besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 8, 2011

Hot Chat "mulut orang'

Salam pagi Jumaat semua. semoga kita mendapat keredhaan dan keberkatan di pagi Jumaat yang mulia ni dan juga hari-hari mendatang. ondeway nak pergi kerja aku haruslah on radio Hot FM. terdengar topik hari ni "kerana mulut orang" mula-mula first caller ni mengadu dia penat kerana mulut orang dia dengan suami tensen sebab dah 8 bulan kahwin, orang dah bertanya pasal anak. dia cakap since kahwin macam-macam dia usahakan untuk dapat anak. tapi belum rezeki. tapi dek kerana mulut orang boleh buat kita tensen kan.

aku paham apa perasaan caller tu. cuma bagi aku mulut orang ni susah nak jaga. orang boleh bercakap apa sahaja. sebab tak kena kat batang hidung diorang. kena kat diri sendiri ke atau kaum kerabat diorang baru menggelabah. kan?

kalau belum kahwin tanya : "bila nak kahwin?"
dah kahwin tanya pulak: "bila nak bertiga?" bila nak dapat anak?"
dah ada anak sorang tanya pulak: "bila nak tambah lagi?"
kalau ada yang tanya camni " bila nak tambah isteri?" ~~ tu memang nak kena penampor..


mulut orang. pemikiran orang tak sama dengan kita. kalau bab zuriat ni tak semua orang boleh berpikiran terbuka. bagi aku rezeki anak ni. rezeki dari Allah. kalau Allah berkehendakkan bagi kita anak, itulah namanya rezeki anak kan?

contohnya, orang kata aku lambat dapat sebab aku PJJ dengan Mr. J. tak jugak. ada jugak kawan-kawan aku. PJJ dengan husband dia Sarawak-KL. tapi Allah bagi jugak rezeki. Allah berkehendakkan itu. Kita ni hanya mampu usaha. 

sama jugak dengan zaman sekolah kita dulu. dari awal tahun kita dah prepare untuk SPM. contohnyalah kan. kita dah fokus on beberapa subjek yang penting untuk sesuatu course tu. amik contoh nak jadi guru. syarat dia english nak kena A2 kononnya.tiba hari exam. dah baik punya nak jawab paper English tu sekali kena senggugut pulak, demam menggeletar ke, ujan ke. apa jelah halangan yang kita tak duga. time dapat result tu. tak menepati target kita. so, itu semua kehendak Allah. tapi kita kena ingat, apa yang allah bagi tu ada hikmahnya.

Hikmahnya kita akan nampak kemudian hari. tak semestinya Allah tak bagi tu bermakna Allah tak sayangkan kita. sebab Allah sayangkan kita lah Allah menguji kita. Betul tak? tapi yelah, poyolah kalau aku tak kata aku tak mengeluh jugak kan. opkos mengeluh. kadang-kadang datang sunyinye. lagi-lagi bila berjauhan dengan Mr. J ni. terpikir kalau ada anak kan best. terpikir kenapa Allah taknak bagi aku ada anak lagi. meratap jugak.. tapi one side bila kita ditimpa masalah yang kita unexpected. contoh macam My Kan meragam kan. terpikir semula. "inilah hikmahnya". betul tak?


banyak contoh-contoh aku boleh bagi dalam hidup aku tentang mulut orang ni:
1-    masa Form 4. aku dapat offer masuk MRSM Kuala Lipis. kebetulan masa tu kitorang first batch yang     jadi student kat situ. so, everything benda baru dalam hostel tu. 2 minggu je aku bertahan. aku paling tak sanggup bila aku dengar suara arwah adik aku masa tu yang suspected Leukimia. adik cakap dia tak makan. aku jadi down. aku tak tentu arah. dengan dunia serba takde connection dengan dunia luar. public phone pun takde. aku nekad dalam diri dengan keadaan adik yang tenat dan sebenarnya dunia hostel ketika itu bukan dunia aku, aku nekad nak keluar dari MRSM tu.aku usahakan jugak. at last aku dapat jugak keluar. biasalah cakap-cakap orang. aku tulikan telinga. aku balik semula ke sekolah biasa. alhamdulillah, masa kau masuk matrikulasi terjumpa balik kawan aku dari MRSM tu. aku tanya result. lebih kurang aku. tapi at least aku duk sekolah biasa aku dapat jugak merasa jadi Best Student. dapatlah jugak bergambar dengan MB Pahang. itulah hikmahnya. betul tak??

2.    masa aku dapat offer UMT dulu ianya dikenali KUSTEM (Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia). walaupun status Kolej universiti tapi masih lagi IPTA. so, letterhead pun ada tulis Kolej.  adalah mulut-mulut orang cakap aku ni bodoh, pergi masuk kolej. padahal result layak ke universiti. rata-rata orang kampung akulah. aku tulikan je. tapi mak aku down sangat-sangat. biasalah orang tua kan. aku tak tau nak jelaskan camne lagi pada diorang. satu pagi tu maklong call aku. bagi moral support. ayat aku ingat "orang bodoh je yang tak tau KUSTEM tu IPTA" maklong jelaskan kat mak. Alhamdulillah, mak paham. pastu bila aku dah third year barulah KUSTEM dinaiktaraf menjadi UMT. so, aku graduan UMT. inilah hikmahnya. kan??

3.    pastu, bila aku dapat kerja sini. Alhamdulillah. aku dapat kerja sini betul-betul abis belajar. so, aku tak sempat menganggur. walaupun post hanya level SPM aku dah syukur sanagt. sekurang-kurangya aku tak menganggur. sebelum ni ramai yang marah aku terima kerja sini. aku tulikan je. niat aku nak bantu mak. nak tolong along. apa kerja aku sanggup. janji halal lah. so, aku grab post ni. Alhamdulillah. dengan kerja ni aku mampu setelkan payment rumah mak. sekarang tunggu penyerahan geran rumah je. dengan kerja ni aku boleh beli maotorsikal ni dan MY Kan tu. Alhamdulillah. walaupun gaji kecik dan mampu cukup makan. tapi sekurang-kurangnya kalau aku mati sekalipun, insyaAllah aku dah rasa puas hati sangat sebab dapat tolong mak.

4. ni baru je berlaku tadi. mcm entry semalam. Mr J plan nak tido rumah mak je malam ni. so, aku bagitau mak. mak cakap segan sebab Mr J kan menantu lelaki. takde orang lain pulak tu. mak aku ni penyegan sebenarnya. dia takut orang mengata. mulut orang kan. so, terpaksa batalkan jelah. mak dah cakap camtu. takkan nak wat tuli kan. hehehe

apa-apa yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya. kita hanya percaya apa yang berlaku ni semua kehendak Allah. Mintaklah dijauhkan dari segala kejahatan. Amin~~~


3 comments:

aDieyZa said...

mulut orang mmg susah nak ditutup.. apa yg blh kita buat, dgr jerlah.. kalau positif, simpan dalam hati.. kalau negatif, kita buang ckp2 tu terus.. manusia ni mana boleh duduk senyap jer..

anak merupakan salah 1 rezeki dr Allah.. bersabarlah untuk mendapatkan rezeki tu.. insyaAllah ada rezeki utk kita nnti..

Bila Ku Kata Cinta... said...

betol tu zana...tak terlayan dek mulut org ni...kalau mulut tempayan..sonang den nak sumbat..hehe

qasehqaleef said...

~adieyza~ betul tu. sebab tu kita kena pikir yang baik datang dari Allah. yang buruk itu dari kita sendiri. kan?

~bila ku kata cinta~ hehehe... mulut tempayan kite pcahkan tmpayan tu.. hehehe...selamat pengantin baru. masih tak terlambat kan?