besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 5, 2011

Fatin ke POLISAS...

ni entry terkumpul sebenarnya... since minggu lepas lagi aku sekeluarga kelam kabut sebab adik aku si fatin ni masuk politeknik. semambu. dekat je. tapi excited lebih. maklumlah si bongsu katakan. mak pun risau terover pulak. semua benda nak dipesan nya... time aku dulu takde pulak mak pesan cenggitu.. dengki nih. mak selalu cakap kat aku yang aku kuat. boleh handle sendiri, fatin lembut. mak tak harap pun fatin bersendirian. sebab tu mak risau.

 inilah fatin... 
dia ni manja sikit. maklumlah tak pernah tinggalkan mak. tak pernah masuk asrama. alhamdulillah dapat masuk Politeknik Sultan haji Ahmad Syah kat Semambu je. mula tu kitorang macam taknak bagi je dia duk asrama. risaukan mak sorang-sorang duk rumah. tapi tengok pada muka fatin nampak macam teringin sangat nak duduk asrama. kitorang bagi peluang. tapi untuk satu semester jelah. bukan nak halang pun. tapi lebih kepada risau. terpikir jugak boleh ke dia nak berdikari.
sedangkan, masa kitorang semua nak ke Johor masa sepupu kahwin. si fatin ni tak ikut pun. sebab dia ada trip ke Cameron Highland dengan Penang. Hampir-hampir nak batalkan trip tu. tapi cikgu dia tak benarkan. so, terpaksalah pergi. siap ada scene menangis pulak. adeh. aku pulak kena tengok scene mak aku menangis sebab tinggal anak dara dia sorang-sorang.
 ini barang2 dia bawak. duk risau cukup ke tak ke. apa ada hal. Polisas dengan rumah mak aku 30 minit je. tapi tulah Fatin. aku cakap nanti apa-apa tertinggal. along boleh jantarkan je... 

 mula-mula cam gini seronok lagilah. cuba tengok jap lagi.. hehehe...

 sibuk duduk berkemas. tapi kurang sukitlah. bukan nak komplen ape pun. tapi susun atur bilik diorang ni macam berterabur. 5 katil sebilik. 4 katil berpenjuru. tup-tup satu katil kat pulau tengah-tengah tu. itulah fatin dapat. bagi naya je. semalam fatin sms bagitau kena tukar bilik pulak. sebab bilik tu senior nak duduk. hangin gak aku. barang dah siap kemas ape semua sekali nak bilik jugak. kalo nak duduk jangan nak open bilik untuk junior. tak pasal2 diorang kena pindah bilik lain. facilities pun kurang.. 

ni muka fatin bila aku cakap nak balik. dia menangis. hahaha... konon nak control. aku pun sebenarnya sebak. sebab tu balik awal. taknak tengok scene mak nangis-nangis. 
so, fatin. selamat menempuh alam baru. alam bergelar pelajar. semoga apa yang diimpikan tu menjadi kenyataan. semoga cemerlang dalam pelajaran. jangan hampakan mak.

2 comments:

LYAfrina said...

HEHEHEHEE..30 MIN JER... XPELA..NK RSA PGALAMAN DUK HOSTEL TU

qasehqaleef said...

agaknyalah kot. at last semalam mak cakap duk sebulan je....