besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 6, 2013

Musim kenduri.

Sempena cuti sekolah ni ramai pulak kawan-kawan melangsungkan majlis perkahwinan. Masa 25 Mei aku tak balik so tak dapat attemd lah kenduri kawan universiti. Masa 1 Jun ada kawan sekolah aku buat resepsi belah lelaki pun aku tak dapat nak hadir. Sebab majlis besday Yaya tak putus-putus orang sampai ke petang. Maaflah pada kawan-kawan yang aku tak dapat hadir.

2 Jun aku berkesempatan ke majlis perkahwinan kawan sekolah aku. Kebetulan sekampung dengan Mr Daddy. Dah diundang oleh tuan badan. Campur pulak mak pengantin menjemput. Takkan tak pergi kot. Lagipun jalan kaki pun dah sampai.

Inilah pengantinnya. Nik Fatiha kawan sekolah aku.

Hoh. Abaikan makcik bertudung kuning itu okeh. Fokuskan pada pengantin sahaja. Yang tudung hijau tu coming soon. In sha Allah bulan 11 katenye. Seriusly, lauk kenduri tu sedap sangat. Walau simple. Gulai daging, sambal belacan dan ikan masin. Perghh.. Memang tak cukuplah. Tapii masa aku datang pengantin lelaki dah datang. Ramai pulak rombongan lelaki tengah beratur. Segan pulak aku nak menambah. Terasa sampai sekarang lauk nya.

Apa-apa pun semoga Atie berbahagia bersama suami tersayang hingga ke Jannah. Bertabah hadapi dugaan dan rintangan. Ok dear~~

No comments: