besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 27, 2014

Steamboat+Grill di Seoul Garden The Mines

Lepas je mandi-manda di Desa Waterpark. perut harus lapar. tapi memang sengaja kosongkan perut walaupun dialas dengan nasi goreng dalam Desa waterpark. keluar dari Waterpark dah jam 3.30 petang. Masuk highway. Terus cari surau. Belum solat Zohor. Anak dara dah tertido tak hengat dalam kete. Muka dah gelap. Hahaha.

Menuju ke The Mines di Serdang. Aku lah beria mengajak Daddy ke sana. Nak sangat makan. Ada pegawai kat sini suggest. Dia tahu aku suka makan banyak. hehehe. daddy setuju je.. Dah masuk tu buat payment. RM108 untuk dua orang. Tak pasti aku Dinner buffet ke lunch buffet ni. Hehehe. Dinner kot ek. Perut memang lapar gile. Kaw kaw aku pulun.


Sementara tunggu benda dalam ni masak dan Mr Daddy pegi ulang alik ambik segala bagai ni. Yelah kena bergilir-gilir. Si anak dara tak boleh tinggal. nanti dia grill tangan dia plak. Aku pekena mende alah ni.

 
3 kali aku angkut sushi mushi ni. Lagi angkut lagi banyak dia tambah pilihan. Suke-suke. Awal-awal je aku rajin snap gambar. Selebihnya lapar sangat. Malas nak bukak phone snap gambar. Mr daddy sangat puas hati.


Tengok budak ni. Kusyuk makan. Duk ulang tembikai, tauhu telur, aiskrim. 3 benda ni je sedap bagi dia. Tapi makan banyak. Berbaloi bawak budak ni makan steamboat. Sebab umur dia tak caj. hehehehe....

Aku pulak duk ulang angkut mende ni. Tak tahu nama apa. Sedap. berebut dengan Mr daddy.

Ok. Part ni aku jeles. Masing-masing dah kenyang. diorang bergurau senda feeling romantik sambil gelak-gelak. Mak jeles hokeh. Daddy. mummy nak jugak gurau gitu. hahahaha.... Lebiulah Mr daddy dan Dhiya Nashira Aalya. Dan Puan Zaleha. Jantung hati saya. Thanx Daddy belanja kami on that day.... Next time belanja kami lagi. Ya Allah. Limpahkan rezeki yang baik kepada suamiku. Dan berikan kesihatn yang baik. Amiiinnn~~~

 

No comments: