Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 28, 2014

Photographer tak bertauliah!

2 minggu sudah aku tinggalkan blog ni. Serius rindu. Tapi sebab kena outstesen. Tak dapat nak update apa-apa sebab sibuk sangat. Minggu lepas aku diarahkan untuk kerja luar. Luar sangat. Boleh balik kampung siap kan?? Hehehe. KEna kerja kat kawsan perindustrian Gebeng. So, berulang dari umah je. Sambil menyelam minum air. Boleh duduk rumah lama-lama sikit. Yaya pun puaslah spend masa dengan Mokshu dan Onni dia. Cuma kena berpisah sekejap dengan Mr Daddy. Sob Sob sedih. Mr daddy punya tak sanggup 3 hari je mampu berjauhan menggelabah nak balik Kuantan dah. hehehe..

Nak story pasal majlis pertunangan makcik aku. Adik mak aku, sama ayah, lain mak. Paham?? hehe. Aku panggil Mak Achik je. Actually, makcik aku janda beranak dua. Janda muda okeh. Hehehe. Vogue lagi makcik aku. So, asalnya memang plan aku nak ambik gambar masa majlis tu. Tapi taklah officialy appointed. Just untuk simpanan aku. Sekali Achik whats App aku lantik aku jadi official photographer

Tak ke terkejut ko. Dahlah tak banyak pengalaman. Sekadar amik gambar sendiri-sendiri. So, untuk tak menghampakan mak achik aku. Eden torai jugaklah. Dibantu Mr daddy yang lebih arif dengan DSLR dia. Nak setting apa pun aku tak reti. Kahkah... Sila jangan lantik saya ye.

Inilah makcik aku. Cantik kan mekap dia..

Hasil yang diri aku sendiri suka. kehkeh. Sebab auto-setting.


Acara sarungkan cincin pertunangan .

Inilah tunangan nya. Uncle Alias. wah. uncle gitu. Kelakar orangnya. Mak panggil dia DJ dave. kuikui..

Try ber outdoor pulak. Hehehe. Sesaje suke-suke. Nak tengok makcik aku happy.

I loike this pic. Nampak real kan. Sila setuju dengan saya.

Love this pic also. Serius. Puas hati dengan hasil kerja sendiri walau tak seberapa... 
Rasa macam nak amik kursus untuk photgraphy jer... Ada masa ke aku nak attend kursus gitu.
Kursus menjahit tak lepas-lepas lagi. Banyak kali dah Mr Daddy perli-perli aku...

Apa-apa pun Selamat bertunang achik. Semoga tabah menghadapi hari mendatang. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Dan terus bercinta dengan cinta halal bagi mu. Lebiu Achik..

No comments: