besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 4, 2014

Yaya dan telekung



Assalamualikum. Saya Ustazah-to-be Aalya(in sha Allah.. Amiinn) . Hehehe. Setelah lama mencari telekung untuk anak dara ni. HAri tu dah survey kat kompleks PKNS. Ada untuk saiz budak tapi bila Yaya pakai tersangatlah besar. Mummy tak putus asa cari lagi. untuk anakanda tercinta..

Sebab bila Daddy nak solat je Yaya mesti berebut kopiah dengan Daddy. yang mana Daddy nak pakai yang tuelah dia nak. Adoi.. Mula tu Daddy suruh aku jahit je. Adoi.... Tak pandai dan tak sempat. Boleh bagi jawapan gitu...

Lastly, ada kawan share kat FB. Telekung dia comel-comel. Semua untuk kanak-kanak. Aku pun apa lagi booking satulah. Yang Yaya pakai ni untuk saiz 1-3y. Ada banayak pilihan warna dan saiz lagi. Serius comel. Dan harga nya sangat berptutan. RM45. Kalo berminat bolehlah ke FB Ayuni Collections . Promote nampak. Takpe. Support bisnes orang kite.

Semalam dah dapat tu ajak Yaya solat Asar dan Maghrib. alhamdulillah. Betambah excited dia nak teman mummy sembahyang. "ammii.. nak ayyang....". Bising je mulut dia. 


Tu dia. Mummy belum start lagi dia dah terkumat kamit mulut. Baca ape ntah. hehehe.. Semoga ini adalah permulaan yang baik untuk mu wahai anak. Ya Allah. Letakkan anak ku ini sentiasa di landasan yang benar. Aminnn~~~

No comments: