makan. Kekerapannya pun bergantung atas kitorang mak bapak dan jugak pengasuhnya. Tapi tak banyak pun dia makan. Selebihnya susu. Tapi syukur jugak dia sihat. Takdelah orang cakap macam tak cukup makan.

Kejap je masa berlalu kan?? Dah besar dah dia. Staff nurse pun dah risik-risik aku bila nak tambah. Aku cakap dah boleh ke? Nurse jawab "Takpe dik. Kalo dah rezeki Allah. Badan tak sihat camne pun Allah permudahkan." Green lite di situ. Aku senyum je. In sha Allah. Kalo rezeki Allah tak ke mana kan.

Oh selingan sikit. Masa di Klinik tadi dapat panggilan dari Maksu. Maksu cakap. Sepupu Mr Daddy (anak ayahngah) meninggal dunia pagi tadi. Terkejut jugak. Aku kenal dia. Tapi tak rapat sangat. Sebab aku baik dengan kakak arwah. Kak Julie. Masih muda arwah. Belum berkahwin. Baru dirisik raya baru-baru ni. Ajal maut di tangan Allah. Kita ni tak tau bila masanya. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang beriman. Al-Fatihah~~ Innalillahiwa'innalillahirojiun..

No comments: