Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 29, 2011

Lama dah tak berblog....

Assalamualailum dan selamat pagi sumee.. Fuh. Dah lama tak berblog. minggu lepas dah takde mood sangat nak berblog. Badan rasa sakit2 sangat. Tapi masih nak bertahan taknak ambik cuti. nak jimat cuti jugak.. Last2 Mr. J ambik cuti datang ke Bangi. Mr J cuti Khamis samapi Jumaat cadangya. Tapi Ahad tu aku tiba2 sakit bawah ari2. sakit yang sanagt2. Aku tengah berdiri pun leh terduduk. Terasa macam ada benda ditarik3 mengejut dalam perut. Mr. J pun tak jadi balik Kuantan malam tu. terpaksa burn tiket. Semalam, Isnin pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra. Doktor cek air kencing, x-ray bagai. Dia kata takde ape. Everything is normal. Tapi apa penyakit saya? Doktor tu speechless. At last bagi ubat buang angin. Dapat mc sehari. Dia kata kalau berlaku lagi datang lagi jumpa dia.

Lagi best kawan Gagak berantai saya, Muye (nama sebenar Ros Azian)datang semalam. Tumpang tido kat umah kejap pastu terus hantar Muye ngan kawan dia, Sya ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Diorang ada kursus kat sana. Petang tu, Mr. J pulak balik ke Kuantan. Walaupun berat hati nak tinggal. Tapi terpaksalah. Minggu ni balik Kuantan pulak. Sebab anak2 didik ku menanti di sana. Dan paling penting adik aku, Fatin nak belanja makan sebab dapat gaji first. Best2. Makan sate lagi tuh...

Tuesday, March 22, 2011

Sejak dua menjak...

Assalamualaikum... Selamat tengahari. Sejak dua menjak ni badan aku asik sakit2 je. BAdan terasa penat sangat. Sampai nak taip blog pun dah tak rasa.. Sejak minggu lepas mata aku asik mengantuk je. Tengah run alat pun rasa nak tido je.. Nape ek?

Friday, March 18, 2011

Tahniah Kak Maz & Abang Hafiz

Selamat petang semua, entry last untuk petang dan minggu ni. Pagi tadi tengah duk wat kerja, dapat sms dari Kak Nor. Bagitau Kak Maz dah bersalin. kak Maz ni Pegawai Penyelidik kat tempat aku kerja. Dah lam menanti kelahiran cahaya mata pertama. Aku tahu perasaanh beliau. Pelbagai usaha dijalankan untuk dapatkan cahaya mata. Kadang2 tu aku rasa sangat geram dengan orang2 yang buang bayi tu. Orang yang nak anak bukan main lagi usahakan, yang senang2 dapat senang2 jugak dibuang. Kalau taknak bagi kat kitorang nih.. Apa2 pun she is my idol. Aku tetiba jadi excited nak usahakn macam beliau usahakan untuk dapatkan baby. Doakan kami eh...

Kak Maz selamat lahirkan baby boy yang beratnya 3.2 kg di Hospital An Nur Bandar Baru Bangi. Yang kelakarnya, mula2 kitorang sampai hospital tadi, keluar je dari lif tingkat 2. Kami terus nampak bilik baby. Mula2 Abang Hafiz dah cakap baby ada dalam bilik baby. So, adalah satu bed baby tu sorang2 je duk tido. Kitorang sangat excited tengok. Ada jugak terpikir betul ke baby ni.

Cek jugak nama ibu pada bed tu, aku ni kan rabunlah jugak. Tapi nampaklah ada 2 perkataan. Nama Kak Maz pun 2 patah perkataan. Sangat confident tu adalah anak beliau. nurse pun tengok wat tak tau jelah. Aku pun ada terpikir babyni ikut muka sape eh? Mungkin Kak Maz kot. Pas2 dah puas membelek2 baby tu, kitorang pun pergilah masuk konon2nya nak jumpa Kak Maz. Ternampaklah Abang Hafiz ni kat tingkap. Kitorang pun pergi. Nampak Kak Maz duduk macam menyusukan baby. Eh, baby sape pulak. Tadi baby sape pulak? Aduss.. Pas2 try jenguk2 jugak Kak Maz buat apa. Sah! Baby tadi bukan anak Kak Maz. Hahaha.. Malu pulak dengan nurse2 kat situ.

Apa2 pun tahniah untuk Kak Maz dan Abang Hafez. Untuk Baby yang bernama Muaz Husaini yang sangat comel, gebu macam abahnya. Doakan cik Ijam ye...

Cikgu shida (youtube) di Hot FM.

Morning.. Pagi tadi ondeway pergi kerja as usual pasang Hot FM. radio pebret ku. Mula2 dah tergelak gila dengar Azad Jasmin kena panggilan hangit. Dia macam tak sedar ataupun tak tau panggilan hangit tu apa. Sangat kesian. Pastu, dengar pulak topik Hot Chat pagi ni, CIKGU SHIDA (youtube) menjadi jemputan. Sape Cikgu Shida ni? Cikgu Shida ni berasal dari Perak, seorang guru, aku dapat rasakan dia ni sangat happy go lucky dan sangat berani. Dia adalah penyanyi miming terkenal di youtube. Aku rasa bukan Malaysia je yang tonton dia. Oversea pun ada. Aku taklah selalu bukak youtube atau tengok sangat video Cikgu shida ni.Pernahlah tengok video lagu wakaka dengan lagu stacy. Tapi tak tengok habislah. Tiba2 rasa malu pulak nak tengok. Sape yang tengok mungkin paham kot. uhuhu..

Yang menariknya apa aku dengar tadi, FBI kata rating lagu miming Cikgu Shida Yang paling tinggi adalah lagu Kalau Berpacaran (Ana Raffali dan Mior Hassan nyanyi tu). 8 ratus ribu somethinglah. Tinggi gak tu. Kan? Aku pun tak tau sangat sape paling tinggi ratingnya.. Hebat jugak Cikgu Shida ni. Tapi dia sangat kool dan berani. Bukan semua orang boleh buat macam dia buat. Peminat pun ramai. yang aku sempat dengar tadi ada caller tanya masa bila Cikgu Shida ni buat rakaman video dengan edit2 semua tu. Sedangkan tugas guru kan sangatlah sibuknya. Macam2 kena buat kan. Beliau jawab hanya ambik masa SEHARI je untuk buat rakaman dengan edit2 apa bagai dan malam tu terus upload. Kagum tak??

Hari ni, beliau dijemput khas oleh HOT FM untuk berentap buat video lagu bersama WAK AG. Tapi sayang aku tak dapat tengok. Takkan nak balik rumah pulak time kerja kan semata2 nak tengok. Uhuhu.. So, kita tunggu di youtube. Teringin jugak nak tengok...

Thursday, March 17, 2011

Merepek....

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Dah lama tak memblog.. Aku agak sibuk. Semalam boleh rest sikit. Tapi pagi jelah. Petang dah ada keje. Hari ni ada keje lagi. Aku dah tak daya nak pakai baju kurung. Semalam kotor baju kena chemical walaupun pakai lab coat.

Sejak 2 menjak ni asik sakit badan je. Baru je berangan2 nak jadi manusia paling bz kat opis ni. Nak jadi wanita yang bekerjayalah kononya. Tapi diuji dengan tak sihat. Semua tu kuasa Allah. Betul tak? So, as usualhari ni still ada keje. Rasa nak tengok movie pun ada. Tapi petang sikitlah. Kasi siap kerja.

Pagi tadi bangun nak pergi keje cam malas2 je. Bekal pun tak sempat masak tadi. Sempat amik donut yang dibuat semalam. Ingatkan pagi ni nak goreng lagi nak share ngan ofismate. Tapi tak larat sangat. Esoklah bawak untuk diorang.Nasib baik donut ni boleh difrozenkan. uhuhu... Taip entry pun tertangguh. Kerja pun tak memerlukan komputer. Inilah jadinya. Kerja tak mengadap komputer. Mengadap radas, alat, bahan kimia2 semua.

Monday, March 14, 2011

Cerita hujung minggu...

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Dah lama tak tulis blog. Minggu lepas sibuk sangat. Tapi sempat jugak taip blog, yang mana luahan rasa minggu lepas tu cuma nak lepaskan rasa sedih.. Lupakan jelah ek?? Weekend baru ni giliran Mr. J datang Bangi pulak. Sebab minggu ni tak mengajar di Ilham Pintar.

2 hari berturut-turut, dapur rumah aku tak pernah kering. Pagi masak. Tengahari masak, malam masak lagi. Ahad pun gitu. Uih.. Puas hati. Sampai hari ni bau gas tak hilang lagi kat badan aku. Hehe.. Aku jadi seronokmasak apa2 je untuk Mr. J. Sebab Mr. J ni jenis makan apa je kecuali batu, kayu and PARI. Susah sangat Mr. J ni kalau lauk pari. Entah apa yang digelinya. Bakar sedap2 pun tak dimakannya.... Pernah aku paksa Mr. J ni makan pari yang aku bakar siap cecah air asam jawa. Siap sumbat2 lagi. Dah masuk aku dah senyum bangga. Mak aku dah marah2. Dalam duk marah2 pun dia gelak. Tak dikunyahnya. Dia muntahkan balik. Lepas tu aku terus taknak offer dia lagi dah...

Mr. J sampai dah pukul 6 pagi Sabtu hari tu. Selepas sembahyang subuh, kitorang sambung tidur samapi tengahari. Hehe.. Dah lama tak tido lama camtu. Bangun je tenghari aku terus bertungkus lumus kat dapur. MAsak apa yang patut. Lepas Zohor baru boleh makan. Duk rilek2. Petang tu pergi pasar malam kat Sri Putra. Beli barang basah untuk stok seminggu. Tapi barang mahal sekarang kan?? RM50 pun dah macam tk bernilai lagi. Sampai satu tahap RM50 tu baru leh dapat sekor ikan selar kuning je kot nanti kan? Tapi, nak wat camne? Kena pandai2 jimatlah.... Balik rumah masak lagi untuk makan malam. Malam tu masak spageti goreng je. Tapi sangat pedas. Sembahyang maghrib pun terasa lagi pedasnya.. Tapi kaw punya..

Sabtu baru ni jugak sahabat aku Nor Kadilah Khalid bertunang dengan pasangannya (aku tau nama Miji je). Tahniah untuk kadilah.


Ejam, Kustina and Kadilah
Yang Kustina ni bile pulak???

Maaflah Kadilah oi, tak dapat balik. Nanti kahwin aku balik ek?? Caongratulations sayang. Teringat zaman2 sekolah dulu kitorang terkenal dengan nama LAFEa ~ bermaksud hodoh. Hahaha.. Sedar diri takpe. So ada 5 members (6 actually.., tapi ada tarik diri ~ rasa cantik kot. Hahaha.. jahatnya mulut aku. Harap2 dia tak baca). Banyak sangat kenangan ngan members LAFEA ni. Diorang sangat best. Sangat enjoy. Walaupun enjoy belajar kami tak lupakan. Teringant zaman sekolah kalau time rehat je pergi kantin kitorang cuma beli air 2 atau 3 gelas untuk share. Pas2 makan keropok and kuih2 je. Part share tu yang rasa beri effect pada kitorang. Sekarang ni, kalau sape2 ada masalah yang tinggal bertiga ini, mesti kitorang akan sama2 rasa. Paham tak aku cite?

Seronoknya LAFEA ni, sesapa of 5 members ni nak buat email mesti akan ada _lafea. Contohnya: ejam_lafea@hotmail.com. dululah. Sekarang tak pakai dah. So, tahun 2011. 1 of members dah bergelar ibu dan isteri. Satu bergelar isteri (akulah tu). 2 bergelar tunangan orang. Satu lagi sedang dilema membuat pilihan. Hahaha. Mampus aku kalau dia baca. Tapi mesti dia baca. kehkeh..... Zaman Sekolah dulu best kan? Doraemon, awak ada tak alat untuk zaman lampau???

Khamis lepas pun ada cakap dengan Bibi, Kan best kalau dapat ulang balik zaman belajar kat Universiti dulu. Zaman gila2 aku dulu. Aku pulak boleh cakap ngan Bibi. Aku nak kembali zaman dulu. Tapi syarat bagi duit poket, asrama disediakan, makan minum ditanggung, tapi taknak amik exam. boleh tak? ~ dush. ada jugak kena makan penampar kang....


Zaman univesitiku...

Kawan2 seangkatan yang sangat best...

Geng2 gagak berantai..

Tengahari semalam, aku ada buat donut inti kastard. Sambil duk gentel kuih dibantu Mr. J. Timbullah idea nak jual kuih pulak. Aku pun tanya kat Mr. J.
Mrs: " Abang, kalau sayang jual kuih boleh?"
Mr. : " Boleh, tapi tunggu abang pindah sini dulu"
Mrs.: Kenapa? Kalau abang ada jadi cmne? abang nak tolong ke?
Mr. : Abang tolonglah. Tolong tengok...
Mrs.: ????????
Mr. : Takyah lagilah. Kerja lagi, mengajar lagi. Nak buat kuih pulak.
Mrs : ??????
Aku sampai dah berangan-angan nak jadi bisneswoman. Takpe2. Aku nak wat slow2. Sementara takde pape lagi aku nak terus mencuba. Kalau tak aku asik duk pikir pasal baby je....


Perkenalan Mrs. J and Mr. J.

Petang2 hari ni, kerja semua dah setel teringat pulak masa zaman muda2 dolu...~~ tua sangat ke sekarang. Uhuhu... Teringat zaman mula2 aku mengorat Mr. J. Kelakar pun ada. Bongok pun ada. Masa tu, kitorang baru masuk tingkatan 1, hujung tahun 1998 atau awal tahun 1999. Aku tak pasti sangat. Sebab aku rasa awal tahun 1999. Mr. J cakap hujung tahun 1998.

Ceitanya begini, lepas habis je UPSR. Aku masuk SMK Tanjung Lumpur. Mr J dari SK Kempadang. Aku dari SK Tanjung Lumpur. First day tu ada hari orientasi, ada nyanyi lagu sekolah, ikrar sekolah. Zaman tu tengah syok bersuka ria. Jumpa kawan baru. Jumpa kawan2 sekolah lama.. Duk gelak sakan tak pedulikan orang lain. Tabiat zaman dulu, asal ada je budak yang nampak kerek. Mesti akan ada sok sek belakang. Termasuklah aku... hahaha.... Aku ni dulu nakal sangat. Kaki sound orang. Mr. J pun akui. Dia anti aku dulu pun sebab aku sound dia.. Hehe...

Masuk hari kedua..Aku masuk kelas 1 Bestari. Kira kelas kedua jugaklah di sekolah tu.. Biasalah rseult tak seberapa. Mula2 Guru kelas kitorang masuk, aku ingat lagi nama cikgu tu Cikgu Marsyida (bukan cikgu shida youtube ye). Cikgu tu perkenalkan diri beliau. Beliau mengajar Kemahiran Hidup. Pastu, biasalah kelas baru, mesti ada perlantikan ketua kelas, penolong ketua kelas, bendahari. Kan? Biasa ketua kelas ,esti lelaki. dah pilih ketua kelas. Aku pun tak ingat sape. Sepanjang sesi tu aku tak pandang belakang langsung. Bukan malu, bukan control cun. Tapi  tak rasa nak pandang. Hehe..

Bila part pelantikan Penolong Ketua Kelas. Tiba2 nama aku kena panggil. Sape pulak yang calonkan aku nih. Geram betul.. Dengan terpaksa aku bangun nak pergi ke depan. Masa kat depan tu, aku kena kenalkan diri. Time tuelah aku nampak Mr. J. Dalam hati ni, tiba2 je cakap. Ish, budak ni sweetnya. dia senyum lagi sweet. Tak hensem pun... Bayangkan di usia 13 tahun aku boleh pikir gitu. Gatal tak? Gatal tak?

Bukan sebab gatal, tapi rasa macam tenang pulak tengok. Macam suka. aku jadi blur2 je kat depan tu. Pas2 cikgu Marsyida suruh aku dengan sorang lagi calon keluar dari kelas untuk diundi. Aku dengan Syarifah Anaizah (calon sorang lagi) menyendeng kat tepi tingkap. Aku pun apa lagi ambik kesempatanlah tengok Mr. J. Mak aih. Sombong. Tak pandang aku langsung. Al-maklumlah aku ni tak cantik. Dia pun tak hensem. Sweet je.. uhuhu..

Benda ni berlarutan jugaklah selagi Mr. J ada kat sekolah. Dalam masa tu, aku ada jugak risik2 pada kawan2 dari sekolah rendah dia. Oo.. Pemalu orangnya. Memang jarang aku tengok dia bercakap dengan pompuan.. Aku dah tau gitu apa lagi. Makin syoklah nak nyakat dia. Tapi Mr. J ni memang jenis kaki senyum. Bila dia senyum perghh... Sweet gila. Mak aku pun cakap Mr. J ni kaki sengih.

Sweet kan?

Bila lepas exam pertengahan tahun, aku dapat no 2, kena naik kelas ke kelas A. Dah tak boleh jumpa Mr. J lagi dah. Time rehat jelah. Kebetulan kelas A sebelah je dengan kelas B. Kalau dari kantin, dari pejabat guru nak balik kelas A mesti akan lalu kelas B. Dapatlah aku tengok Mr. J ni. Tersangatlah rajin aku ni nak menolong cikgu2 hantar buku atau apa2 je biar dapat lalu kelas B. Gatal kan? Ish tak malu betul.

Bila naik form 2, Mr. J dapat tukar kelas A. Seronoknya aku. dapat tengok Mr. J. Lepas seminggu Mr. J masuk kelas A. Aku dah ada idea nakkenakandia. Kebetulan kawan aku si Bendahari report kat aku. Yang Mr. J taknak bayar duit kelas. Aku pun apa lagi. Peluang nak kenakan dia. Aku pun apa lagi sound direct lah.. " Oit, Mr. J bila nak bayar duit kelas? kedekutnya...." Tau tak apa reaksi Mr. J?? UIh.. Dia tarik minggu. Terus tak bercakap, tak senyum kat aku dah.  Tapi bila dah kahwin ni, Mr. J ngaku dia sangat anti kat aku.. Uhuhu... Dia kata aku laser... Hahahaha...

Thursday, March 10, 2011

Tak Sihat + Serabut + Penat

Salam pagi khamis... Since weekend hari itu, kepala otak aku berserabut sangat. Penat takyah cakaplah. Jumaat malam drive sorang2 dari Bangi ke Kuantan. Sabtu mengajar tuisyen, kenduri. Ahad mengajar tuisyen, Kenduri lagi. Pergi rumah orang tu rumah orang ni, semua nak pergi kalau boleh, tapi aku tak berkesempatan. Cuba untuk luangkan masa dengan semua orang. tapi aku manusia biasa. Tak mampu nak puaskan hati semua orang. Lepas asar petang Ahad dah nak bergegas balik ke Bangi. Kalau boleh taknak sampai malam sangat. Tu pun sampai around 10 pm jugak. Tawakallah. drive sorang2. Pernah tak ada orang ambik tau? Pernah ke orang kesian? Who cares? But my dad cares, my mum cares, my brother cares, my sister cares about me. Aku tak kisah kalau `orang-orang itu' taknak ambik tau. Aku cuma harapkan cuba paham perasaan aku. Cuba selami apa aku rasa. Jangan persoalkan apa aku tak buat? Cuba pikir apa aku dah buat selama ni. Tak nampak ke? Aku kalau boleh taknak rosakkan mood blog ni dengan kata2 yang tak best nak didengar... Aku dah janji dengan diri aku, blog ni bukan untuk menghentam atau mencaci atau mengumpat sesiapa. Tapi orang2 itu memaksa aku buat jugak keadaan ni...

Apa perasaan anda sebagai seorang isteri jarak jauh bila diri anda dipertikaikan? Bila tanggungjawab anda dipertikaikan? Isteri jarak jauh? Apa sangat yang boleh dilakukan? Bangun pagi celik mata, kejut suami. Call pagi2 around 6.30AM. Siapkan diri sendiri. Before pergi kerja call suami mintak izin pergi kerja. Drive sendiri. Bukan dihantar oleh suami ok. Sampai opis, sms suami inform dah sampai. Tanpa mengucup tangan suami. Cuba bayangkan berapa banyak aku kerugian? Cuba senaraikan apa yang isteri lain lakukan apa yang aku tak dapat lakukan?

Yang patut isteri lakukan boleh dapat pahala.
1.  Kejut suami untuk subuh berjemaah. - aku hanya mampu call untuk kejut bangun tidur.
2.  Sediakan breakfast untuk suami walaupun hanya secawan teh dengan biskut. - aku tak mampu pada hari bekerja.
3.  Sediakan pakaian kerja untuk suami.- hanya hujung minggu secara pukal. Kalau tak berkesempatan?
4.  Cium tangan suami sebelum pergi kerja.- aku tak dapat rasa.
5. Peluk suami ( terapi untuk panjang umur)- aku tak rasa. Pendekkah umur aku?
6.  Balik kerja cium tangan suami lagi.- tak dapat jugak..
7.  Masak makan malam untuk suami. - aku tak rasa. hanya hujung minggu
8.  Senyum untuk suami.- hanya smiley henset je.
9.  Berjemaah maghrib dan isyak bersama suami. - tak dapat rasa.
10. Gosok baju untuk suami. -
11. Sediakan tempat tidur umtuk suami.
12.  Mintak ampun dengan bersalam dengan suami sebelum tidur. - mintak ampun masa call je.
13. Tidur dengan menghadap muka suami pun dapat pahala. - langsung tak dapat..

Cuba bayangkan berapa banyak aku kerugian pahala. Aku nak ke semua ni berlaku? Mr. J nak ke semua ni berlaku? TAK.. Kami taknak. Adakah kami sengaja berdoa tiap2 hari " Ya Allah, Janganlah Kau satukan hati kami. Janganlah bagi kami duduk dekat2." Macam tu ke kami berdoa? Tanyalah pada orang lain yang duduk berjauhan. Yang sekapal dengan kami. Tiap2 hari kami berdoa, " Ya Allah, Panjangkanlah jodoh kami, Satukan hati kami, dekatkanlah jasad kami. Berilah kami perlindungan hidayah Mu".
Tapi kenapa mesti pertikaikan lagi. Tolong paham. Kami dah berusaha untuk percepatkan untuk bersama. Tapi tiada sape nak pertimbangkan. Nak berhenti kerja? Bukan senang nak dapat kerja sekarang. Bukan senang. Memanglah mencari rezeki ni tanggungjawab suami. Tapi kita pikir secara realistik. Takkan aku nak amik duit suami aku nak bagi mak aku. Takkan nak suruh duit suami nak bayar PTPTN kita. Pikirlah.. Jangan sedap cakap. Cuba selami perasaan jugak...

Tambah sekarang, aku tak berapa nak sihat. Selsema, batuk lagi. Time malam je rasa seram sejuk nak demam. Saat2 ni aku perlukan suami di sisi. Tapi aku paham. Sekarang kami dalam proses nak jimat cuti. Aku terpaksa kuat sendiri. Klinik pun aku malas nak pergi. Ubat dah berlambak kat rumah. Pernah tak aku persoalkan? Pernah ke diorang ni terpikir? Renung2kan dan selamat beramal.

Tuesday, March 8, 2011

Happy Anniversary Mr. J and Mrs. J.

Detik jam 12 malam ni.. Maka genaplah 2 tahun pernikan aku dan Mr J. Sekejap je kan 2 tahun. Tapi 2 tahun jugak azab bagi kami. 2 tahun perkahwinan ni jugak 2 tahun kami berjauhan. Cuma hujung minggu menjalankan tangungjawab sebagai suami isteri. Sedih memang sedih. Tapi kata pepatah, pantai mana tak dihempas ombak. 2 tahun macam2 dugaan kami tempuh. Dugaan yang maha hebat. Faktor berjauhan ni lagi menguatkan dugaan kami. Bukan semua orang boleh paham dengan keadaan kami. Orang hanya boleh bercakap. Tapi yang merasa kami. Sape2 yang merasa duduk jauh tu mungkin paham.

Sebenarnya bukan pukul 12 malam pun aku dinikahkan, so kira selebrate pun pukul 10 pagi. Waktu sebenar sahnya pernikahan. hahaha.. Tapi aniversary anniversary jugak. Celebrate pun jauh2. Aku kat Bangi. Mr. J kat Kuantan. Camne nak celebtrate. Aku ada terbaca blog sorang brader ni. Sangat sweet. Dia sanggup ambik cuti tanpa pengetahuan isteri dia. Pagi2 dia sanggup offer isteri dia untuk hantar pergi keje. Kira jadi driver isteri dialah hari itu. Wife dia dah pelik. Lepas hantar wife dia pergi kerja, dia pergi kedai bunga, beli bunga 12 kuntum. Dia pergi semula opis wife dia. Call wife dia konon2 tertingal kunci. Wife dia turun opis. anda bayang apa berlaku? Sweet tak? Tak cukup dengan tu, husband dia bawak keluar pergi makan malam. Berdua je. Anak2 tinggal. Kat manA TAU? Kat KL Tower. Oh. Sungguh Terharu..

Bagi aku, aku tak berangan pun nak pergi KL Tower. Tapi kalau Mr. J ambik cuti pastu bagi bunga pun abih sweet sangat dah. Atau tiba2 aku dapat sms . " Sayang, cuba buka pintu. Tengok apa abang hantar untuk anniversary kita". Aku pun berlari2 dengan mamai. Sambil berharap hantar cupcake ke, bunga ke, teddy bear ke... Bila bukak pintu, Mr. J yang sampai. Mesti bergegar rumah flat tu dengan suara aku menjerit. Mesti aku menangis sampai esok pagi sebab terlalu terharu... kan? kan?

Tapi aku tahu, tu semua angan2 aku je. Agak susah nak direalisasikn sebab kitorang jauh dengan cuti yang sangat terhad. Sangat tak mungkin kan? Tapi mungkin jugak boleh berlaku bila aku dan Mr. J dah berusia 70 tahun. Maybe? 

Untuk Mr. J, SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-2. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENYAYANGI DIRI INI YANG SERBA KEKURANGAN. SAYANG TAHU, SAYANG BUKAN ISTERI SEMPURNA UNTUK ABANG. TAPI, SAYANG CUBA DAN AKAN TERUS MENCUBA. I LOVE U SO MUCH.... MMMMUUUAAAHHH..

Tiba2 dalam mood nak ada wedding semula. Nak imbas gamabr kawin2 dulu. Maaflah gambar tak cantik. sebbab nak save budget. so tak appoint official photographer. Cuma mintak sumbangan dari kawan2. Thanx semua.

Mr. J berdebar2 + pening dengan kadi yang susah nak sebut nama pengantin perempuan.

Alhamdulillah. Sah setelah 3 kali lafaz. Oh, mak aku cuak gila dah.

Bertunang selepas akad nikah. Konon2 nak ikut Siti Nuhaliza. uhuhu...


Cincin cinta dari Mr. J

 
Cincin tanda kasih sayang untuk Mr. J

Diarak ke pelamin


*Tapi agak sedihlah jugak sebab masa wedding ni aku terlalu percayakan mak andam aku, tapi kerja diorang sangat tak ikhlas. Tengoklah apa jadi masa wedding aku. Tapi Allah Maha Adil. Diorang buat kerja tak ikhlas. Rezeki pun tak berkat. Bisnes dia lingkup.








Friday, March 4, 2011

Makan apa hari ni?

Entry kedua aku ni betul2 menunjukkan emosi aku tengah lapar dan tensen. Fuh, hajat nak balik awal tidak kesampaian. Ku pujuk hatiku.. Niat di hati boleh drive awal sikit. Risau tiket bas habis je. Let say, sampai Pekeliling pukul 8 malam. Sekali tiket pukul 11 malam. Tak ke naya. Penat takyah cakaplah.. Takpe2.. yang penting makan.. hehe..

Ni untuk breakfast saya...

 Ni untuk lunch... Cukup kot.. hehe...

Comelnya ragam anak didik ku....

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Pagi Jumaat yang best. Kalau sambung tido lagi best.. Bangun tadi pun cuma panaskan spageti goreng je untuk bekal... Kononya semalam nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah. Tapi hampeh.. uhuhu..

Dua malam dah aku dah stat ngajar budak2 tuisyen kat rumah aku. Itu dipanggil home tuition ke? hehe.. Macam biasa, tiap2 petang pergi fotostat bahan2 dulu. Semalam aku ajar 2 orang budak darjah 3 and sorang Form 2. Nasib baik subjek yang aku minat. Iaitu Math. hehe...

Aku sangat excited nak cerita pasal budak boy yang kupanggil anak didik ni. Mula2 hari pertama aku ajar dia, biasalah malu2. Tapi budak2 zaman sekarang sangat pandai kan. Aku bagi kertas tak sempat aku cakap apa diorang dah stat tulis. benda yang sama berlaku masa aku ajar student kat Ilham Pintar. Diorang sangat excited untuk belajar. Aku sangat teruja. Bermakna diorang sangat berminatlah untuk belajar benda baru. kan??

Dah melalut ke lain. Nak cite pasal budak boy ni je. Aku gelarkan dia F (bukan nama sebenar) *tiba-tiba teringat cerita pejabat Mr. J. Diorang suka panggil nama orang yang diorang tak puas hati dengan nama huruf pastu bukan nama sebenar. Paham tak?? Contoh macam kat atas. F (bukan nama sebenar) ni aku tengok macam nakal2 je..Tapi aku tak kisah janji dia betul2 berminat. Tapi macam comel pun ada aku tengok. Banyak babak yang boleh mengingatkan aku pada dia.

Babak 1.

Setiap kali sesi mengajar pukul 8.30 sampai 9.30 malam aku akan on je tv tu. Tapi cuma perlahankan suara. Taknak bagi diorang mengantuk.. Tapi diorang tetap fokus pada belajar. Tapi bila sampai time berita sukan, F ( bukan nama sebenar) ni terus berpaling. Tapi dia sangat bagus dia siapkan kerja yang aku bagi dulu. Dia buat cepat2. Pas2 khusyuk dengan berita sukan tu. Sekejap je. Aku tak kisah pun. Tup2 semalam dia nak bercerita ngan aku. Cik Ijam, semalam Chelsea lawan Man. United. Aku pun jawab dengan buat2 tau. Sape yang menang? Aku ingatkan Man. United. Chelsea. Gulp! Sesungguhnya cik Ijam mu ini sangat naif tentang sukan. uhuhu....

Babak 2.

Dua malam sudah aku ada buat muffin sikit. Saje2 testing. Tapi aku tak puas ati sangat sebab dia melimpah. Aku tak biasa dengan tepung baru tu. ~~taknak mengaku yang diri tak pandai buat.... Pastu, aku hidangkan untuk diorang. aku pelawalah ~~ silalah makan.. Habis je kelas tu, diorang tak makan jugak.. Aku hidang air. Yang girl minum. Yang F (bukan nama sebenar ni) tak minum2 jugak. Muffin pun tak bersentuh. Aku tanya kenapa taknak makan. Dia muka macam sedih2. Dia kata nak balik. Aku pun jawab: Ok nak balik. Makan ni masa balik. Tau tak dia jawab apa? Nak makan kat umah kuih ni. Kalau adik tau makan tak ajak dia, mesti adik marah. Dang~~ Terkezut mak dengar. Terharu pulak. Oklah. bawak balik makan ngan adik ek.

Babak 3.

Semalam pulak, aku hidang air mangga dengan kerepek je.. Sambil2 belajar bolehlah diorang makan2. Aku tengok F (bukan nama sebenar) tak sentuh jugak air.
Cik Ijam: Nape tak minum air tu.
F (bukan nama sebenar geleng2 kepala.
Cik ijam: Tak sedap ke air mangga cik ijam buat ni?
F (bukan nama sebenar) : Bukan
Tiba2 girl mencelah: Dia nak air milo cik ijam.
F (bukan nama sebenar):  Takpelah, nanti bawak bekal.
Cik Ijam: La.. nape tak cakap nak air milo? takyahlah sampai nak bawak bekal. Cik Ijam boleh           buatkanlah... Taknaklah bekal2.. Cik Ijam buatkan eh next time.
F (bukan nama sebenar): Nanti ibu marah...
Dang!! Sekali lagi aku terkesima. Budak ni baik sangat. Mungkin ibu dia ajar jangan menyusahkan orang lain. F (bukan nama sebenar). Tak menyusahkan cik Ijam lah.. Cik Ijam dah cakap kat ibu cik Ijam sediakan makanan. So dun worry.

Kalaulah semua anak2 diasuh macam ni. Alangkah indahnya dunia ni. Tiada buli-mebuli.... Tiada penderaan.. Ya Allah, Semoga aku tidak lupa untuk mendidik anak2 aku dengan amalan baik2...







Thursday, March 3, 2011

Sahabatku....

Selamat petang semua.. Rasa nak mem'blog' lagi hari ni.. Tadi dalam perjalanan nak ke surau terserempak dengan sahabatku, Madam F. Bila tengok muka beliau aku teringat ada berita gembira darinya.. Beliaudapat bertukar balik ke SARAWAK. Tahniah sahabat.. Fuh.. Penuh pancaroba kami tempuh nak bagi dapat pindah.. Akhirnya dia berjaya aku gagal.. hehe.. Tapi takpe, aku sangat excited bila beliau berjaya bertukar ke Jabatan Kimia Sarawak. Cukuplah 3 tahun perkhidmatan beliau di sini.. Kami selalu mendoakan kejayaan beliau...

Apa yang best pasal Madam F. 

1)  Beliau sangat baik, seorang pendengar baik, penasihat yang baik dan sangat memahami. Aku dan beliau berkongsi pengalaman yang sama iaitu PEKAHWINAN JARAK JAUH. Tapi yang bezanya, dia dah ada anak, aku belum ada anak. Beza lagi, dia dan suami ( Bangi- Kuching), aku dan Mr. J ( Bangi-Kuantan). Sangat beza.

2)  Walaupun dah ada anak bujang, beliau sangat cantik dan awet muda. Aku sangat mengagumi beliau. Dan aku, yang sebaya beliau dah macam anak sepuluh.. ~~sepuluh ok. bukan sorang...

3)  Beliau sangat supporting dalam apa jua aktiviti. Kalau ada Kursus atau apa2 aktiviti luar aku sangat excited bila beliau ada sekali. Sebab kami sama2 gila2..Kalau dia memang sangat gempak suasana itu.

Bila dia dah berpindah nanti, mungkin agak sunyi. Terlalu banyak kenangan aku dan beliau yang tiba2 aku teringat sekarang. Sedih pulak aku rasa..

Tadi aku tengok dia pun muka macam sedih. Macam orang tak excited pulak. Aku risik2 tanya beliau.
Jawapannya buat aku betul2 speechless. Aku terharu. Cuba untuk menahan air mata. Taknak tunjuk lemah kat dia. Madam F, kalau ko baca entry ni, aku nak ko tau aku sayang sangat kat ko. Ko sahabat walaupun kita berbeza. Ko lah penguat aku kat sini. Ko lah pendengar aku yang setia. Aku doakan ko bertambah bahagia di samping suami dan hero ko, Ayon tu.. Wish u all the best.. * tiba2 aku menangis....

Happy Birthday Muhammad Dameer Amsyar...

Selamat hari jadi....
Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi Amsyar..
Selamat hari jadi...

Happy birthday Amsyar.. Mokcik doakan Amsyar panjang umur, murah rezeki, mendapat jodoh yang baik.. * eh.. macam tak kena je wish ni untuk Amsyar yang baru umur 2 tahun... hahaha... mokcik jahat....
Muhammad Dameer Amsyar ni anak sedara aku cucu sulung mak aku. Kitorang panggil dia adik Am. Dia ni anak arwah abang aku yang kedua. Aku sangat sensitif bercerita pasal dia. Kalau dia nangis aku lagi sensitif. Mesti aku akan nagis jugak..

Arwah abang aku meninggal dunia masa tu umur Amsyar baru 2 bulan.. kelahiran amsyar ni sangat memberi makna untuk Arwah angah dan isterinya, kitorang panggil kakngah. First time aku tengok arwah mengalirkan air mata. Menangis kerana bersyukur dikurniakan zuriat. Menangis kerana melihat sendiri isteri bertarung nyawa melahirkan zuriatnya. Aku sendiri menangis masa tengok arwah menangis.tapi itulah kuasa Tuhan. Setinggi manalah ego seorang lelaki. So, mana-mana lelaki yang ego sila lihat sendiri isteri anda bertarung nyawa melahirkan zuriat anda. Azan dan qamatkan anak anda. Barulah anda tahu. Aku pun tak sabar jugak nak tengok camne gayanya Mr. J menangis sambil mengazankan anak kami. InsyaAllah..

Sebenarnya entry ni aku nak post 1 Mac hari tu lagi. Tapi dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan meeting. Entry tak sempat nak taip abih. So ari ni aku nak release jugak entry ni...


inilah Muhammad Dameer Amsyar Bin Mohd Helmi.

Ada iras tak??
Sila lihat di belakang, apa Mr. J buat?

Sekarang, umur Amsyar dah 2 tahun.. Dah bujang... Mulut pun dah pandai berceloteh. Aku pun jarang jumpe. Cuma MMS dari Kakngah (ibu Amsyar) yang ada. bolehlah untuk ubat rindu.. insyaAllah ada rezeki ada umur panjang aku, Mr. J, mak (Onni Amsyar) and Fatin akan pergi ke Kemaman.. We miss Amsyar...

Sekarang Amsyar dah ada sepupu, Muhammad Airil Farhan Bin Mohd Fakhrul Azman. Ni anak Along pulak.. Diorang ni jarang jugak jumpa. tapi camne nak bagitau diorang ni sepupu ek. Budak kecik tau tak apa maksud sepupu? hehehe..... Apa akan jadi bila Amsyar dengan Airil bertemu??

Janganlah gaduh anak2 mokcik anak mummy ye...

Dah bujang pun anak mokcik ni.. Mokcik sayang sangat kat Amsyar.


Memang kerlass. Encem bangat..

Amsyar yang terbaru...

Aku rindu pada semua anak sedara aku nih.. Baru 2 orang.. Kalau lagi ramai lagi syok kan... Apa2 pun aku sayang keluarga aku....





Tuesday, March 1, 2011

Sibuknya...

Selamat pagi.. Fuh.. Hujan yang lebat pagi tadi mengirirngi kebangunan pagi aku. Ah. Malasnya nak bangun. Postpone alarm ke pukul 6. Means ada 15 minit lagi nak sambung tido. Tapi aku rasa macam lama pulak aku tido, nape alarm tak bunyi2 jugak.. Ripa2nyabaru 5.50 pagi. Rasa segar sangat. Bangun masak2 untuk bekal. Ok siap. Then bersiap pergi keje.. Ondeway tu jalan pulak naik air. Ok. lalu jalan jauh sikit. Mungkin jalan dalam air dah naik tinggi. Sangat tak berbaloi untuk kereta aku yang sangat kecik itu.. Dah dekat sangat ngan opis jem pulak. Time tu dah 7.29. OMG. Dalam hati berdoa jam ti tak bergerak. Biar aku je bergerak. Sampai opis dah 7.32 pagi. Gang.Dah lambatlah. ~ eleh, macam awak tak biasa.. (tiru gaya usop dalam hantu kak limah).. hehe...

Pagi ni dah tau nak wat ape. Sampel berlambak menunggu kat lab. Jap ek sampel and my friends. Ambik masa kejap je nak taip blog ni sambil tunggu pegawai. Hahaha.. Oklah.. Agak sibuk sikit hari ini. Tapi cuba plan untuk tulis blog lagi.. Daaa...