Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 21, 2013

Rezeki 20 Jun

Alahmdulillah sekali lagi. Terima kasih Allah untuk rezeki yang Engkau limpahkan. Semalam aku ikut Kak Elly (opismate) ke Mesyuarat Koperasi Puspati. Memang aku ahli. Asalnya nak temankan isi minyak. Sekali Kak Elly ajak join. Aku pun join jugak. Sebab dapat yuran kehadiran. Boleh gitu? Hehehe.

Pastu dapat pulak makan mee hoon goreng hitam yang kononnya aku nak masak untuk berbuka. Konon nak puasa. Tapi bunyi alarm pun sambung tido semula. Masa meeting tu ada cabutan nombor bertuah. Ada hadiah payung, beg/baju kot dalam kotak, hamper. Sekali mengena jugak kat aku. Ingat dapat [ayung. Sekali dapat hamper. ALhamdulillah. Hehehe..


Inilah hampernya. Bila nak kenduri nih?? Tunggu weekend lah. Yaya takleh makan. Banyak jajan-jajan. Biskut sihat takde. Sebab aku cuma ajar Yaya makan biskut Kuat Tiger yang susu je. Oh ye. Makanan pebret Yaya yang aku detect adalah Cheezy Wedges dan MURTABAK. Perghh.. Ada jugak melayunya kat situ. Sebelum ni layan spageti, fetuccinni. Mujur aku ajar jugak mee hoon goreng. Lagi satu lauk pebret dia gulai masak lemak. Yang tak pedas. Pengasuh dia pun perasan.

Cuba explore makanan lagi ye sayang. Mummy cuba masak selagi mampu. In sha Allah.

No comments: