besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 5, 2013

Gelagat Yaya yang aku rindu

Alahai... Setiap hari rindukan anak dara sorang tu. Walau letih macam mana pun. tetap nak main dengan anak dara tu. Setiap kaletahnya dirindui. Kalau boleh nak cerita kat semua orng. Tapi berlapik jugak. Nanti dicemuh orang. Orang lain pun ada anak jugak kan. Hehehe. Tapi nak share jugak gelagat Yaya yang buat aku teringat-ingat bila kat opis. Kadang-kadang dalam tak sedar aku buat. Kukui...






Sekarang Yaya dah pandai angguk-anggukan kepala kalau orang tanya pada dia. Onni lah ajar. Bila orang tanya "Nak.. Nak.." dia anggukkan kepala banyak kali. "sedap tak sedap tak" angguk banyak kali. Omaknye mesti lah suka anak cakap mummy dia masak sedap. Hahahaha. Pendek kata semua benda dia angguk lah. Kalo tanya "penampor nak?" laju jugak angguk kepala. Yaya Oh Yaya... 

Dia dah pandai kiss orang. Tapi bukan pipi atau mulut di kiss nya. Perut, bahu, lengan yang di kissnya. Kalo kiss Daddy mesti kat Daddy yang dah overdue tu.. Hehehe. Tempat pebret Yaya landing... Bila aku cakap mmuuaahh sikit. Dia bukak mulut luas-luas. Kiss dekat bahu aku banyak kali. Bunyi lah Uuaahh dia tu... Kalo aku amik dari rumah Mama Nor dia mesti peluk aku kiss kat bahu.

Paling best semalam bila dia kantoi dengan aku nak makan kertas. Aku di dapur. Perhati je dari jauh apa dia nak buat. Aku nampak dia nak masukkan kertas dalam mulut. Aku pun menjerit "Aalya!!!!!" Terkejut dia. Terus merangkak laju-laju datang kat aku. Aku dukung dia. Dia peluk kemas-kemas. Kiss bahu aku banyak kali. Terus hilang marah. Duhai anak.... Penyejuk hati sungguh kamu wahai Dhiya mummy dan Daddy..

No comments: