Sambil-sambil tu aku cari jugak tempat. So, Khamis lepas bos aku ajak lucnh. Dia tanya aku dah cari tempat ke. Aku cakap Dayah yang pilih. hehehe. Last-last. dah bincang pergi ke tempat pilihan bos aku. Mr Kabab Pakistani di Putrajaya. Dengan alasan Dayah tak pernah makan situ. Asalnya Dayah ajak ke Red Card di Bangi.
So, ke Mr KAbab lah. Aku pun rindu makan Nasi Mandy kat situ...

Aku pilih Nasi Mandy dengan lamb chop. Keutamaan aku untuk pilih makanan kalo ada kambing. Hehehe. Kami berempat. Bos aku, pegawai aku sorang lagi Kak Maz, Dayah dan aku. Sambil-sambil makan kitorang share lah tempat-tempat makan yang best. Banyak yang aku tak tau. lepas ni banyaklah tempat aku nak singgah. Hehehe.
So, Dayah punya last day hari Isnin. Weekend tu aku mencari hadiah untuk Dayah. Nasib ada idea. Dan tukang bungkusnya adalah Mr Daddy sebab puan bini tak kreatip nak membungkus.
Jeng-jeng. Comel tak Daddy bungkus. haahaha. Yaya pun terliur tengok. mintak Daddy bungkuskan hadiah untuk dia jugak... Isi dalam??? Rahsia....
Rupa-rupanya ada jugak untuk aku. Alhamdulillah. Budi baik dikenang jua kan..
Dapat tudung piiinkkkk..... Suke-suke. Macam tau-tau je kakak dia ni suka warna pink. terima kasih dayah.
Bergambar eknangan bersama. Dayah adalah yang pakai tudung hijau. aku??? Yang paling tua dalam gambar. Sigh. Obvious nampak tua dan gemuk bila bergambar dengan adik-adik ni...
Apa-apa pun semoga Dayah dimurahkan rezeki kat luar. Dapat kerja best-best. Dapat jodoh baik. Nak kenduri jangan lupa jemput akak ye. oh ye. Dayah pun orang Kuantan jugak.... Good luck utnuk Dayah.

No comments:
Post a Comment