Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, April 2, 2014

Cendol Bakar Dengkil

Cerita seminggu lepas. Baru nak update. Minggu lepas mak sampai Isnin petang. BAwak mak balik rumah untuk solat asar dulu. Aku pun masuk opis sekejap. Oh. Aku keluar dengan kebenaran. Lepas punch out. Aku balik solat. Pakcik aku dah Whats App tanya jadi tak. ekceli dia nak belanja kitorang makan cendol lepas dia upload location dia dalam Whats App group family. Aku pun apa lagi. Bodeklah mintak belanja. Jahat kan?

Sebenarnya gerai ni dekat je dengan rumah kuarters aku duduk ni. 10 minit je kot. Sesampai kat sana. Pakcik aku takde lagi. Rupa-rupanya dia punya tempat kerja bertentangan kedai tu je. Dia dalam projek gas piping kat area tu.


Ni kat kaunter dia. Aku malas nak meraban amik gambor kat lain. hehehe. Syok sembang ngan Pakcik aku.
 Ni yang kami order. Cendol durian + pulut. Cendol pulut. Cendol biasa.


Ni cendol durian + pulut aku punye. Sedap. Tapi kan best kalo durian tu letak seulas. Hehehe. ni krim-krim durian je dapat rasa... 


Ni set cucur aku order. RM5 untuk saiz ini. Bolehlah nak buat kudap-kudap.... Hehehe. Pakcik aku belanja semua ni. Alhamdulillah.. Semoga pakcik saya dilimpahkan rezeki Allah... Amiiinn~~

Oh ye. Lokasi kedai ni adalah tepi jalan di Dengkil. Cyberjaya-KLIA. Kalo dari Bangi nak nak ke sini melalui Jalan Dengkil straight sampai jumpa simpang 4 ke KLIA, BAnting dan Cyberjaya. Amik ke KLIA. Depan sikit je kedai tu.

No comments: