Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 24, 2013

Projek makan-makan.

Salam Sya'ban. Hari ni nisfu syaban kan. Sunat kita berpuasa. Walau dalam keadaan jerebu mohon supaya Allah memberi kesihatan yang baik pada kita, keluarga kita dan saudara se Islam kita. Amiin~~

Weekend baru ni memang aku plan nak masak memasak. Baking membaking. Lagi pulak Daddy kerja Ahad tu. Kebetulan my BFF datang rumah. So bolehlah projek makan-makan. Saje nak tayang gambo makanan. Pada yang berpuasa maaflah ye. Jom train kita menahan dari godaan makanan. Hehehe..

Bun sosej cheese untuk Yaya

Bun sosej untuk Mummy and daddy.
Sheperd pie untuk dinner sabtu.
Yeay!! Berjaya buat Red Velvet cake...

Inilah hasilnya untuk diedarkan.

In Sha Allah aku bercadang nak buat bisnes. Slow2. Bukan nak masuk market pun. Cuma memenuhi hobi. Hehehe.... Nanti ada hobi baru lagi. I Love planting, cooking, baking and sewing. Wah. Heavennya.

Friday, June 21, 2013

Rezeki 20 Jun

Alahmdulillah sekali lagi. Terima kasih Allah untuk rezeki yang Engkau limpahkan. Semalam aku ikut Kak Elly (opismate) ke Mesyuarat Koperasi Puspati. Memang aku ahli. Asalnya nak temankan isi minyak. Sekali Kak Elly ajak join. Aku pun join jugak. Sebab dapat yuran kehadiran. Boleh gitu? Hehehe.

Pastu dapat pulak makan mee hoon goreng hitam yang kononnya aku nak masak untuk berbuka. Konon nak puasa. Tapi bunyi alarm pun sambung tido semula. Masa meeting tu ada cabutan nombor bertuah. Ada hadiah payung, beg/baju kot dalam kotak, hamper. Sekali mengena jugak kat aku. Ingat dapat [ayung. Sekali dapat hamper. ALhamdulillah. Hehehe..


Inilah hampernya. Bila nak kenduri nih?? Tunggu weekend lah. Yaya takleh makan. Banyak jajan-jajan. Biskut sihat takde. Sebab aku cuma ajar Yaya makan biskut Kuat Tiger yang susu je. Oh ye. Makanan pebret Yaya yang aku detect adalah Cheezy Wedges dan MURTABAK. Perghh.. Ada jugak melayunya kat situ. Sebelum ni layan spageti, fetuccinni. Mujur aku ajar jugak mee hoon goreng. Lagi satu lauk pebret dia gulai masak lemak. Yang tak pedas. Pengasuh dia pun perasan.

Cuba explore makanan lagi ye sayang. Mummy cuba masak selagi mampu. In sha Allah.

Dah boleh jalan sepenuhnya. Alhamdulillah~~

Alhamdulillah. Pagi Jumaat ni masih boleh bernafas. Syukur Ya Allah. Aku nak share sikit perkembangan Yaya. Alhamdulillah. Di usia setahun 18 hari. Yaya dah boleh berjalan sendiri dengan izin Allah. Aku seronok sangat. Mulanya, aku tengok dia gigih sangat berjalan. mengekor Daddy sampai ke bilik air. Aku terkejut jugak boleh berjalan sejauh tu.







Tengok betapa gigihnya dia. Sebelum ni berjalan malas-malas. Pastu nak berpimpin je. Ini dah boleh lepas sepenuhnya. Seronok sangat hati ni. Mama Nor dia pun cakap kat rumah dia rajin sangat berjalan. Mama Nor nya wat tak tau je. Kalau ditegur nanti dia malu nak jalan. Kuikui...

Alhamdulillah. bersyukur dengan perkembangan Yaya. Next?? Nak dengar Yaya panggil Mummy ngan Daddy pulak. Sebelum ni kedengaran jugak panggil aku "me..me..." daddy "dedde..dedde..." sekarang kalau balik rumah mesti panggil aku "mama...." panggil daddy "papa..".

Adeh.. terikut kat rumah Mama Nor lah ni. Mesti Yaya confius kan. Lagi pulak sekarang mak angkat pak angkat makin bertambah. Nak panggil mama, papa, umi, abah, mama, abah, mummy, abi. Kesian anak aku. Takpe sayang... Belajar lagi......

Hari ni, Yaya kena tinggal dengan Daddy je kat rumah. Daddy ambik cuti sebab nak spend masa ngan dengan anak dara nya. Sebab sebelum ni Daddy banyak keje shift petang. Balik kerja anak dah tido. Bangun pagi esok kadang kena shift pagi. Kesian dia tak main dengan pengarang hati dia.

Monday, June 17, 2013

Rainbow cake @ father's day.

Selamat hari Bapa untuk semua bapa-bapa di Malaysia terutama untuk ayah saya Encik Mat Sani Bin Tahir. Semoga ayah terus dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Walau kita tidak bersama tapi doa saya untuk ayah akan terus mengiringi kehidupan seharian ayah.

Inilah ayah saya. Saya sayang ayah.
Selamat hari bapa juga kepada abang saya, Along. Semoga terus jadi abah yang baik untuk Airil dan anak-anak sedara akan datang. Al-Fatihah jugak untuk arwah Angah. Tak sempat meraikan hari bapa kerana pemergiannya adalah ketika Amsyar baru berusia 2 bulan.






Inilah abang long (abang ipar Kak ngah) atau Amsyar panggil Papa. Tempat Amsyar meneguk kasih sayang seorang ayah. Terima kasih abang long. Menjadi ayah yang baik untuk Amsyar. kami sendiri tidak mampu menjaga Amsyar macam Abang Long jaga. Tak terbalas rasanya.

Paling istimewa mestilah cinta hati saya. Mr Daddy. Terima kasih Abang kerana menjadi ayah yang baik untuk Yaya. Sedari Yaya dari dalam perut sehingga sekarang Daddy manjakan Yaya. Menatang Yaya bagai minyak yang penuh. Sehingga ada yang cakap Yaya anak manja Daddy. Yess. Itu diakui. Yaya memang manja ngan Daddy. Yaya is daddy's girl.





Sempena dengan itu, aku nekad nak buat something untuk Mr Daddy untuk appreciate beliau. Kebetulan My BFF nak datang rumah. Aku mintak dia ajarkan buat rainbow cake. Alhamdulillah berjaya jugak. Sabtu malam diorang tido rumah aku. Jam 10 malam start sehingga 2 pagi baru siap okeh. Walaweh!. Mr Daddy dah tido pun. Dia tak tau pun aku nak buat sempena hari bapa.

Inilah hasilnya.

Bangun pagi Daddy buat-buat surprisinglah konon. Padahal dia jugak yang membeli barang. Alhamdulillah dia suka. Tadi sehingga ke potongan akhir dia cakap "Nanti buat lagi ye".. In Sha Allah abang. Everything for him.


Wednesday, June 12, 2013

Bila nak tambah lagi???

Alhamdulillah. Semalam BFF aku masa universiti selamat melahirkan seorang baby girl yang sulung. Pada jam 1.40 pagi. Hampir setahun jugak penantian beliau untuk conceive. Dengan keadaan berjauhan dengan suami dan keluarga tapi dia tetap tabah. Selalu mintak pandangan aku. Sharing is caring kan. Nama pun BFF. Ketawa bersama. Menangis pun bersama. Hehehe. Sila nyanyi versi sendiri okeh.

Ok. Berbalik pada tajuk entry tu. Lumrah manusia kan. Dulu aku pun pernah taip ayat yang sama dalam blog ini jugak.

Bila dah keje, tanya bila nak kahwin.
Bila dah kawin, tanya bila nak mengandung.
Bila dah ada anak seorang, tanya bila nak tambah lagi.

Takkan dapat lari dari soalan-soalan camni kan. Tapi apa cara nak jawab. Ignore it. Dulu aku menjawab dengan pedas masa belum ada Yaya "Banyak lagi pulau kami tak jajah makcik"  

Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak soalan. "Bila Boboiboy nak kuar pulak. Yaya dah ada ni" Hadoi!! Penat mak nak jawab nok. Agaknya dah kuar Boboiboy dimintak nya pulak Gopal, Chin kan. Iye. Setahun ini saya merancang. Sebab saya bersalin c-sec. Saya risau luka jahitan. Dan pada masa yang sama. Saya nak Yaya dapat perhatian penuh. Walau sekarang selalu kena marah sebab lasak. Bukan buas ye. Lasak. Uhuhu. Tapi lasak itu yang kami selalu rindukan.

Oh ye. Bulan ni last dah aku ambik Regivedon. Apa tu? Pil perancang okeh. Dah mintak nasihat nurse dan nurse pun dah setuju. Mr Daddy pun dah lama bagi hint. Alasan yang sama Yaya nak adik. tapi Mr Daddy tak memaksa. Mungkin niatnya nak tambah zuriat. Tapi pada masa yang sama risaukan luka lama.

Selalu sangat Mr Daddy hint. "Mummy, tengok Yaya ni. Hisap ibu jari kaki. Maknanya ape ye??" Jawapan aku. Jelir lidah jelah. Hahaha. Buat-buat tak paham. Gelak-gelak lah cinta hati aku tu. Sabar ye abang. Ada rezeki untuk kita In Sha Allah.

Paling best hint dia. Aku boleh kategorikan hint tahap paling tensenlah adalah time kelmarin.

Situasinya adalah dia mendukung Yaya lepas balik dari rumah Mama Nor. Pastu aku di belakang dengan bawak barang. Tiba-tiba Mr Daddy cakap "Ya, Kalo Yaya taknak hisap ibu jari kaki Yaya biar Daddy hisaplah" sambil jeling aku tuh! hahaha. Aku pun jawab "Bukan Yaya nak adik tu. Daddy kan nak adik. Nanti Mummy call NekMa suruh NekMa bagi adik kat Daddy ek?" Gelak gila dia wei. Amik ko. Masuk rumah pun gelak lagi. Itulah penawar hati saya. Mak, Mr Daddy dan Yaya. Orang yang aku kasih. Dunia akhirat.

Kasih seorang ayah.

Cinta hati saya.

Tuesday, June 11, 2013

Saya dah besar!

Saban hari semakin rindukan dia.
8 jam di opis terasa lambat je berjalan..
Rindukan keletahnya.
Rindukan suaranya..
Rindukan tawanya..

Senyuman dia....

 Semakin hari semakin aktif,
semakin hari semakin bijak.
Bijak meniru gaya mummy,
Bijak meniru aksi Daddy,
Bijak meniru setiap lenggok percakapan mummy daddy walau dalam pelat...

Senyum lebar dapat hadiah kete dari Daddy

Oh anak...
Hadirmu dalam hidup kami adalah sejuta rahmat...
Kami bersyukur padaMu Ya Allah.
Kau panjangkan umur kami untuk melihat anak kami membesar.
Jadikan anak kami anak yang solehah.
Amin~~

Tiru gaya Onni minum.
 
pssstt: Hati berbunga riang hari ini. Dah boleh pakai semula baju zaman anak dara. Yeaayy!!. Projek menjadi.

Friday, June 7, 2013

Projek Hijau

Salam Jumaat. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Masih berpeluang untuk menatap wajah orang tersayang, masih mampu mendengar suara orang tersayang. Syukurrr.. Terima kasih Allah.

Oh ye. Masih ingatkah anda pada ayat saya sebelum ini. Kami ada projek baru. Cewwaahh. Ko hengat ko retis orang nak ingat setiap statement ko. Hahaha. Sebelum ni aku ada mention pasal projek tanam menanam kan. Alhamdulillah banyak juagk menjadi. Sape kata duk rumah flat takleh menanam? Hehehe.. Ni dia...

Pokok pudina. Suke sangat bila menjadi...

Pokok serai. Berzaman aku tunggu nak tuai hasil.

Pokok cili... tak sabar nak tunggu hasil.

Pokok rosemary.

Daun pandan yang sentiasa kering

Barisan tanaman yang ada.
Semua anak pokok ni aku dapat dari pegawai aku. Suka tengok tempat dia menanam. Banyak yang menjadi.. Nannti nak tambah lagi tanaman yang ada.

Thursday, June 6, 2013

Musim kenduri.

Sempena cuti sekolah ni ramai pulak kawan-kawan melangsungkan majlis perkahwinan. Masa 25 Mei aku tak balik so tak dapat attemd lah kenduri kawan universiti. Masa 1 Jun ada kawan sekolah aku buat resepsi belah lelaki pun aku tak dapat nak hadir. Sebab majlis besday Yaya tak putus-putus orang sampai ke petang. Maaflah pada kawan-kawan yang aku tak dapat hadir.

2 Jun aku berkesempatan ke majlis perkahwinan kawan sekolah aku. Kebetulan sekampung dengan Mr Daddy. Dah diundang oleh tuan badan. Campur pulak mak pengantin menjemput. Takkan tak pergi kot. Lagipun jalan kaki pun dah sampai.

Inilah pengantinnya. Nik Fatiha kawan sekolah aku.

Hoh. Abaikan makcik bertudung kuning itu okeh. Fokuskan pada pengantin sahaja. Yang tudung hijau tu coming soon. In sha Allah bulan 11 katenye. Seriusly, lauk kenduri tu sedap sangat. Walau simple. Gulai daging, sambal belacan dan ikan masin. Perghh.. Memang tak cukuplah. Tapii masa aku datang pengantin lelaki dah datang. Ramai pulak rombongan lelaki tengah beratur. Segan pulak aku nak menambah. Terasa sampai sekarang lauk nya.

Apa-apa pun semoga Atie berbahagia bersama suami tersayang hingga ke Jannah. Bertabah hadapi dugaan dan rintangan. Ok dear~~

Wednesday, June 5, 2013

Sambutan Besday Yaya~~ PT 3

Hah. Amik ko. Part 3 giteeww.. Nak abiskan jugak. Ada banyak entry lagi nih. Takut lupa terus jadi draft dalam otak. Hehehe..

Ni gambar keluarga sebelah aku. Oooppss. Kakngah, Amsyar dan Ayah takde dalam ni. Sebab Ayah a.k.a Toki Yaya is the busy man. ahuk ahuk. Kakngah tak dapat datang sebab menghadiri kenduri kat kampung dia. Next time pulaklah kita berkumpul bersama-sama..

Jom kita tengok camne reaksi Mak aku a.k.a Onni Yaya masa dapat hadiah. Menangis beb. Mungkin dia ingat kita lupa pada dia. Hehehe.


Tengok tu. Dia kesat air mata. Nape mak nampak selebet?? Dah petang ni. Mak tukar baju lah untuk kemas-kemas barang. Mak menangis sebab terharu lama dah dia nak smartphone. Akhirnya dapat jugak. Hehehe. Sekarang dah aktif berFB dan ber wechat bagai... Syabas Mak. Paling mak gembira. Bila kami serahkan geran umah yang mak duduk sekarang. Means, kami dah setelkan rumah tu menjadi hak Mak bukan hak perbadanan. Alhamdulillah. Rezeki Mak. Seronok tengok Mak gembira. Walau tak mampu mewahkan mak. Tapi Mak cakap Mak sejuk perut dapat anak-anak yang mampu buat dia tersenyum. We love u mak.

Oh ye. Selain smartphone dan geran rumah. Mak jugak dapat kain pasang untuk raya dari kami. aku dah bagi masa mula-mula samapi. Aku belikan untuk Mak, Ma (MIL) dan Mokshu. Pastu dalam kotak tu KakSha dan Along yang bagi. Semoga mak nampak anggun di pagi raya.

Ni chef bersama yang masak pada hari tu. Tok Sah Yaya. Orang kuat sepanjang majlis ni berjalan. Terima kasih sangat Mok Sah.

Antara hadiah yang Yaya dapat. Ada yang dah bagi in-advance. Ada yang bagi selepas. Apa-apa pun terima kasih sangat pada yang sudi memberi Yaya hadiah. Dan memberi duit sedekah pada Yaya. Kami hargai. Semoga kalian terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Amiiin~~ Duit tu boleh masuk bank. Yaya dapat banyak dress, bear dan toys. Seronok sangat Yaya. Daddy takyah beli baju dah untuk 2 3 bulan ni. Concentrate utntuk raya je. Syukur Alhamdulillah....




Sambutan besday Yaya~~ PT 2

Hamboi. siap ada part-part lagi. Ko ingat ko retis ke nak part bagai. Uhuhu. Maaf ye.. Saya menulis ikut mood. Cuba habiskan part-part yang ada. Hehehehe~~

Menu pada hari tu kami buat Nasi Ayam, roti jala dan kari ayam. Maaf. Gambo takde untuk makanan. Semua dah kelam kabut bila anak dara sorang tu terlajak tido. Dah lari masa untuk acara potong kek. Selain tu, ada jugak puding roti dan puding marble yang disponsored oleh Ciklong Yaya. Apam polka dot yang aku tempah.Chupa chup untuk tetamu kanak-kanak.

Alhamdulillah makanan cukup untuk tetamu. Untuk dibungkus. Ngam coi. Aku jangka 100 undangan. Asalnya nak jemput sedara mara jiran terdekat. Tapi Alhamdulillah ramai yang datang. Mana taknya, bertembung dengan banyak majlis perkahwinan. Jom layan gambar2 yang ada.




Yaya bersama pakcik makcik nya. Maaflah kalo gambonye tempat yang sama je. Sebab aku dah sibuk sangat masa tu layan tetamu yang hadir. Ini je ada dalam kamera Daddy. Yaya bersama Nekma takde. Sebab Nekma terpaksa balik awal. Ada kenduri lain pulak kat kampung Daddy. 

Yaya bersama Mama Sal dan PapaChik.
Inilah Tok saya. Moyang Yaya. Onni Yaya yang pakai dot dot tu.
Ok. Untu part seterusnya nak cite pasal kejutan untuk Mak.


Tuesday, June 4, 2013

Sambutan besday Yaya ~~ PT 1

Assalamualaikum. Setelah 5 hari bercuti hari ni baru masuk kerja. Plan asal 4 hari je. Tapi dah duk kampung mesti nak lajak-lajak jugak. Untung jugak duk sekampung ni. Boleh balik 2 2 rumah sekali. Kalo tak puas bersama kami (ooppss bukan kami tapi si demuk tu je orang nak) mintak maaflah ye... Nak share jugak rentetan majlis besday Yaya. Sebenarnya majlis ni untuk raikan besday Onni, Moksu dan Yaya. 3 in 1 gitu...

Welcome banner digantung depan umah.
Untuk hiasan dinding. No idea. 
Door gift untuk semua tetamu.
Kek yang ditempah bertemakan polka dot.

Rainbow cake made by Auntie Kadilah. My BFF. Thanx dear.

Chocolate Moist cake made by Mama Sal. Mama angkat Yaya. Thanx.

Indulgence kek disponsor oleh Along dan Kak Sha. Thanx a lot.
Inilah anak dara saya. dah setahun. Alhamdulillah!
Besday's girlz...
Inilah keluarga kecil kami. Alhamdulillah!
Sebenarnya aku memilih tema polka dot untuk majlis hari tu. Tapi sayang Mr Daddy tak jumpa baju polka dot. so pakai strip lah. Uhuhu...