besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 1, 2011

Anak cina

salam jumaat semua. tadi on FB. ada junior aku komen gambo kawin aku. she said "macam chinese". nak tergelak aku baca. adik, akak melayu sejati tau... hehehe.. masuk ni dah berapa kali orang cakap aku ni anak cina lah, muka cinalah. adik beradik aku pun cakap aku obvious gile ke'cina'an tu...

cina ke ni? uwaaa....

dulu masa kecik-kecik kan. mak cerita ada satu tauke cina ni mau beli aku. dia cakap nak buat aku jadi anak dia. siap offer 5 ribu lagi. tak taulah mak siriyes ke main-main. aku opkos tak percaya. tapi mak suka ugut aku time kecik-kecik dulu kalau aku nakal nak anto aku balik rumah tauke tu.mesti mak cakap. 

"mung degil ah, mak anto mu umah awang cina botol"

serius takut kalau mak betul-betul anto umah tauke tu. awang cina botol tu tauke cina yang duduk kat kampung aku. dia adalah salah satu dari 3 keluarga cina yang ada masa tu. tapi sekarang dah ramai dah. dulu kan. susah nak tengok anjing tau kat kawasan kampung aku. tapi sekarang bersepah-sepah. bila tengok tu jadi jakun jap. uhuhu~~~

tiap kali CNY paling gasak aku kena. mesti mak aku tanya~~

"mung tak balik umah ayah mung. ambik limau banyak sikit"

kadang-kadang aku terpikir jugak betul ke aku ni anak cina. kalau aku anak cina maknanya aku bukan anak mak. aku bukan anak ayah. uwaaa... sedih.. biasalah permikiran remaja. pastu terpengaruh pulak dengan novel yang banyak pasal anak angkatlah bagai kan. otak remaja. bad think always. dah stat pikir mak tak sayang aku. dan yang aku perasan masa tu. aku jenis tak menolak chinese food.. uhuhu~~

tapi dah besar ni dah kahwin ni dah jadi kalih...dah tak kisah apa orang nak agak. dulu masa kecik-kecik. kalau ada orang provoke aku "anak awang botol" aku marah sangat. sebab aku anak Mat sani.aku anak ayah. anak mak. kan. mak kan? kita nak mak kan. anak ayah kan.
ni ayah aku. dia ada chinese look jugak sikit-sikit..

sebenarnya aku pun tak tau muka aku ni ikut sape. belah mak pun ada. belah ayah pun ada. mak cakap dulu-dulu nenek moyang kitorang asalnya datang dari cina campur dengan siam. tak pasti kebenaran. tapi apa yang aku perasan. setiap keluarga mesti ada sepupu aku yang mata sepet jugak.. kan kan dd dudu. betul tak? hehehe... 

sekarang, bila Mr. J pun dah tau kisah kecik-kecik aku. dia dah pandai kenakan aku. asal pagi-pagi balik kampung mesti dia bawak aku lalu depan rumah awang botol tu. dia mesti tanya "nak singgah tak?" hampeh betul....

 tapi saya melayu tulen ye.. hahahaha.. malu taw cakap akak camtu..

tapi tengok generasi seterusnya.. 

5 comments:

aDieyZa said...

ada cina nak beli?? wah, mesti masa tu u sgt comel!!!

qasehqaleef said...

hahahaha.. comel?? nan ado.. dia nak beli sebab nak anak muka versi melayu pulak kot... hehehe.... tauke tu main2 je...

LYAfrina said...

HHEHEHE..MMG CHINESSE LOOK NI..

LYAfrina said...

HHEHEHE..MMG CHINESSE LOOK NI..

qasehqaleef said...

kahkah.. kelako. kebetulan je tuh..