Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 27, 2014

Mandi-manda di Desa Waterpark.

Nak cite pasal moment hari Ahad lepas. Sebelum ni kan. Sebelum anniversary. We olls (aku dan Mr Daddy) dah plan nak pergi honeymoon. Ke satu tempat. Tempat yang boleh throwback memory dulu-dulu. Cewwah. Tapi sebab kekangan masa. Mr Daddy sibuk sempena pilihanraya hari tu. So, postponed. Full stop.

Tapi Mr Daddy tak sedap hati jugak sebab dah janji nak bawak jalan. For time being, Daddy tak dapat cuti yang panjang lagi. So, berjalan dekat-dekat jelah dulu. Next month boleh cuti kot. Daddy decide ajak ke Desa Waterpark. mengenangkan Yaya suka main air. Ni kira reward untuk Yaya jugaklah. Untung jadi anak sekarang kan. pandai satu patah perkataan pun. Dah dapat reward. tapiiii... kami decide bukan semua benda yang kami nak bagi. Mana yang berpatutan jugaklah. Kalo mintak Ipad memang tak dapat lah. aku cuba nak ikut rules yang Wardina buat. No gadgets dan limited television. In sha Allah....

So, Ahad lepas kami ke Desa Waterpark. Rugi plak tak beli voucher dalam Groupon. Dapat diskaun RM5 sorang. Tapi tak expect Daddy ajak pergi situ. Mummy Daddy beria dah bangun pagi solat subuh. Masak breakfast. buat kerja rutin lain. Tapi anak dara tutetap lena. Mau tak nya. Malam sebelum tu tido pun dah pukul 2 pagi. At last, kitorang kejut jugak. Drama pulak sepagi tu. Adesss..


Muka marah lerr tuuu. Hahaha. Kena pujuk baik-baik baru nak senyum. Haruslah Mr Daddy mainkan peranan. Bagi makan telur. roti banyak-banyak. Susu dulu. Baru OK. Then, sesampainya di Desa Waterpark orang dah mula ramai. Nasib beratur tak panjang. Bayaran kemasukan nya adalah RM35 untuk dewasa. RM25 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak bawah 2.5 kaki adalah percuma. Yaya terlebih sikit je. Kena bayar jugak. Uhuhu.


Masuk dalam tu, cari port baik sikit. Nak keluar semula beli token untuk loker isi barang berharga malas dah. Tawakal jelah. Letak je atas kerusi kat situ. tapi aku mandi tak tenang sangat. Asyik toleh kat beg je. Sila jangan ikut macam aku buat.


Ooopps. Abaikan Mr Daddy yang tough lagi seksi tu. Seronok betul diorang ni bermandi manda. Mummy join jugak. Tapi tak se best Yaya dan Daddy.


Try nak main slippery. Comel je kayuh dengan kaki sendiri. Chaiyyok Yaya.

Ni kat pool yang ada wave tu. Anak dara ni langsung taknak keluar dari pool ni. Aduhai...  Badan dah naik legam dah. Dah bape kali hampir lemas. Nak mandi tempat dalam. Geraaam je mummy nih.

Kat dalam ni tak boleh bawak makanan dan minuman dari luar ye. Botol susu anak dibenarkan. kang menjerit pulak kat dalam waterpark ni tak dapat susu. Jadinya... Yang nak berkelah tu kena beli makanan dalam ni sahaja. Memang kena bawak duit lebihlah...

Air mineral jer dah RM3. Nasi goreng cina RM4. ABC RM4. Daddy beli jugak buat alas perut. Hehehe. So far, Alhamdulillah. Yaya seronok sampai taknak balik. Terpaksa angkut dia walaupun meronta-ronta kat situ. Adess.. Next time kita mandi lagi ye Yaya. Mummy cuba cari tempat lain pulak.

Lepas main dah rasa lapar. Request susu. Request air dengan daddy... Perut lapar. Jom pekena steamboat buffet kat Seoul Garden The Mines.




No comments: