bukak blog tadi.. tengok kat daisypath tu. wah. rupa-rupanya dah 2 tahun 6 bulan kami bergelar suami isteri. rasanya tempoh yang lama jugak tu. tapi dalam tempoh ni jugak kami masih cuba untuk mengenali satu sama lain. nama pun duk jauh kan? hehehe..
2 tahun 6 bulan berkahwin tinggal berasingan. bercinta 3 tahun pun berjauhan. takpe-takpe. minggu depan dah nak bersama. hehe.. macam pengantin baru pulak rasa. kihkih.....
sekarang Mr J sibuk sangat dengan kerjanya. nak serah tugas bagai. rindu sangat kat dia. esok baru balik. Ahad berpisah lagi. Rabu baru jumpa pulak. berkepitlah puas-puas.. hehehe.
Showing posts with label PJJ. Show all posts
Showing posts with label PJJ. Show all posts
Thursday, September 8, 2011
Tuesday, August 2, 2011
Sahur ape??
Alhamdulillah. dah selesai satu hari kita menjalankan ibadah pose. semalam ting tong jugaklah aku tengahari tu. semua benda nak setelkan satu hari dalam 8 jam. terkejar-kejar macam orang gila. Sabar..... Alhamdulillah jugak, berkat di bulan Ramadhan, akhirnya setel jugak satu misi aku.
hari ni hari kedua kita menjalankan ibadah. semalam hangat ramai memperkatakan nak masak apa untuk berbuka. semua dah plan untuk terbaik kan untuk diri sendiri dan untuk orang tersayang. aku? haruslah beli je di bazaar. pemalas? adalah jugak. tapi lebih kepada tak tau nak masak apa. makan berdua ngan Bibi. macam orang bujanglah kan..hehehe..
so, ambik kesempatanlah membeli belah di bazaar. dah plan ngan Bibi. bulan pose ni jimat-jimat. beli satu jenis makanan pedas dan satu kuih manis. balance kan?? kihkih..
tajuk entry tu aku nak story sikit beza aku dan Mr J punya sahur. aku ni dari sekolah sampai tua bangka ni payah sikit nak bangun sahur. sayang tido dari makan. hehehe... bujang-bujang dulu bolehlah wat camtu. tapi dah kahwin sekarang pun sama macam bujang. time sahur je mesti dua orang akan call aku. Mak dan Mr J. dah paham sangat aku ni liat nak bangus.
2 hari pose termasuk hari ni maksudnya 2 kali sahurlah kan. so, SMS dengan Mr J pasal sahur.

~1 Ramadhan~
aku: Sahur ape tadi?
Mr. J: ayam masak gulai kuning..
aku: fuyyo. meriahnya.
Mr J: Alhamdulillah.. syg sahur apa tadi?
aku: air kosong ngan kurma. alhamdulillah jugak.
~2 Ramadhan~
aku: sahut tadi makan ape?
Mr J: ikan masak singgang. syg?
aku: air kosong dengan kurma.
Beza kan hidangan sahur kitorang. PJJ lah katakan. sedikit jeles dengan Mr J. sebab dia makan best. memanglah sebab dia duduk dengan famili. bolehlah makan best-best. aku? maintain air kosong dengan kurma. ikut sunnah. kan? tapi ada peningkatan sikitlah dari tahun lepas. dulu duduk sorang-sorang langsung tak bangun sahur. ni kira oklah kan. selagi Mr J tak di sisi selagi tu sahur cara bujang. hehehe....
Yes! khamis ni Mr J dapat cuti separuh hari claim operasi hari tu. then sambung cuti hari Jumaat. kenalah gigih aku masak sahur dan berbuka. ala, bukan first time pun. 2 tahun kawin 3 kali puasa bersama. itulah gayanya. nak berbuka sama-sama kena tunggu cuti dulu. sedih kan?
Tuesday, July 26, 2011
Bosannya PJJ....
salam.. 3 hari tak berblog. tiba-tiba rasa macam lost sangat je.. hehehe.. semalam terpaksa cuti. sebab takde tiket. susah betullah PJJ ni. dah balik kampung takde tiket takelh balik. nak balik takde tiket takleh jumpa suami. jumaat hari tu aku punyalah kelam kabut nak cepat-cepat sampai Pekeliling. nak naik bas awal kononnya. tapi biasalah bila dah naik komuter ni perjalanan dia kan agak slow. Bangi nak sampai ke pekeliling kena bajet masa 2 jam. naik komuter nak kena tukar LRT lagi. penat? oo.. lebih dari itu.
kadang-kadang terpikir sampai bila nak macam ni. fedup? yes. fedup dengan keadaan ini. bila dikira balik berapa juta dah aku melabur kat syarikat bas ni. 6 tahun masa aku habis atas ba. asal weekend je dalam bas. peel bas pun aku dah kenal. bas mana yang cepat. bas ni berhenti RNR mana pun aku tau.
6 tahun... 3 tahun berulang Kuala Terengganu-Kuantan-Kuala Terengganu. 3 tahun lepas sampai sekarang masih berulang Bangi-Kuantan-Bangi. penat. kalaulah ada istilah lain yang nak menggantikan istilah over penat. aku dah guna. pernah ada seorang sahabat cakap pada aku. hidup aku ni seolah-olah tiada kesudahan bila berjauhan. terkejar ke sana sini.
jumaat lepas aku balik. samapi pekeliling dah awal bagi aku. ingat sempat kejar bas pukul 7.30 malam. beraturlah aku ni panjang-panjang. samapi kaunter. dang!!! tiket hanya tinggal pukul 11 malam sahaja. aku rasa nak gila. terpaksa beli. esok nak mengajar. menunggulah aku kat situ. macam-macam manusia aku tengok. nasib baik ada juga hamba Allah yang baik boleh bersembang. satu lagi masalah bateri hs memang dah abis sangat. sepanjang menunggu tiada aktiviti SMS dan calling-callling. nak jatuh air mata pun ada. cuma terpikir macam mana nak bagitau Mr J bila dah dekat nak sampai.
bila naik bas bersembanglah aku dengan orang sebelah. baik orangnya. Thanx ida yang tinggal kat Air Putih yang kerja kat Petrosains KLCC sebab pinjamkan akak kredit nak SMS Mr J. semoga Ida diberi rezeki yang melimpah ruah. sedih tau. cuba bayangkan kalau takde sape nak pinjamkan aku kredit. kejunglah aku menunggu Mr J pukul 2 pagi tu.
semalam naik bas pun aku menangis lagi. niat di hati nak sanagt Mr J anto. nak bersama lagi. bila aku tanya "ada ke kerja tak petang ni?" Mr J jawab " ada meeting kot". aku terus tutup niat aku. takpelah. Redhalah naik bas. bila naik. aku tengok seat semua Bangla-bangla yang konker. bengang dah. pening dengan bau 'wangi' dia takyah cakaplah. aku pun duduk je kat seat depan sekali. Mr J suruh aku letak beg. dia cakap kalau Bangla jangan bagi duduk sebelah. kalau pompuan bagi je. aku cakaplah "kalaulah bas ni bas bapak aku senang". suka hati je kan Mr J ni. tiba-tiba aku menagis. Mr J nampak. dia suruh aku turun. dia nak hantarkan je terus ke Bangi.
sebenarnya aku menangis sebab dah penat sangat dengan keadaan macam ni. nak sangat life macam orang lain. tak berpenat. balik kampung sama-sama dengan suami. balik rumah sama-sama. tapi tak dapat.
tak tahu lagi nak meluah pada sapa. sesapa yang ada idea tolonglah bagi idea. aku tak mintak banyak pun. cuma nak bersama dengan suami aku je. kalau dia tak dapat pindah Bangi. aku dapat pindah ke Kuantan pun berganda-ganda syukurnya. " Ya Allah. permudahkan segala urusan kami"...
Friday, July 8, 2011
weekend tanpa Mr J.
miss him so much damn. uh~~ how to say this. tapi aku kena kuat jugak. he said " abang rindu sayang sangat"
Ya Allah, kuatkanlah kami. tabahkan hati kami dalam menempuh PJJ ni. semoga dipercepatkan pertukaran salah seorang antara kami. aku hanya mampu cakap " Abang, ini ujian kita. Allah sedang uji kita" cam poyo je kan aku cakap camni kat Mr. J. tapi terpaksa. semua ni My Kan tau. ~babap kang.
camnelah weekend ni ye? tanpa Mr. J. uh~~ tak terpikir aku. pernahlah berlaku satu masa dulu. tapi ingatkan boleh berjalan dengan flow yang baik. tapi My Kan buat perangai. abih perancangan lari..
Buat Mr. J
Abang. i will miss u. ni dugaan kita. Allah menguji kita. (marah kat My Kan ni) merajuk tau dengan My Kan. tapi takpe. minggu depan sayang balik ye. minggu ni je. semoga kerinduan ni menguatkan lagi kasih sayang kita.... love u so much.... ~~~
masih mengharapkan satu kepastian untuk terus menjalani kehidupan suami isteri.
Thursday, July 7, 2011
hati runsing..
assalamualaikum semua... sekarang hati aku runsing sangat.. risau mikirkan mak aku. since Fatin dah masuk Polisas hari tu, mak kena tinggal sorang-sorang. kesian kat mak..first day Fatin masuk hostel mak sms aku cakap rindu ke Fatin. sebelum ni anak dara dia tu tak pernah tinggalkan dia. biasa kalau pergi camping ke ape ke sekurang-kurangnya Along ada temankan. tapi ni mak tinggal sorang-sorang. mak ada cakap dia tido kat hall dah sekarang. sebab takut tido dalam bilik sensorang.
aku pun dah risau. takut apa-apa jadi kat mak. Ya Allah, Kau lindungilah mak aku. semalam mak sms lagi. rindu fatin sangat katanya. tanya aku balik atau tak this week. oh mak.. kita nak balik sangat. tapi dah janji dengan anak-anak didik kat sini. ari tu dah skip kelas. kena ganti kelas diorang. Along pulak balik kampung mertua dia.
kebetulan pulak kewangan kitorang down teruk bulan ni sebab My Kan. bukan setakat My Kan je wat hal. wave pulak berperangai. seketul tayar baru kena tukar.. abis bajet lari. so, terpaksalah kami akur dengan keadaan Mr J tak datang Bangi. bolehlah bawak mak jumpa Fatin kat Polisas. Kebetulan pulak Fatin boleh balik 2 minggu sekali je. Mak pun dah rindu sangat. Mr J pun sanggup. katanya, tu je dia mampu buat dan tolong keluarga kami. Thanx abang. tapi siriyes sedih..~~ i will miss u..
uhuhu~~ mengenangkan weekend tanpa Mr. J di sisi.. ah.. sakitnya... bilalah dapat duk bersama nih. sakitnya PJJ... ape pun tak boleh.....

Subscribe to:
Posts (Atom)