Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 5, 2013

Sambutan Besday Yaya~~ PT 3

Hah. Amik ko. Part 3 giteeww.. Nak abiskan jugak. Ada banyak entry lagi nih. Takut lupa terus jadi draft dalam otak. Hehehe..

Ni gambar keluarga sebelah aku. Oooppss. Kakngah, Amsyar dan Ayah takde dalam ni. Sebab Ayah a.k.a Toki Yaya is the busy man. ahuk ahuk. Kakngah tak dapat datang sebab menghadiri kenduri kat kampung dia. Next time pulaklah kita berkumpul bersama-sama..

Jom kita tengok camne reaksi Mak aku a.k.a Onni Yaya masa dapat hadiah. Menangis beb. Mungkin dia ingat kita lupa pada dia. Hehehe.


Tengok tu. Dia kesat air mata. Nape mak nampak selebet?? Dah petang ni. Mak tukar baju lah untuk kemas-kemas barang. Mak menangis sebab terharu lama dah dia nak smartphone. Akhirnya dapat jugak. Hehehe. Sekarang dah aktif berFB dan ber wechat bagai... Syabas Mak. Paling mak gembira. Bila kami serahkan geran umah yang mak duduk sekarang. Means, kami dah setelkan rumah tu menjadi hak Mak bukan hak perbadanan. Alhamdulillah. Rezeki Mak. Seronok tengok Mak gembira. Walau tak mampu mewahkan mak. Tapi Mak cakap Mak sejuk perut dapat anak-anak yang mampu buat dia tersenyum. We love u mak.

Oh ye. Selain smartphone dan geran rumah. Mak jugak dapat kain pasang untuk raya dari kami. aku dah bagi masa mula-mula samapi. Aku belikan untuk Mak, Ma (MIL) dan Mokshu. Pastu dalam kotak tu KakSha dan Along yang bagi. Semoga mak nampak anggun di pagi raya.

Ni chef bersama yang masak pada hari tu. Tok Sah Yaya. Orang kuat sepanjang majlis ni berjalan. Terima kasih sangat Mok Sah.

Antara hadiah yang Yaya dapat. Ada yang dah bagi in-advance. Ada yang bagi selepas. Apa-apa pun terima kasih sangat pada yang sudi memberi Yaya hadiah. Dan memberi duit sedekah pada Yaya. Kami hargai. Semoga kalian terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Amiiin~~ Duit tu boleh masuk bank. Yaya dapat banyak dress, bear dan toys. Seronok sangat Yaya. Daddy takyah beli baju dah untuk 2 3 bulan ni. Concentrate utntuk raya je. Syukur Alhamdulillah....




No comments: