besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 5, 2013

Sambutan besday Yaya~~ PT 2

Hamboi. siap ada part-part lagi. Ko ingat ko retis ke nak part bagai. Uhuhu. Maaf ye.. Saya menulis ikut mood. Cuba habiskan part-part yang ada. Hehehehe~~

Menu pada hari tu kami buat Nasi Ayam, roti jala dan kari ayam. Maaf. Gambo takde untuk makanan. Semua dah kelam kabut bila anak dara sorang tu terlajak tido. Dah lari masa untuk acara potong kek. Selain tu, ada jugak puding roti dan puding marble yang disponsored oleh Ciklong Yaya. Apam polka dot yang aku tempah.Chupa chup untuk tetamu kanak-kanak.

Alhamdulillah makanan cukup untuk tetamu. Untuk dibungkus. Ngam coi. Aku jangka 100 undangan. Asalnya nak jemput sedara mara jiran terdekat. Tapi Alhamdulillah ramai yang datang. Mana taknya, bertembung dengan banyak majlis perkahwinan. Jom layan gambar2 yang ada.




Yaya bersama pakcik makcik nya. Maaflah kalo gambonye tempat yang sama je. Sebab aku dah sibuk sangat masa tu layan tetamu yang hadir. Ini je ada dalam kamera Daddy. Yaya bersama Nekma takde. Sebab Nekma terpaksa balik awal. Ada kenduri lain pulak kat kampung Daddy. 

Yaya bersama Mama Sal dan PapaChik.
Inilah Tok saya. Moyang Yaya. Onni Yaya yang pakai dot dot tu.
Ok. Untu part seterusnya nak cite pasal kejutan untuk Mak.


No comments: