besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 17, 2013

Rainbow cake @ father's day.

Selamat hari Bapa untuk semua bapa-bapa di Malaysia terutama untuk ayah saya Encik Mat Sani Bin Tahir. Semoga ayah terus dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Walau kita tidak bersama tapi doa saya untuk ayah akan terus mengiringi kehidupan seharian ayah.

Inilah ayah saya. Saya sayang ayah.
Selamat hari bapa juga kepada abang saya, Along. Semoga terus jadi abah yang baik untuk Airil dan anak-anak sedara akan datang. Al-Fatihah jugak untuk arwah Angah. Tak sempat meraikan hari bapa kerana pemergiannya adalah ketika Amsyar baru berusia 2 bulan.






Inilah abang long (abang ipar Kak ngah) atau Amsyar panggil Papa. Tempat Amsyar meneguk kasih sayang seorang ayah. Terima kasih abang long. Menjadi ayah yang baik untuk Amsyar. kami sendiri tidak mampu menjaga Amsyar macam Abang Long jaga. Tak terbalas rasanya.

Paling istimewa mestilah cinta hati saya. Mr Daddy. Terima kasih Abang kerana menjadi ayah yang baik untuk Yaya. Sedari Yaya dari dalam perut sehingga sekarang Daddy manjakan Yaya. Menatang Yaya bagai minyak yang penuh. Sehingga ada yang cakap Yaya anak manja Daddy. Yess. Itu diakui. Yaya memang manja ngan Daddy. Yaya is daddy's girl.





Sempena dengan itu, aku nekad nak buat something untuk Mr Daddy untuk appreciate beliau. Kebetulan My BFF nak datang rumah. Aku mintak dia ajarkan buat rainbow cake. Alhamdulillah berjaya jugak. Sabtu malam diorang tido rumah aku. Jam 10 malam start sehingga 2 pagi baru siap okeh. Walaweh!. Mr Daddy dah tido pun. Dia tak tau pun aku nak buat sempena hari bapa.

Inilah hasilnya.

Bangun pagi Daddy buat-buat surprisinglah konon. Padahal dia jugak yang membeli barang. Alhamdulillah dia suka. Tadi sehingga ke potongan akhir dia cakap "Nanti buat lagi ye".. In Sha Allah abang. Everything for him.


3 comments:

norakma samsuddin said...

jam cantik kek tu nmpka sodap ... pandai ko buat ;o)

norakma samsuddin said...

jam nampak sedap n cantik kek tu pandai ko buat t bley la bgi resepi heeeeeee ...;o)

joeayu said...

Hehehe. Nanti aku share resepi ye.