Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 28, 2014

Photographer tak bertauliah!

2 minggu sudah aku tinggalkan blog ni. Serius rindu. Tapi sebab kena outstesen. Tak dapat nak update apa-apa sebab sibuk sangat. Minggu lepas aku diarahkan untuk kerja luar. Luar sangat. Boleh balik kampung siap kan?? Hehehe. KEna kerja kat kawsan perindustrian Gebeng. So, berulang dari umah je. Sambil menyelam minum air. Boleh duduk rumah lama-lama sikit. Yaya pun puaslah spend masa dengan Mokshu dan Onni dia. Cuma kena berpisah sekejap dengan Mr Daddy. Sob Sob sedih. Mr daddy punya tak sanggup 3 hari je mampu berjauhan menggelabah nak balik Kuantan dah. hehehe..

Nak story pasal majlis pertunangan makcik aku. Adik mak aku, sama ayah, lain mak. Paham?? hehe. Aku panggil Mak Achik je. Actually, makcik aku janda beranak dua. Janda muda okeh. Hehehe. Vogue lagi makcik aku. So, asalnya memang plan aku nak ambik gambar masa majlis tu. Tapi taklah officialy appointed. Just untuk simpanan aku. Sekali Achik whats App aku lantik aku jadi official photographer

Tak ke terkejut ko. Dahlah tak banyak pengalaman. Sekadar amik gambar sendiri-sendiri. So, untuk tak menghampakan mak achik aku. Eden torai jugaklah. Dibantu Mr daddy yang lebih arif dengan DSLR dia. Nak setting apa pun aku tak reti. Kahkah... Sila jangan lantik saya ye.

Inilah makcik aku. Cantik kan mekap dia..

Hasil yang diri aku sendiri suka. kehkeh. Sebab auto-setting.


Acara sarungkan cincin pertunangan .

Inilah tunangan nya. Uncle Alias. wah. uncle gitu. Kelakar orangnya. Mak panggil dia DJ dave. kuikui..

Try ber outdoor pulak. Hehehe. Sesaje suke-suke. Nak tengok makcik aku happy.

I loike this pic. Nampak real kan. Sila setuju dengan saya.

Love this pic also. Serius. Puas hati dengan hasil kerja sendiri walau tak seberapa... 
Rasa macam nak amik kursus untuk photgraphy jer... Ada masa ke aku nak attend kursus gitu.
Kursus menjahit tak lepas-lepas lagi. Banyak kali dah Mr Daddy perli-perli aku...

Apa-apa pun Selamat bertunang achik. Semoga tabah menghadapi hari mendatang. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Dan terus bercinta dengan cinta halal bagi mu. Lebiu Achik..

Monday, April 14, 2014

Steamboat di rumah

Pulun betul-betul ari ni. hehehe. Minggu ni kena outsation. nasib baik kat Gebeng. Dekat sikit balik kampung. Terima kasih bos. Bagi saya peluang balik kampung tanpa apply cuti. Bekerja sambil bekerja. Ni nak share kejadian semalam..

Kami bersteamboat di rumah sahaja. Jimaaattt. hehehehe. Beli bahan-bahan di tesco Nilai. Balik rumah masak tomyam. Buat sos steamboat ala johnys. Perghhh. Memang terbaikk.. Modal tak abis RM50  makan sampai pecah perut.


Tengok. Meriah kan. Sume homemade. Alahmdulillah. Seronok tengok daddy dengan Fatin beria makan.. Takde multicooker. Paki slow cooker asalnya. Slow sangat. LAst2 masuk rice cooker. Hehehehe...

Sos steamboat Ala johny ni memang terbaik. Sedap. Aku lebihkan cili. Perghhh.....

Bersungguh betul Daddy makan... 

 
Aku jugak bakar separuh ayam. Yang diperap sos bbq dan sos blackpepper. 
pergghh. terangkat lah.
Sampai sekarang kenyang terasa lagi.

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Lepas turun dari Japanese Garden kitorang ke Colmar Tropicale atau dikenali French house.  masuk ni dah 3 kali aku ke sini. Dulu masa lawatan masa Matrikulasi. Second honeymoon. Then bawak Yaya.



Uihhh. Gemuk sunggub aku ngan Mr Daddy. pakai baju tak rasa gemuk. kehkeh... Tengok dalam gambar. Masha Allah... Alhamdulillah. cukup makan? Ke berlebih?? hehehe

 
Pandangan dari atas. kali ni tak dapat merasa makanan di sini. Ramai sangat ahli rombongan. tak mampu nak sponsor. Aku dah siap pack bekal untuk kami berkelah kat lata air terjun Janda Baik.


Uih. jenuh ngejor ke itik putih 2 ekor... Dah boleh snap ngan itil Mr Daddy ngan Yaya tak pandang pulak. itik lagi lawa dari Mummy. Sob sob.... Sedih..

Apak pandang amak. Amak pandang kamera. Anakkk??? Itik tetap di hati Yaya.. Grrr....

Sempat snap yang ni je. Anak tak puas tengok itik lagi.. Itik oh itik....

Bergambar sebelum balik. Perut dah berkeroncong. Nak pergi lata air terjun pulak. Lapar yang amat. Gambar kat Janda baik tak sempat snap. Kelaparan sgt.

Jalan-jalan di Japanese House Bukit Tinggi

Cewaah. tadi dah teaser. Ni cerita betul. Kot boleh jadi rujukan orang lain kan. Hehehe... Weekend baru-baru ni. Mak aku ke Sabah. So, diorang singgah rumah aku dulu nak naik flight hari Sabtu di LCCT. Syok mak dapat berjalan. Aku tak sampai lagi ke sana. Ekceli. Mak pergi dengan Along dan keluarga Kak Sha.Adik aku Fatin tak dapat pergi sebab minggu exam. tapi dia ikut jugak Mak datang Bangi. So, aku boleh bawak dia jalan-jalan.

Plan nak ke Bukit Tinggi ni dah lama sebenarnya.. Since masa celebrate anniversary baru-baru ni. tapi sebab kekangan kerja Daddy,. postpone. So, masa nielah waktunya walaupun tak check in kat mana-mana hotel. Tapi sesaje nak flashback kenangan honeymoon masa mula-mula kawin dulu.

So, memang plan nak ke sini. bersama Yaya. nak cite kat Yaya Mummy daddy dulu datang honeymoon kat sini. Hehehe. now dah 5 tahun...



Harus ada buah hati pengarang jantung kami nih. Aksi dia mencuit hati foreigner yang ada kat situ. Tengoklah mimik muka dia. Adoi. Kadang-kadang berlari turun bukit kat situ. Kitorang sampai di situ kebetulan hujan. So, kena tunggu bawah bumbung kedai. Sementara tunggu kitorang membeli dulu di gerai makanan jepun.

Gerai ni jual makanan jepun. yang aku tahu takoyaki je. Yang lain nama jepun aku tak paham. Tapi ada nampak ebi tempura goreng. Sushi.

Bila hujan rintik-rintik. Kami mulakan perjalanan. Silap sebab lalu ikut bukit sebelah kiri dulu. Takde apa pun nak dilihat. Berpeluh jugak nak sampai walau cuaca sejuk.

Oh perasan tak Yaya bergambar dengan budak lelaki tu.tu anak orang Nepal. Diorang sekeluarga berjalan. nampak Yaya tersengih-sengih posing. Kagum sangat sampai suruh anak dia duk seblah Yaya untuk bergambar. Anak dara ni bukan tau takut pun. Adess...

Ni lokasi kat rumah Jepun. Yang tempat orang pakai kimono tu. kitorang tak pakai. Ramai kot duk situ. Dengan keadaan hujan. Rindu saat pakai dulu.

Miss this moment..

Budak tu cuba nak melepaskan diri. Oh tidakk..

Yaya jumpa boyfriend dalam tu. Sama-sama minat Upin Ipin. Berebut nak tengok. Nasib baik boyfriend ni mengalah. 

Tengok muka boyfriend. terkujat tengok anak dara ni mengilai tetiba. Adoi... 

Cantik kan view ni. Subhanallah. Sejuk je cuaca. 

Lupa nak share tadi. Masuk ke sini kena caj RM12 per person for adult ye. Kanak-kanak RM8.

Beria Mummy tunjuk fish kat Yaya... Budak ni kan suka fish jugak selain Upin ipin.

Bersama ahli rombongan yang lain. My BFF Wan dan kawan dia. Fatin dan Pok shu-to-be.

My happy family. Alhamdulillah.

#throwback Honeymoon Bukit Tinggi (teaser)

Nak teaser dulu sikit. Gambar mula-mula kahwin dan selepas 5 tahun bersama Mr Daddy. Miss the moment.

Alhamdulillah. Selepas 5 tahun. Berubah segalanya. Saiz badan. Saiz keluarga. kematangan. Kebahagiaan. Nikmat allah. Alhamdulillah. Lebih bahagia.



Alhamdulillah. syukur Ya Allah. Dengan kasih sayang selama ini. Terima kasih Allah. kurniakan suami yang baik. Anak yang sihat dan sentiasa bijak. Alhamdulillah. nikmat tak terkata.

Tuesday, April 8, 2014

Burgerbyte di B. B. Bangi

Hujan-hujan ni. Perut terasa lapar pulak. Saje nak throwback makan-makan masa Mak ada minggu lepas. Kami sekeluarga kan minat abang jijang. Pastu dapat tahu pulak dari pegawai zizang bukak kedai burger kat Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Apa lagi. Adik aku si Fatin sampai Isnin malam. Selasa aku cuti uruskan hal roadtax dengan lesen siang nya. Petang terus ke situ bawak keluarga.

Sebelum nak pergi tu harus review dulu kan. Dapat tahu pulak jam 5 petang sampai 7 malam ada air free. Gile ko taknak air free. LEpas solat asar terus keluar rumah. tak segan dengan jiran sebelah rumah tu. Dahlah tak pergi kerja. Muka bangga je berlegar-legar kawasan kuarters. Takpe. Dah apply cuti.

Cewwah.. Bukti makan kat sini. Ingat nak sorok dalam beg dah. Nak tengok abang jijang.

 Untuk pilihan air percuma sila tengok bahagian regular sahaja. SUMPAH FREE. 
tapi jam 5 petang hingga 7 malam sahaja.

Mix Combo. Pilihan Mr Daddy. 

Aku punya Jalapeno cheese burger. 
Yang mak punya chicken cheese. mak takut nak mencuba yang lain.
Fatin punya Nachos cheese burger. 
Gambar burger Mak dan Fatin aku tak snap sebab sama je rupa nya. Rasa kot berbeza.

As usual. Anak dara ni harus order Carbonara spageti for kids.
Air aku order Sirap bandung Ice Lemon Tea je.
Yang penting free. Hehehe.

Next. Nak try Joe's Kitchen pulak. Sejak bila Daddy ada kitchen ni. Tak cakp pun. hehehe. lokasi nya adalah sebelah burgerbyte.

Thursday, April 3, 2014

The Grato Seksyen 3

Saya bermood sedih sekarang. Mak dah balik Kuantan semula. Sob sob. yaya pun sedih. meraung-raung nak ikut Mokshu dia. Hehehe.

Tapi nak throwback jugak. minggu lepas bawak mak pergi makan di The Grato. Aku tahu pasal kedai ni pun masa sembang-sembang dengan pegawai. Aku tahu kedai ni pernah masuk JJCM TV3. Pernah dulu mencari kedai ni tapi kawasan pencarian sangat sempit. Hahaha..

So, balik kerja. Aku ajak Mr daddy ke sana. Mak ok je. Tapi aku memang tak upload dalam FB. Nanti adik saya tu merajuk. Seab tak ajak dia. Tak tunggu dia. Tapi nafsu kakak dah melonjak-lonjak. nak pergi cuba jugak.

Lokasinya adalah di Seksyen 3. Nampak Petronas pump station. kalo dari Jalan Dengkil amik ke kanan. Jalan terus je. Abaikan shoplot yang ada di kanan anda. Jalan terus lagi. Sampai nampak masjid belah kanan. Kedainya belah kiri. Boleh pilih nak makan kat dalam kedai atau outdoor. So aku memilih outdoor. Senang Yaya nak jerit kuat-kuat.

Ni view dari luar.

Menu-menu yang ada. Harga sangat berpatutan dengan portion. Saya suke. 

Lamb chop with pasta. pilihan Mr Daddy

Chicken Chop with pasta pilihan Onni

Chicken carbonara untuk Yaya.. Pebret Yaya. orang meja sebelah pun kagum tengok Yaya makan. Slurrppp... duk sedut pasta tu. kehkeh....

Spicy Italian Lamb pasta aku punye. I loike kambing. kehkeh...

Overall. SEDAP! BERBALOI! Recomended. Kenalah selera aku. Hehehe. Selera orang lain aku tak tau. Nanti nak pergi lagi. In sha Allah. Cubalah korang. Sedap!!