Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 26, 2013

Wahai Ahli Syurga

Serius. Aku menaip sambil menangis. Rasa sedih  sangat. Rasa sayu sangat. Weekend lepas. Aku ada on FB. Ada terbaca kat satu wall junior sekolah aku. Atau sebenarnye lebih kepada jiran setaman jugaklah. Dia dah berkahwin. Baru je selamat melahirkan anak kedua. Dua-dua boy. Tapi ujian Allah maha hebat. Anak keduanya meninggal dunia akibat tersedak susu pada usia 48 hari.

Ya Allah. Hebatnya Allah nak menguji hambaNya. Tapi Allah akan menguji hamba-hambaNya yang kuat sahaja. Allah tak akan menguji di luar kemampuan hambaNya kan. Mungkin aku boleh katakan pada dia agar kuat semangat. Tapi aku mampu kah andai ini terjadi pada aku?? Allahuakbar......

Di saat ini. Aku hanya mampu berdoa agar adik kita ditabahkan dan diberi kekuatan luar biasa untuk menghadapinya. Kehilangan anak sangat terasa.Terkadang rindu baunya, pelukannya, senyumannya. Percayalah. Anakmu sudah menjadi ahli syurga.

Teringat pada ceramah Ustaz Kazim Elias Al Hafiz. Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang kematian 3 orang anaknya yang belum baligh. Maka kedua ibu bapa nya melalui siratulmustakim hanya sekadar melepaskan sumpah sahaja" Lantas Abu Dzar bertanya "Ya Rasulullah, aku kematian 2 orang anak belum baligh" Maka Rasulullah menjawab "Kedua ibu bapanya jugak masuk syurga" Ada lagi yang bertanya "Aku kematian seorang anak belum baligh?" Rasulullah menjawab " Anakmu akan menjadi benteng dari api neraka untuk kedua ibu bapanya" Maha suci Allah. Dengan syarat ibu bapa hendaklah redha...

Masha Allah... Aku tau kematian adalah dugaan paling berat untuk kita terima kan. Teringat pada Mak. Mak kematian 3 orang anak lelakinya. 2 belum baligh. 1 sudah baligh. Untungnya mak dan ayah. 2 ahli syurga menunggunya mereka di sana. Terkadang mak merindui saat semua anak-anak berkumpul bersama. Aku selalu cakap kat mak. Mak beruntung. Mesti mak akan diam... Semoga mak jugak akan menjadi ahli syurga. Sebab tu aku hanya ingin mak gembira dan bahagia selagi hayatnya masih ada.

No comments: