besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 26, 2013

Hari cheri berri..

Wah.. Sopan je bunyi. Cherri berri. Namun hakikatnya. Hadoi. Allah je tahu. Hahaha. Semalam kami laki bini sangat sehati sejiwa dalam mengahadapi cherri berri.. Puncanya adalah makan lauk kenduri jiran kuarters kami. Wallahuallam. Sebab hari Ahad tu aku memang tak masak apa-apa. Cuma masak untuk Yaya je. Kami laki bini makan kat kenduri. Breakfast pun disediakan jugak.. Tengahari makan kat kenduri. Petang tu dapat pulak lauk bungkus. Adat kenduri lah kan.

Pendek kata memang totally semua makanan dari tempat kenduri. Dalam jam 4 pagi. Aku mimpi ngeri. Mengongoi nangis Terus cari Mr daddy nak peluk. Dah pujuk-pujuk aku tido balik. Rupa-rupanya masa tu Mr Daddy dah kena cirit birit. Tapi dia tak bagitahu aku. Macam biasa aku bangun jam 6 pagi. Nak sediakan bekal Yaya. Rasa sakit perut. Pergi toilet. Dah siap. Sambung kerja semula. Pastu rasa nak pitam. Berlari aku masuk bilik. Mr Daddy tanya kenapa. aku cakap nak pitam. Cramp perut. Dia cakap dia pun sama. Lepas tu, berebut tandaslah kitorang. Kuikui... 

Mr Daddy decide nak pergi klinik. Yaya hantar jugak ke Mama Nor nya. Kitorang ke klinik. hampir 3 jam jugaklah kat klinik. Pheww... Aku kena amik sampel air kencing. Mr Daddy kena amik sampel najis. Mungkin Doktor tak percaya kot. Namapk gemuk semacam. At last baru doktor mintak maaf. Dia cakap selalu sangat orang tipu cirit birit sebab nak sekeping MC. 

Dan kami. Memang cirit birit.. Haahahaha. Dapat MC. Pergi makan pun sekadar alas perut. Aku dan menjerit sakit. Uih tak tahan. Baik takyah makan kot. Balik rumah. Terbungkam tido laki bini. Bak kata Mr Daddy. Tidor je ubatnya. Bila dah petang semakin kurang sakitnye... Terpaksa gagahkan diri. Ambik Yaya. Beli barang dapur kat Tesco dan Giant Nilai. Kuat pulak ek bila part berjalan.

Mr Daddy kerja pulak malam tadi walaupun dapat MC. Kesian betul.. Hari ni dah ok sikit. Tak fobia macam semalam.... Alhamdulillah. Nasib baik tak kena dekat Yaya. Syukur..

No comments: