Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 26, 2013

Wahai Ahli Syurga

Serius. Aku menaip sambil menangis. Rasa sedih  sangat. Rasa sayu sangat. Weekend lepas. Aku ada on FB. Ada terbaca kat satu wall junior sekolah aku. Atau sebenarnye lebih kepada jiran setaman jugaklah. Dia dah berkahwin. Baru je selamat melahirkan anak kedua. Dua-dua boy. Tapi ujian Allah maha hebat. Anak keduanya meninggal dunia akibat tersedak susu pada usia 48 hari.

Ya Allah. Hebatnya Allah nak menguji hambaNya. Tapi Allah akan menguji hamba-hambaNya yang kuat sahaja. Allah tak akan menguji di luar kemampuan hambaNya kan. Mungkin aku boleh katakan pada dia agar kuat semangat. Tapi aku mampu kah andai ini terjadi pada aku?? Allahuakbar......

Di saat ini. Aku hanya mampu berdoa agar adik kita ditabahkan dan diberi kekuatan luar biasa untuk menghadapinya. Kehilangan anak sangat terasa.Terkadang rindu baunya, pelukannya, senyumannya. Percayalah. Anakmu sudah menjadi ahli syurga.

Teringat pada ceramah Ustaz Kazim Elias Al Hafiz. Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang kematian 3 orang anaknya yang belum baligh. Maka kedua ibu bapa nya melalui siratulmustakim hanya sekadar melepaskan sumpah sahaja" Lantas Abu Dzar bertanya "Ya Rasulullah, aku kematian 2 orang anak belum baligh" Maka Rasulullah menjawab "Kedua ibu bapanya jugak masuk syurga" Ada lagi yang bertanya "Aku kematian seorang anak belum baligh?" Rasulullah menjawab " Anakmu akan menjadi benteng dari api neraka untuk kedua ibu bapanya" Maha suci Allah. Dengan syarat ibu bapa hendaklah redha...

Masha Allah... Aku tau kematian adalah dugaan paling berat untuk kita terima kan. Teringat pada Mak. Mak kematian 3 orang anak lelakinya. 2 belum baligh. 1 sudah baligh. Untungnya mak dan ayah. 2 ahli syurga menunggunya mereka di sana. Terkadang mak merindui saat semua anak-anak berkumpul bersama. Aku selalu cakap kat mak. Mak beruntung. Mesti mak akan diam... Semoga mak jugak akan menjadi ahli syurga. Sebab tu aku hanya ingin mak gembira dan bahagia selagi hayatnya masih ada.

Hari cheri berri..

Wah.. Sopan je bunyi. Cherri berri. Namun hakikatnya. Hadoi. Allah je tahu. Hahaha. Semalam kami laki bini sangat sehati sejiwa dalam mengahadapi cherri berri.. Puncanya adalah makan lauk kenduri jiran kuarters kami. Wallahuallam. Sebab hari Ahad tu aku memang tak masak apa-apa. Cuma masak untuk Yaya je. Kami laki bini makan kat kenduri. Breakfast pun disediakan jugak.. Tengahari makan kat kenduri. Petang tu dapat pulak lauk bungkus. Adat kenduri lah kan.

Pendek kata memang totally semua makanan dari tempat kenduri. Dalam jam 4 pagi. Aku mimpi ngeri. Mengongoi nangis Terus cari Mr daddy nak peluk. Dah pujuk-pujuk aku tido balik. Rupa-rupanya masa tu Mr Daddy dah kena cirit birit. Tapi dia tak bagitahu aku. Macam biasa aku bangun jam 6 pagi. Nak sediakan bekal Yaya. Rasa sakit perut. Pergi toilet. Dah siap. Sambung kerja semula. Pastu rasa nak pitam. Berlari aku masuk bilik. Mr Daddy tanya kenapa. aku cakap nak pitam. Cramp perut. Dia cakap dia pun sama. Lepas tu, berebut tandaslah kitorang. Kuikui... 

Mr Daddy decide nak pergi klinik. Yaya hantar jugak ke Mama Nor nya. Kitorang ke klinik. hampir 3 jam jugaklah kat klinik. Pheww... Aku kena amik sampel air kencing. Mr Daddy kena amik sampel najis. Mungkin Doktor tak percaya kot. Namapk gemuk semacam. At last baru doktor mintak maaf. Dia cakap selalu sangat orang tipu cirit birit sebab nak sekeping MC. 

Dan kami. Memang cirit birit.. Haahahaha. Dapat MC. Pergi makan pun sekadar alas perut. Aku dan menjerit sakit. Uih tak tahan. Baik takyah makan kot. Balik rumah. Terbungkam tido laki bini. Bak kata Mr Daddy. Tidor je ubatnya. Bila dah petang semakin kurang sakitnye... Terpaksa gagahkan diri. Ambik Yaya. Beli barang dapur kat Tesco dan Giant Nilai. Kuat pulak ek bila part berjalan.

Mr Daddy kerja pulak malam tadi walaupun dapat MC. Kesian betul.. Hari ni dah ok sikit. Tak fobia macam semalam.... Alhamdulillah. Nasib baik tak kena dekat Yaya. Syukur..

Friday, March 22, 2013

Aku bz ke??

Aku bz ke?? Ada ku kisah? Hehehe.. Quit bz lah kan. Sengaja membizikan diri. Hehehe.. 3 hari attend kursus. Kan Puan Tasha? Seronok sangat.. Dapat jumpe abang Aaron yang comel tu?? Nasib baik tak standby buku mintak autograf. Semalam nak update blog pun tak tau nak buat content ape. Balik bilik. Setelkan kerja tertangguh. Banyak ke? Mestilah tak... 

Baru nak update. Oh terlupa. Nak update event Mega Reunion SMKTL batch 2013. Uhuhu. Rindu pada kawan-kawan sekolah. So, aku appointed as one of the organizer. Haruslah banyak benda nak plan kan. Alhamdulillah mendapat sokongan dari kawan-kawan lama. Ramai yang nak attend. Tak sabar aku. So, macam-macam lah plan. Sekarang aku masih lagi kena follow up banyak benda.. Seronok jugak jadi organizer ni. Mungkin akan jemput-jemput jugak cikgu-cikgu sekolah. Aarrgghh. Lamanya tak jumpa cikgu....

Terima kasih pada Facebook dan Whats app yang banyak tolong aku dalam menguruskan mega reuinion ni. Nama macam event gempak je. Gempak kot bagi au. Selesai event ni. Aku nak try organize reunion geng-geng UMT pulak lah. Reunion kat pulau pun best. Mestilah Terengganu jugak menjadi destinasinya. I will. In sha Allah..

Dah lama tak balik kampung kan. Ahh rindunye. Tapi kekangan masa sekarang agak payah nak susun masa. Mr daddy mula sibuk kerjanya. Dan tak menentu. Kesian Onni, Makshu, Airil, Ayahlong dan Ciklong Yaya rindu kat Yaya. Maklong Yaya pun mesti rindu nak cubit Yaya. Mummy pun rindu Airil. Dah pening ngan perkataan rindu. I miss my hometown.... Uhuhuhu..

kredit to google.



Friday, March 8, 2013

Kejutan demi kejutan

Pagi tadi aku ada kursus. Kebetulan bangun lambat pulak. Hadoi. Oooppsss.. Bukan sebab malam jumaat okeh. Anak dara kami bangun pukul 4 pagi duk korek lubang hidung mummy dia. Korek mulut mummy dia. Pastu sepak sana sepak sini. LAyankan aje dia nak main. Tido semula pukul 5 lebih. Nak bangun semula pukul 6 pagi. Sekali terlajak 6.30. 

Kelam kelibut bangun masak bekal untuk Yaya. Dalam otak ni duk pikir nak masak apa ye untuk breakfast Mr Daddy. Aku takpe ada kursus. Boleh makan pagi kat situ je. Hehehe. Dah siap semua pun pukul 7.30. Argghh. Mr Daddy pulak kerja waktu normal. Nampak roti. 

Aku pun tanya "Abang.. Makan roti dengan nutella boleh? Tak sempat sangat" sambil bancuh susu Anlene untuk Mr Daddy. He said "OK je!". AKu pun kelam kabut bawak keluar nutella bagai. Dia pun cakap semula "Mummy perglah mandi. Nanti daddy hantar Yaya" Aku duk berkira lagi. Takut dia lambat dan sememangnya akan lambat. Lastly, aku memang takde pilihan. Mr Daddy kena hantar Yaya pagi ni. Sebab aku ada kursus. Siap mandi. Bersiap. Nak keluar rumah. Mr Daddy hulur plastik. "Bekal untuk sayang" wah.. touching.....

Roti disapu nutella. Walau 2 keping. Aku appreciate sangat.
Sampai di opis. Lepas punch. Dapat mesej dari Puan Natasya. Rupa-rupanya kursus start jam 9 pagi. Aduhai. Masuk opis semula. Bukak blog. Wat ucapan sikit yang tadi kan.

Habis kursus tu, memang plan dari awal nak ke mini market Bandar Seri Putra. Ada offer murah-murah. Seharusnya nak grab Pampers Pet-Pet dan beras. Beli barang untuk lauk sekali. Sampai di rumah. Bukak peti warghhh.. terkezut mak nok... Nampak ni...

Kek tiramisu

Harus tak bertambah touching?? Raa nak menangis. Pastu Mr daddy datang kat aku. Cakap cenggini "Abang nak cari bunga untuk sayang.. TApi tak jumpe kedai.. Kalo ada nanti abang belikan ek"..
Ini bukan drama okeh. its real.. Wah.. bertambah touching.. Errmm... Speechless...
Terima kasih Abang. Bersusah payah untuk ini. Sayang tak perlukan semua ni (kalau nak bagi sayang terima).. Hanya kasih sayang abang seikhlas yang buat sayang bahagia. Semoga kasih kita hingga ke Jannah...

4th Anniversary


Alhamdulillah. Hari ni genap 4 tahun aku dinikahi oelh saudara M JUMMARY BIN M ADNAN. Pejam celik pejam celik tendang terajang. Dah 4 tahun.

Syukur sangat masih diberi peluang atas muka bumi ini.
Syukur sangat kerana Allah limpahkan kehidupan yang baik...
Syukur Allah beri suami yang baik dan penyayang...
Syukur Allah panjangkan jodoh kami walaupernah diberi ujian yang besar...
Syukur Allah menguji kami sebelum memberi nikmat yang tak terucap...
Syukur Allah mematangkan kami dalam rumahtangga...
Syukur Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kami..
Syukur Allah memberi Cahaya Pemberian Yang Mulia kepada kami...
Syukur Ya Allah atas segala limpahMu...

Alhamdulillah. Semakin hari semakin bahagia. Semakin hari semakin tak boleh hidup tanpa dia. Semakin hari semakin tenang. Semakin hari semakin kuat rasa sayang nya. Semakin hari semakin kuat rasa rindu... Semakin hari semakin tak cukup waktu bersama..

Semoga kita bahagia hingga ke Jannah ye bang~~
Arrghh.. Tiada kata yang aku boleh ungkapkan. Terima Kasih Ya Allah.. Terima Kasih Mak Ayah. Terima kasih Ma dan Arwah Abah kerana melahirkan seorang suami yang sempurna bagi saya. Terima aksih pada semua atas doa dan nasihat untuk kebaikan kami...Alhamdulillah~~

Penyeri kami~


Wednesday, March 6, 2013

Tuesday, March 5, 2013

Gelagat Yaya yang aku rindu

Alahai... Setiap hari rindukan anak dara sorang tu. Walau letih macam mana pun. tetap nak main dengan anak dara tu. Setiap kaletahnya dirindui. Kalau boleh nak cerita kat semua orng. Tapi berlapik jugak. Nanti dicemuh orang. Orang lain pun ada anak jugak kan. Hehehe. Tapi nak share jugak gelagat Yaya yang buat aku teringat-ingat bila kat opis. Kadang-kadang dalam tak sedar aku buat. Kukui...






Sekarang Yaya dah pandai angguk-anggukan kepala kalau orang tanya pada dia. Onni lah ajar. Bila orang tanya "Nak.. Nak.." dia anggukkan kepala banyak kali. "sedap tak sedap tak" angguk banyak kali. Omaknye mesti lah suka anak cakap mummy dia masak sedap. Hahahaha. Pendek kata semua benda dia angguk lah. Kalo tanya "penampor nak?" laju jugak angguk kepala. Yaya Oh Yaya... 

Dia dah pandai kiss orang. Tapi bukan pipi atau mulut di kiss nya. Perut, bahu, lengan yang di kissnya. Kalo kiss Daddy mesti kat Daddy yang dah overdue tu.. Hehehe. Tempat pebret Yaya landing... Bila aku cakap mmuuaahh sikit. Dia bukak mulut luas-luas. Kiss dekat bahu aku banyak kali. Bunyi lah Uuaahh dia tu... Kalo aku amik dari rumah Mama Nor dia mesti peluk aku kiss kat bahu.

Paling best semalam bila dia kantoi dengan aku nak makan kertas. Aku di dapur. Perhati je dari jauh apa dia nak buat. Aku nampak dia nak masukkan kertas dalam mulut. Aku pun menjerit "Aalya!!!!!" Terkejut dia. Terus merangkak laju-laju datang kat aku. Aku dukung dia. Dia peluk kemas-kemas. Kiss bahu aku banyak kali. Terus hilang marah. Duhai anak.... Penyejuk hati sungguh kamu wahai Dhiya mummy dan Daddy..

Friday, March 1, 2013

Pot Luck Kat Opis

Saje nak share apa aktiviti aku. Hehehe. Sila jangan meluat ye. Kata nak tepek moment sendiri kan. Ok. Nak cite pasal kejadian semalam. Sejak dua menjak ni aku dan member opis ni suka sangat nak buat pot luck. Masak ringkas-ringkas je. Tapi kalo aku dan Kak Nor plan mesti ada yang nak join lagi. Contohnya, Puan Hasnah. Siap bersponsor lagi.

Jadinya... Aku dan Kak Nor plan nak buat pot luck pada tarikh 1 Mac. Kebetulan pulak Puan Hasnah naik gred. Dia niat nak belanja satu bangunan (bangunan kecik je).  Belanja KFC. AKu pulak masak spageti meatball. Kak Hasnah ada jugak bawak roti jala dan Kak Nor buat kari. kebetulan tarikh 27 February Azmi sambut besday dia yang ke-26. So, dia nak belanja kek..

Makanan yang di "pot luck"

Kak Hasnah belanja set bucket
Pecan butterscotch. Pebret aku.

Azmi dan Encik Zahid. Besday "boys"

Seronok jugak buat pot luck camni. 2 bulan sekali ke 3 bulan sekali ke. Biasa bahagian aku ada buat "Brown BAg" (jamuan) 3 bulan sekali. Tu biasa makanan catered dah. Time pot luck ni sendiri masak. Sebelum ni banyak kali dah buat. Semoga lepas terus kekalkan aktivit camni..


Steamboat + BBQ Sizzling @ Atap-Atap Nilai

Selasa baru ni, Pak Dir (adik bongsu MIL) ada seminar kat Seremban. Maksu (isteri Pak Dir ajak gathering. Siap request nak makan steamboat pluas grill lagi. Aku ape lagi cadang tempat pebret kami lag. Atap-atap depat Giant Bandar Baru Nilai. Selain tu, ajak jugak cousin Mr Daddy yang duk kat Kajang tu. 




Ini je gambar yang ada. Aku lupa nak bawak kamera. Kuikui. Sebab kat tangan dah penuh ngan purse dan botol susu Yaya. Mr Daddy snap dengan henpon dia tapi tak upload-upload jugak. Aku amnik dalam FB Pak Dir.

Sekarang dah naik harga kot kat Atap-Atap ni. LAst aku pergi bulan puasa tahun lepas baru RM27 untuk buffet steamboat + grill. Now dah RM30 untuk steamboat + BBQ sizzling + dim sum. Mungkin sempena Tahun BAru Cina.

Yang aku perasan aku dah tak seaktif dulu bila makan buffet ni. Tak tau lah nape Cepat benor kenyangnya. Kalo dulu akulah juara. Kawan-kawan Mr Daddy pun terkejut tengok keaktifan aku makan buffet steamboat. Mungkin faktor usia kot. Hehehehe.. Tua sebelum usia sebenar... kan?? Errmmm..

Apa-apa pun memang seronoklah malam tu bila berkumpul bersama. Kitorang baru plan nak belanja. Sekali Pak Dir dah bayar. Terima kasih sangat-sangat Pak Dir. Semoga rezeki Pak Dir dan Maksu melimpah ruahh hendaknya. Amin~~