Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 13, 2014

Dim sum halal di Mohd Chan Abdullah

Since minggu lepas mulut dan perut aku ni craving sangat kat dimsum. Tengok pulak Mak Awe dengan Jebat (drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta) tu duk buat benda tu nak pujuk MAstura. Membuak-buaklah keinginan aku. Nak ajak Mr Daddy macam asik sibuk je. Tapi lately aku rasa macam lemah sangat badan. Cuaca agaknya. Minum air masak pun dah bergelen-gelen.

Pastu sampai ke hari ni. Mr Daddy ada kerja luar. Lunch hour call aku. Ingat ajak balik rumah suruh masak-masak. sekali tanya "Tengahari nak makan mana?". Si bini buat-buat tak paham. blur-blur je tanya kenapa?? kehkeh....

"Nak makan dimsum tak???" Gila nak tolak. Mestilah nak... Yess.. Akhirnya. Mr daddy ambik kat opis. Terus ke restoran Mohd Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi. Tak snap gambar pulak. Sebab kedudukan parking kereta tak strategik plus jerebu yang sangat teruk.

Pastu duduk. order. Ramai orang tengahri tadi. Mata duk kat steamer dimsum je. Hahahaha.

 Order 2 jenis dimsum Ayam (yg ada biji merah kat atas tu) dan cendawan.

Mr Daddy suruh order lagi tapi time tu aku rasa macam tak sedap tekak sangat time tu..... Next time pulak lah oreder bebanyak. Nak hadap yang tu je. Masa makan tu terngiang-ngiang suara Kang Gary "mandu...mandu...mandu..." Hahaha.


Aku order jus kedondong asam boi. Mr daddy air teh bunga.

Nasi itik Mr daddy. Sedap jugak nasi. Tapi sikit. hahahaha

Aku order Mee Wantan Ayam panggang. Sedap jugak. Sedap untuk tekak yang tak bape nak sihat ni. Hehehe.Next time nak datang lagi nak try Dim Sum lagi dan Shark Fin soup.

Ini kalo Yaya tahu mak bapak dia dating tak bawak dia mesti hangin satu badan. kena bawak dia jugak next time. Mestidia suka dim sum tu. Dont worry dim sum tu halal.

No comments: