besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, July 7, 2011

hati runsing..

assalamualaikum semua... sekarang hati aku runsing sangat.. risau mikirkan mak aku. since Fatin dah masuk Polisas hari tu, mak kena tinggal sorang-sorang. kesian kat mak..first day Fatin masuk hostel mak sms aku cakap rindu ke Fatin. sebelum ni anak dara dia tu tak pernah tinggalkan dia. biasa kalau pergi camping ke ape ke sekurang-kurangnya Along ada temankan. tapi ni mak tinggal sorang-sorang. mak ada cakap dia tido kat hall dah sekarang. sebab takut tido dalam bilik sensorang.

aku pun dah risau. takut apa-apa jadi kat mak. Ya Allah, Kau lindungilah mak aku. semalam mak sms lagi. rindu fatin sangat katanya. tanya aku balik atau tak this week. oh mak.. kita nak balik sangat. tapi dah janji dengan anak-anak didik kat sini. ari tu dah skip kelas. kena ganti kelas diorang. Along pulak balik kampung mertua dia.

kebetulan pulak kewangan kitorang down teruk bulan ni sebab My Kan. bukan setakat My Kan je wat hal. wave pulak berperangai. seketul tayar baru kena tukar.. abis bajet lari. so, terpaksalah kami akur dengan keadaan Mr J tak datang Bangi. bolehlah bawak mak jumpa Fatin kat Polisas. Kebetulan pulak Fatin boleh balik 2 minggu sekali je. Mak pun dah rindu sangat. Mr J pun sanggup. katanya, tu je dia mampu buat dan tolong keluarga kami. Thanx abang. tapi siriyes sedih..~~ i will miss u..

uhuhu~~ mengenangkan weekend tanpa Mr. J di sisi.. ah.. sakitnya... bilalah dapat duk bersama nih. sakitnya PJJ... ape pun tak boleh.....

2 comments:

nasha_libra said...

aku xnak merapu,aku nak ckp je,ko kena byk sabar,bkn senang nak senang kan,ko susah skrg,entah esok lusa time utk ko senang plak...so,sabar ek..;)

qasehqaleef said...

ok. thanx... doakan aku...