Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 12, 2013

Bila nak tambah lagi???

Alhamdulillah. Semalam BFF aku masa universiti selamat melahirkan seorang baby girl yang sulung. Pada jam 1.40 pagi. Hampir setahun jugak penantian beliau untuk conceive. Dengan keadaan berjauhan dengan suami dan keluarga tapi dia tetap tabah. Selalu mintak pandangan aku. Sharing is caring kan. Nama pun BFF. Ketawa bersama. Menangis pun bersama. Hehehe. Sila nyanyi versi sendiri okeh.

Ok. Berbalik pada tajuk entry tu. Lumrah manusia kan. Dulu aku pun pernah taip ayat yang sama dalam blog ini jugak.

Bila dah keje, tanya bila nak kahwin.
Bila dah kawin, tanya bila nak mengandung.
Bila dah ada anak seorang, tanya bila nak tambah lagi.

Takkan dapat lari dari soalan-soalan camni kan. Tapi apa cara nak jawab. Ignore it. Dulu aku menjawab dengan pedas masa belum ada Yaya "Banyak lagi pulau kami tak jajah makcik"  

Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak soalan. "Bila Boboiboy nak kuar pulak. Yaya dah ada ni" Hadoi!! Penat mak nak jawab nok. Agaknya dah kuar Boboiboy dimintak nya pulak Gopal, Chin kan. Iye. Setahun ini saya merancang. Sebab saya bersalin c-sec. Saya risau luka jahitan. Dan pada masa yang sama. Saya nak Yaya dapat perhatian penuh. Walau sekarang selalu kena marah sebab lasak. Bukan buas ye. Lasak. Uhuhu. Tapi lasak itu yang kami selalu rindukan.

Oh ye. Bulan ni last dah aku ambik Regivedon. Apa tu? Pil perancang okeh. Dah mintak nasihat nurse dan nurse pun dah setuju. Mr Daddy pun dah lama bagi hint. Alasan yang sama Yaya nak adik. tapi Mr Daddy tak memaksa. Mungkin niatnya nak tambah zuriat. Tapi pada masa yang sama risaukan luka lama.

Selalu sangat Mr Daddy hint. "Mummy, tengok Yaya ni. Hisap ibu jari kaki. Maknanya ape ye??" Jawapan aku. Jelir lidah jelah. Hahaha. Buat-buat tak paham. Gelak-gelak lah cinta hati aku tu. Sabar ye abang. Ada rezeki untuk kita In Sha Allah.

Paling best hint dia. Aku boleh kategorikan hint tahap paling tensenlah adalah time kelmarin.

Situasinya adalah dia mendukung Yaya lepas balik dari rumah Mama Nor. Pastu aku di belakang dengan bawak barang. Tiba-tiba Mr Daddy cakap "Ya, Kalo Yaya taknak hisap ibu jari kaki Yaya biar Daddy hisaplah" sambil jeling aku tuh! hahaha. Aku pun jawab "Bukan Yaya nak adik tu. Daddy kan nak adik. Nanti Mummy call NekMa suruh NekMa bagi adik kat Daddy ek?" Gelak gila dia wei. Amik ko. Masuk rumah pun gelak lagi. Itulah penawar hati saya. Mak, Mr Daddy dan Yaya. Orang yang aku kasih. Dunia akhirat.

Kasih seorang ayah.

Cinta hati saya.

1 comment:

Unknown said...

jam yaya da pandai ape skg nie ? da berjalan ker ? makin ligat la mummy die nk kejar silap2 kurus kejar yaya jer