Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 8, 2013

Kejutan demi kejutan

Pagi tadi aku ada kursus. Kebetulan bangun lambat pulak. Hadoi. Oooppsss.. Bukan sebab malam jumaat okeh. Anak dara kami bangun pukul 4 pagi duk korek lubang hidung mummy dia. Korek mulut mummy dia. Pastu sepak sana sepak sini. LAyankan aje dia nak main. Tido semula pukul 5 lebih. Nak bangun semula pukul 6 pagi. Sekali terlajak 6.30. 

Kelam kelibut bangun masak bekal untuk Yaya. Dalam otak ni duk pikir nak masak apa ye untuk breakfast Mr Daddy. Aku takpe ada kursus. Boleh makan pagi kat situ je. Hehehe. Dah siap semua pun pukul 7.30. Argghh. Mr Daddy pulak kerja waktu normal. Nampak roti. 

Aku pun tanya "Abang.. Makan roti dengan nutella boleh? Tak sempat sangat" sambil bancuh susu Anlene untuk Mr Daddy. He said "OK je!". AKu pun kelam kabut bawak keluar nutella bagai. Dia pun cakap semula "Mummy perglah mandi. Nanti daddy hantar Yaya" Aku duk berkira lagi. Takut dia lambat dan sememangnya akan lambat. Lastly, aku memang takde pilihan. Mr Daddy kena hantar Yaya pagi ni. Sebab aku ada kursus. Siap mandi. Bersiap. Nak keluar rumah. Mr Daddy hulur plastik. "Bekal untuk sayang" wah.. touching.....

Roti disapu nutella. Walau 2 keping. Aku appreciate sangat.
Sampai di opis. Lepas punch. Dapat mesej dari Puan Natasya. Rupa-rupanya kursus start jam 9 pagi. Aduhai. Masuk opis semula. Bukak blog. Wat ucapan sikit yang tadi kan.

Habis kursus tu, memang plan dari awal nak ke mini market Bandar Seri Putra. Ada offer murah-murah. Seharusnya nak grab Pampers Pet-Pet dan beras. Beli barang untuk lauk sekali. Sampai di rumah. Bukak peti warghhh.. terkezut mak nok... Nampak ni...

Kek tiramisu

Harus tak bertambah touching?? Raa nak menangis. Pastu Mr daddy datang kat aku. Cakap cenggini "Abang nak cari bunga untuk sayang.. TApi tak jumpe kedai.. Kalo ada nanti abang belikan ek"..
Ini bukan drama okeh. its real.. Wah.. bertambah touching.. Errmm... Speechless...
Terima kasih Abang. Bersusah payah untuk ini. Sayang tak perlukan semua ni (kalau nak bagi sayang terima).. Hanya kasih sayang abang seikhlas yang buat sayang bahagia. Semoga kasih kita hingga ke Jannah...

No comments: