Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, July 18, 2011

impian kami kalau aku mengandung...

assalamualikum. fuh. 3 hari tak bogging. sibuk? haruslah tak. cuma tak berapa nak sihat....Mr J pun tak berapa nak sihat. weekend baru ni dapatlah jumpa. tupun tak berapa nak puas dapat bersama 2 hari je. rindu sangat-sangat....

baru-baru ni aku saje2 bersembang dengan Mr. J. aku tanya Mr J apa dia nak buat kalau aku betul-betul mengandung. tau dia jawab ape?
 1. Abang sujud syukurlah.
2. Abang nak botakkan kepala ~~ nazar dari dulu lagi.
3. Abang nak buat satu blog untuk cite progress pregnant anak kita.
4. Nak jalankan nazar-nazar yang lain.

ok. yang 1, dengan 4 memang wajib buatlah kan. tapi yang no 2 tu. aku bukan niat nak gelak pun. cuma takleh nak imagine Mr J kalau botak. aku memang tak suka dari dulu lagi kalau Mr, J botakkan kepala. tapi dia tak pernah botakkan lagi. tapi kena berkorbanlah kan. kata nazar. ye dak? sekali je pun Mr. J botakkan kepala dia. ~~ insyaAllah terlaksana dengan izin Allah kalau Allah betul-betul izinkan kami untuk mempunyai zuriat...

yang ke 3 tu aku agak was-was sikit... sebab Mr J selalu komplen kato pis tak dapat main tenet. hanya lunch hour je boleh bukak. itu pun berebut nak guna. haruslah nak on FB. sampai sekarang pun Mr. J tak dapat baca blog ni. dia cuma dapat baca time menunggu aku abis mengajar tuisyen. itu pun di CC. aku tanya jugak masa bila Mr J nak buat blog untuk progress tu kan. dia kata dia sanggup singgah CC semata-mata nak update. sweetnye.. aku tanya apa nama blog tu nanti. jawab Mr J.. ~~ aku bakal babah~~.. hahaha. semoga impian abang tercapai. amin..

aku? apa impian aku kalau aku mengandung? impian haruslah nak menjalankan nazar-nazar yang dah tersimpan. di samping menjaga kesihatan diri sendiri demi baby kan. ada satu lagi yang aku impikan. aku nak beli ni...

buku diari hamil.
orang kata buku ni bagus kan untuk ibu mengandung.
dah lama aku tengok buku ni kat kedai. 
terpikir jugak bilalah aku boleh guna buku ni jugak.

"Ya Allah, sekiranya Kau berkehendakkan kami mempunyai zuriat sendiri, Kau permudahkanlah segalanya. Sesungguhnya Kau lah Maha Pencipta lagi Maha Pengasih Maha Penyayang." ~~ Amin..

No comments: